Anjing pemburu biru kecil Gascogne atau anjing biru kecil Gascogne[a] ialah satu bakaanjingjenisanjing pemburu bau yang berasal dari Perancis dan digunakan untuk perburuan dalam kawanan. Baka kini merupakan keturunan bagi anjing pemburu besar. Anjing pemburu biru kecil Gascogne bukanlah anjing kecil (petit). Namanya berasal daripada kegunaannya terhadap buruan kecil.
Penampilan
Anjing pemburu biru kecil Gascogne diturunkan langsung daripada anjing pemburu biru besar Gascogne, anjing pemburu jenis purba. Contoh lebih kecil bagi anjing pemburu biru besar Gascogne dipilih untuk pemburuan buruan kecil seperti kelinci (anjing pemburu biru besar Gascogne dikembangkan untuk memburu serigala, beruang, dan babi hutan) dan akhirnya menjadi baka terpisah. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana besar, bukan anjing kecil, yang berdiri setinggi 52–58 cm (20–23 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula lebih kecil sedikit.[1][2]
Warna bulunya sama dengan yang pada anjing pemburu biru besar Gascogne, putih berbelak hitam, yang menghasilkan penampilan menyeluruh biru loh. Terdapat tompok-tompok hitam pada salah satu sisi kepala, dengan kawasan putih di sebelah atas kepala yang padanya ada bujur hitam kecil. Tanda "kening" sawo matang ada di sebelah atas setiap mata yang memberikan kesan mata empat (quatre-oeille). Kecacatan merupakan penyimpangan penampilan yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja bagi anjing berkenaan, serta kekurangan ciri-ciri jangkaan warna, struktur, dan saiz, yang menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah agresi atau kegerunan, kecacatan bentuk anatomi, dan kekurangan jenis.[1][2]
Anjing pemburu biru kecil Gascogne terkenal kerana kerja bagus dalam kawanan dan ketenangan dan kemudahan pengendaliannya.[1][2]
Sejarah
Leluhur bagi anjing pemburu biru besar Gascogne adalah sezaman dengan anjing pemburu Santo Hubert, iaitu anjing yang berburu dalam kawanan dan digunakan pada abad ke-14 oleh Comte de Foix terhadap serigala, beruang, dan babi hutan. Anjing pemburu biru kecil Gascogne yang lebih kecil sedikit yang digunakan terhadap buruan kecil mungkin telah wujud sekali dengan anjing pemburu babi hutan selama berabad-abad.[1][2]
"Petit" tidak semestinya merujuk saiz anjingnya, tetapi sebaliknya merujuk ungkapan Perancis untuk anjing pemburu yang digunakan untuk buruan lebih kecil.[3]
Kesihatan dan perangai
Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai individu mungkin berbeza-beza, tetapi pada umumnya, anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi anjing pemburu kawanan bukan anjing peliharaan bagus.
^Jawi: انجيڠ ڤمبورو بيرو کچيل ݢسکوڽا; انجيڠ بيرو کچيل ݢسکوڽاcode: ms is deprecated ; Perancis: petit bleu de Gascognecode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: small blue gasconycode: en is deprecated
^Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 87. ISBN9780876056240. OCLC32697706.