Sivasubramaniam a/l Athinarayanan (lahir 28 November 1966) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan ADUN Buntong selama tiga penggal (2008-2022).
Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.
Beliau telah menjadi Ahli Dewan Negeri Perak pertama kali sejak tahun 2008 mewakili Parti Tindakan Demokratik dari Pakatan Rakyat dan kemudian bergabung dalam Pakatan Harapan. Kemudian telah keluar dari Parti Tindakan Demokratik[1] dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia[2] sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[3]
Pada tahun 2020, beliau bersama Paul Yong Choo Kiong dan Norhizam Hassan Baktee telah dipecat dari Parti Tindakan Demokratik yang mewakili Pakatan Harapan di Dewan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri Melaka kerana menyokong Perikatan Nasional di peringkat negeri dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan. Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka telah dipecat menurut Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Tindakan Demokratik, Chong Chieng Jen.[4]
Sivasubramaniam Athinarayanan di Facebook
1 • ke-2 • ke-3 • ke-4 • ke-5 • ke-6 • ke-7 • ke-8 • ke-9 • ke-10 • ke-11 • ke-12 • ke-13 • ke-14