Senarai peribahasa (A–M)
A
Peribahasa
|
Maksud
|
Ada air, adalah ikan.
|
Ada penempatan adalah penduduk.
|
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
|
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
|
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya).
|
Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
|
Ada bangkai, adalah hering.
|
Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.
|
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
|
Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
|
Ada batang, cendawan tumbuh.
|
Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
|
Ada beras, taruh dalam padi.
|
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
|
Ada biduk, serempu pula.
|
Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
|
Ada bukit, ada paya.
|
Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
|
Ada gula, ada semut.
|
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
|
Ada hari, ada nasi.
|
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
|
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
|
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
|
Ada jarum hendaklah ada benangnya.
|
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
|
Ada kerak, ada nasi.
|
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
|
Ada laut, ada perampok.
|
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
|
Ada nasi di balik kerak.
|
Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
|
Ada nyawa ada rezeki.
|
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
|
Ada padang, ada belalang
|
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
|
Ada padi masak, adalah pipit.
|
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
|
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
|
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
|
Ada padi, segala menjadi.
|
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
|
Ada pasang surutnya.
|
Untung dan malang tidak tetap.
|
Ada rotan , ada duri.
|
Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.
|
Ada rupa, ada harga.
|
Harga barang menurut rupanya (= keadaannya).
|
Ada sampan hendak berenang.
|
Sengaja bersusah payah.
|
Ada seperti tampaknya apung-apung.
|
Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
|
Ada sirih hendak makan sepah.
|
Ada yang baik, hendakkan yang buruk.
|
Ada tangga hendak memanjat tiang.
|
Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
|
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.
|
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
|
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
|
Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat.
|
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . .
|
Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
|
Adat pulau limburan pasang. .
|
Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
|
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . .
|
Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar.
|
Adat teluk timbunan kapal (= kapar). (kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) .
|
Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.
|
Adat tua menahan ragam. .
|
Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.
|
Adat yang kawi, syarak yang lazim. (kawi = kuat, sakti.).
|
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
|
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. .
|
Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya.
|
Agak lebih daripada agih. .
|
Banyak bicara, sedikit kerja.
|
Agak-agak bertutur malam hari. .
|
Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
|
Agih-agih kungkang . (kungkang = kera kecil.).
|
Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri.
|
Agung susut, pongah masih. (agung = besar; pongah = angkuh.) .
|
Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga.
|
Air beriak tanda tak dalam. .
|
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
|
Air besar sampan tak hanyut. .
|
Maksud tidak tercapai.
|
Air besar, batu bersibak. (sibak = cerai, menepi.) .
|
Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.
|
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. pelimbahan = tempat air yang kotor..
|
Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
|
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji. (menonggok = melonggok, menimbun.)
|
Usaha yang berhasil baik.
|
Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.)
|
Hidup yang tenang dan tenteram.
|
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. kumbah = mencuci dalam air..
|
Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita.
|
Air di daun keladi (= talas). .
|
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. .
|
Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
|
Air dicencang tiada putus. .
|
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
|
Air didih menganak sungai . .
|
Hiburan yang sangat mewah.
|
Air digenggam tiada tiris. .
|
Sangat berhati-hati mengeluarkan wang.
|
Air diminum sembiluan. .
|
Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.
|
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . .
|
Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.
|
Air ditetak tiadakan putus. .
|
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
|
Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar)
|
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
|
Air jernih, ikannya jinak. .
|
Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.
|
Air keruh, limbat keluar. .
|
Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.
|
Air lalu kubangan tohor. (tohor = dangkal, kering.) .
|
Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji.
|
Air laut hijau siapa celup? .
|
Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.
|
Air mata jatuh ke dalam. .
|
Berdukacita dengan diam-diam.
|
Air mata jatuh ke perut. .
|
Berdukacita dengan diam-diam.
|
Air mudik sungai , semua teluk diranai. (ranai = jalani (boleh jadi ranahi).
|
Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. .
|
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. .
|
Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.
|
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. .
|
Nasib manusia tidak dapat ditentukan.
|
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. .
|
Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.
|
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. .
|
Membesar-besarkan perkara yang kecil.
|
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. .
|
Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.
|
Air susu dibalas dengan air tuba . .
|
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
|
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya..
|
Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.
|
Air tenang menghanyutkan. .
|
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
|
Air tuba dibalas dengan air susu . .
|
Kejahatan dibalas dengan kebaikan.
|
Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .)
|
Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.
|
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. (keruh-keruh kerak = tiada jernih.) .
|
Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati.
|
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . .
|
Orang yang diam jangan disangka pengecut.
|
Akal akar berpulas tak patah. .
|
Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.
|
Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut. (merakut = memasang jaring.) .
|
Orang jahat yang suka menipu orang.
|
Akal sebagai makan nasi lecek. .
|
Fikiran seperti anak-anak.
|
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. .
|
Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.
|
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. .
|
Ilmu pengetahuan yang serba tanggung.
|
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. .
|
Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.
|
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. .
|
Dalam keadaan yang serba salah.
|
Akan pembasuh kaki (= tangan). .
|
Hadiah kepada orang yang berjasa.
|
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. .
|
Dalam keadaan yang serba salah.
|
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. (jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) .
|
Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang.
|
Akik disangka batu. (akik = Sejenis batu berwarna.) .
|
Sesuatu yang menghina.
|
Aku alah engkaulah menang. .
|
Tidak mahu mengaku kalah.
|
Aku alah, engkau tak menang. .
|
Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya.
|
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. (olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) .
|
Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan.
|
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. .
|
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
|
Alah di rumpun betung .
|
Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.
|
Alah limau oleh benalu. (benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) .
|
Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru.
|
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. .
|
Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.)
|
Alah membeli, menang memakai. .
|
Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
|
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. .
|
Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.
|
Alah pinta dibuat sempena. .
|
Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.
|
Alah sabung, menang sorak. .
|
Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
|
Alang berjawab, tepuk berbalas. (alang = pemberian, hadiah.) .
|
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
|
Alang dijawat, tepuk dibalas. (alang = pemberian, hadiah.) ..
|
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
|
Alang-alang berdakwat , biarlah hitam. (alang-alang = tanggung-tanggung.) .
|
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
Alang-alang berminyak, biar licin. .
|
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. .
|
Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
|
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. .
|
Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
|
Alim bagai katak di tepi air. .
|
Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
|
Alim biasa menghukum syarak . .
|
Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak .
|
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. .
|
Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.
|
Alu pencungkil duri. .
|
Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia.
|
Alur bertempuh, jalan berturut. .
|
Dilakukan menurut adat yang biasa.
|
Amak berlela, amak berupa. .
|
Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.)
|
Ambil pati, buangkan ampas. .
|
Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang.
|
Amra disangka kedondong . (Amra = Sejenis mangga.) .
|
Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk.
|
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. .
|
Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik.
|
Anak ayam kebasahan bulu. .
|
Gelisah resah; menjijikkan.
|
Anak badak dihambat-hambat. .
|
Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).
|
Anak baik, menantu molek. .
|
Sangat berbahagia.
|
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. .
|
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. .
|
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Anak harimau diajar makan daging. .
|
Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.
|
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. .
|
Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.
|
Anak harimau jangan dibela pelihara. .
|
Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat.
|
Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. .
|
Orang yang berani takkan penakut.
|
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. .
|
Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya.
|
Anak kambing takkan menjadi anak harimau. .
|
Orang yang pengecut tetap pengecut.
|
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. .
|
Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang.
|
Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kebuluran. .
|
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Anak kera hendak diajar memanjat. .
|
Hendak mengajar orang yang sudah ahli.
|
Anak kucing menjadi harimau. .
|
Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.
|
Anak kuda bulu kasap. .
|
Anak muda yang riang gembira. bulu
|
Anak kunci jahat, peti derhaka. .
|
Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.
|
Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kekeringan. .
|
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Anak orang, anak orang juga. .
|
Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.
|
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. .
|
Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang.
|
Anak seorang, menantu malim. (malim = ahli agama.) .
|
Sangat berbahagia.
|
Anak seorang, penaka tidak. (penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.).
|
Mempunyai barang hanya sebuah saja.
|
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. .
|
Pendirian yang tidak tetap.
|
Angan lalu, faham tertumbuk. .
|
Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.
|
Angan-angan menerawang langit.
|
Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.
|
Angan-angan mengikat tubuh.
|
Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.
|
Angguk enggan, geleng ia.
|
Lain di mulut, lain di hati.
|
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.
|
Lain di mulut, lain di hati.
|
Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan. (anggup-anggip = terkulai-kulai.)
|
Hidup yang serba susah.
|
Angin berputar, ombak bersabung.
|
Perkara yang amat sulit.
|
Angin bersiru, kami tahu.
|
Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.)
|
Angin bersiru, ombak bersabung.
|
Perkara yang amat sulit.
|
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.
|
Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
|
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang.
|
Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.
|
Angkuh terbawa, tampan tertinggal.
|
Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya.
|
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.
|
Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih.
|
Anjing bercawat ekor.
|
Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya.
|
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.
|
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.
|
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
Anjing diberi makan nasi takkan kenyang.
|
Sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
|
Anjing ditepuk menjungkit ekor.
|
Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.
|
Anjing galak, babi berani.
|
Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.
|
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.
|
Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.
|
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.
|
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Anjing kepada orang, raja kepada kita.
|
Buruk baik anak sendiri juga.
|
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
|
Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
|
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah.
|
Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.
|
Anjing terpanggang ekor.
|
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
|
Anjing tiada bercawat ekor.
|
Sesuatu yang hina dan tiada berguna.
|
Anjur surut bak bertanam.
|
Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan.
|
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.
|
Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
|
Antan patah, lesung hilang.
|
Kemalangan yang bertimpa-timpa.
|
Antara dua tengah tiga.
|
Sakit hampir mati.
|
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar.
|
Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.
|
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.
|
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
|
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.
|
Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.
|
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya.
|
Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.
|
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.
|
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.
|
Apa gunanya merak mengigal di hutan. (mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.)
|
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.
|
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
|
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.
|
Cukup mempunyai segala yang diperlukan.
|
Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah. (menawakkan = menggerakkan.)
|
Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya.
|
Apa payahnya menggoyangkan lidah saja.
|
Banyak janji tetapi tidak ditepati.
|
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
|
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
|
Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
|
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. (tampang = benih.)
|
Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan.
|
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.
|
Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.
|
Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya. (tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .)
|
Ganti yang hilang mestilah yang sama pula.
|
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku , kalau tidak dibakar.
|
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
|
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya.
|
Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.
|
Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah|
|
Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.
|
|
Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya.
|
Api dengan air, alangkah bezanya.
|
Jahat dengan baik amat jauh bezanya.
|
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.
|
Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.
|
Api kecil baik dipadam.
|
Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.
|
Api makan sekam (= dedak ).
|
Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
|
Api nan tak kunjung padam.
|
Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.
|
Api padam puntung berasap. (puntung = sisa kayu api yang dibakar.)
|
Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.
|
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.
|
Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.
|
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.
|
Orang dagang yang melarat hidupnya.
|
Ara tak bergetah.
|
Suatu perkara yang mustahil.
|
Arang di dahi (= di kening, di muka).
|
Mendapat malu.
|
Arang habis besi binasa.
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.
|
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Asal ada kecil pun pada.
|
Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
|
Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan.
|
Tabiat orang tak mungkin berubah.
|
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.
|
Tabiat orang tak mungkin berubah.
|
Asal berinsang ikanlah.
|
Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
|
Asal berisi tembolok senang hati.
|
Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.
|
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.
|
Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris.
|
Asal ditugal, adalah benih. (tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.)
|
Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.
|
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.
|
Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.
|
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya .
|
Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.
|
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.
|
Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
|
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.
|
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
|
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.
|
Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha.
|
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan.
|
Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.
|
Aur ditanam betung tumbuh.
|
Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.
|
Aus telunjuk mencolek garam .
|
Hidup dalam kemiskinan.
|
Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.)
|
Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi.
|
Awak hendak hilir, ia telah hanyut.
|
Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain.
|
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.
|
Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.
|
Awak kurus daging menimbun.
|
Orang kaya yang berpura-pura miskin.
|
Awak menangis diberi pisang.
|
Bujukan (pujukan) yang tepat.
|
Awak rendah sangkutan tinggi.
|
Besar belanja daripada pendapatan.
|
Awak sakit daging menimbun.
|
Orang kaya yang berpura-pura miskin.
|
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing .
|
Melakukan sesuatu yang mustahil.
|
Awak yang celaka, orang yang diumpat.
|
Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.
|
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. (ruyung = batang pohon enau.)
|
Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya.
|
Awal dibuat, akhir diingat.
|
Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.
|
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak.
|
Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.
|
Ayam baru belajar berkokok.
|
Baru cukup umur.
|
Ayam berinduk, sirih berjunjung.
|
Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.
|
Ayam berlaga sekandang.
|
Berkelahi dengan orang serumah.
|
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayam beroga = ayam hutan.)
|
Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri.
|
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.
|
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
Ayam bertelur di atas padi.
|
Hidup senang dan mewah.
|
Ayam dapat, musang dapat.
|
Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
|
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang.
|
Malang sekali; nasib yang buruk.
|
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.
|
Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui.
|
Ayam itik, raja pada tempatnya.
|
Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.
|
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai. (kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.)
|
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.
|
Ayam pulang ke pautan.
|
Sudah pada tempatnya.
|
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.
|
Perkara yang nyata mudah ketahuan.
|
Ayam seekor bertambang dua.
|
Gadis seorang, dua bujang yang ingin.
|
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.
|
Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.
|
Ayam tak patuk, itik tak sudu.
|
Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.
|
Ayam terlepas, tangan bau tahi.
|
Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
|
Ayam terlepas, tangan tercirit.
|
Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
|
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.
|
Tidak senang melihat kebahagiaan orang.
|
Ayam yang tangkas di gelanggang.
|
Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.
|
B
Peribahasa
|
Maksud
|
Babi merasa gulai.
|
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
|
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.
|
Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.
|
Badak makan anak.
|
Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.
|
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.
|
Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.
|
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.
|
Sudah sehidup semati.
|
Badan sudah dua senyawa.
|
Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
|
Bagai air daun talas (= keladi).
|
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
|
Bagai air mencari jenisnya.
|
Mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu.
|
Bagai air itik ke batu.
|
Lemah dan lesu tanpa penyakit.
|
Bagai anak dara mabuk andam. (andam = anak rambut di dahi.)
|
Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.
|
Bagai anak dara sudah berlaki.
|
Banyak sekali.
|
Bagai anak nangui. (nangui = Babi kecil yang banyak anaknya.)
|
Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
|
Bagai anak sepat ketohoran.
|
Kurus sekali.
|
Bagai anjing beranak enam.
|
Orang yang sangat benci oleh masyarakat.
|
Bagai anjing buruk kepala.
|
Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong.
|
Bagai anjing melintang denai. (denai = jejak binatang besar di hutan.)
|
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).
|
Bagai anjing tersepit di pagar.
|
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
|
Bagai api dengan rabuk.
|
Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.
|
Bagai ara hanyut.
|
Satu sama lain bertolong-tolongan.
|
Bagai aur dengan tebing.
|
Tolong-menolong di antara satu sama lain.
|
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
|
Menyerahkan diri kepada nasib.
|
Bagai aur di atas bukit.
|
Orang yang menyerahkan diri pada takdir.
|
Bagai ayam dibawa ke lampok. (lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.)
|
Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.
|
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.
|
Mati tanpa sakit.
|
Bagai ayam disambar elang.
|
Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. (kena kepala = kena lempar).
|
Bagai ayam lepas bertaji.
|
Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
|
Bagai ayam mabuk tahi.
|
Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.
|
Bagai ayam mengarang telur. (mengarang telur = hampir bertelur.)
|
Peri keelokan, merah muka seseorang.
|
Bagai ayam mengeram telur.
|
Peri keelokan, merah muka seseorang.
|
Bagai ayam naik ke surau.
|
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
|
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (tombong = sombong.)
|
Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
|
Bagai ayam yang terkecundang. (kecundang = kalah.)
|
Sangat ketakutan.
|
Bagai bajak wangkang makan diangkat. (bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak = perompak; wangkang = perahu besar;)
|
Orang yang gemar dipuji.
|
Bagai balak terendam.
|
Orang gemuk yang malas bergerak.
|
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
|
Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
|
Bagai beliung dengan asahan.
|
Tidak pernah berpisah.
|
Bagai belut digetir (= diketil) ekor. (digetir = dicubit.)
|
Cepat sekali.
|
Bagai belut diregang.
|
Tinggi dan kurus.
|
Bagai berkain tiga hasta.
|
Serba tak cukup (miskin).
|
Bagai bersahabat dengan ular bisa.
|
Berkawan dengan orang yang jahat.
|
Bagai berseru di padang pasir.
|
Seruan yang tidak diendahkan orang.
|
Bagai bersumur di tepi rawa.
|
Orang yang selalu cemburu.
|
Bagai bertanak di kuali.
|
Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.
|
Bagai bertandang ke rumah janda.
|
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
|
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. (malakamo adalah sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja)
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Bagai bertepuk sebelah tangan.
|
Cinta kasih yang tidak berbalas.
|
Bagai beruk kena ipuh. (ipuh = racun.)
|
Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya).
|
Bagai berumah di tepi tebing.
|
Selalu dalam kekhuatiran.
|
Bagai besi dengan penempa.
|
Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
|
Bagai biawak mengulangi bangkai.
|
Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat.
|
Bagai buah keras di dalam sekul. (buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.)
|
Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh.
|
Bagai budak menyapu hingus.
|
Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
|
Bagai bulan empat belas.
|
Kecantikan wajah seseorang wanita.
|
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
|
Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
|
Bagai buntal kembung.
|
Bodoh dan sombong.
|
Bagai bunyi cempedak jatuh.
|
Bunyi jatuh yang kuat.
|
Bagai bunyi orang dikoyak harimau.
|
Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.
|
Bagai bunyi perempuan di air. (di air = di tempat mandi.)
|
Ramai (= riuh) sekali.
|
Bagai bunyi siamang kenyang.
|
Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan.
|
Bagai cacing gila. (cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.)
|
Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
|
Bagai cacing kena air panas.
|
Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya).
|
Bagai cembul dapat tutupnya.
|
Sesuai benar.
|
Bagai dakwat dengan kertas.
|
Tak pernah bercerai; sangat cocok.
|
Bagai dekan di bawah pangkal buluh. (dekan = ulat yang makan buluh.)
|
Pandai menyembunyikan rahsia.
|
Bagai denai gajah lalu.
|
Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan.
|
Bagai dihiris dengan sembilu.
|
Pedih sekali rasa hatinya.
|
Bagai diikat dengan sehasta tali.
|
Dalam keadaan yang sangat terbatas.
|
Bagai dirahap kain basah. (rahap = bungkus.)
|
Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.
|
Bagai ditembak putus tunggal. (putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.)
|
Dialahkan oleh orang yang bodoh.
|
Bagai diurap dengan daun katang-katang. (katang-katang = Sejenis tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.)
|
Sangat marah.
|
Bagai dulang dengan tudung saji.
|
Sesuai benar.
|
Bagai duri dalam daging.
|
Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.
|
Bagai emak mandul baru beranak.
|
Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.
|
Bagai empedu lekat di hati.
|
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
|
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
|
Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
|
Bagai gadis jolong menumbuk.
|
Rajin dan bersungguh-sungguh.
|
Bagai gagak menggonggong telur.
|
Perempuan hodoh berpakaian bagus.
|
Bagai galah di tengah arus.
|
Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.
|
Bagai galah dijual. (galah = tombak atau lembing.)
|
Terlalu miskin; kalah judi.
|
Bagai gelegar buluh. (gelegar = bunyi bergemuruh.)
|
Bercakap besar.
|
Bagai gelombang dua belas.
|
Kehebatan langkah seseorang pendekar.
|
Bagai geluk tinggal di air. (geluk = timba daripada tempurung kelapa.)
|
Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang.
|
Bagai gembala diberi keris.
|
Pemberian yang tidak berfaedah.
|
Bagai getah dibawa ke semak.
|
Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.
|
Bagai gulai lengkitang. (lengkitang = siput.)
|
Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula.
|
Bagai hantu makan dedak.
|
Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
|
Bagai harimau beranak muda.
|
Orang perempuan yang terlalu bengis.
|
Bagai haruan di dalam tuar. (tuar = lukah.)
|
Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
|
Bagai ikan lampam di ulak jamban.
|
Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat.
|
Bagai ilak bercerai dengan benang. (ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.)
|
Bercerai untuk selama-lamanya.
|
Bagai inai dengan kuku.
|
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
|
Bagai itik pulang petang.
|
Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).
|
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. (belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.)
|
Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding.
|
Bagai jawi ditarik keluan. (keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).)
|
Menurut dengan tidak membantah.
|
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.
|
Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.
|
Bagai jawi terkurung siang.
|
Sangat gelisah kerana tidak bebas.
|
Bagai jelongak kerbau rampung.
|
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
|
Bagai jempuk kesiangan hari.
|
Kebingungan; termenung-menung.
|
Bagai kacang direbus satu.
|
Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
|
Bagai kacang direndang.
|
Bunyi suara yang tak putus-putus.
|
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.
|
Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.
|
Bagai kambing dalam biduk.
|
Sangat ketakutan.
|
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air.
|
Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
|
Bagai kambing dijunjung.
|
Jerit pekik orang yang penakut.
|
Bagai kambing dimandikan pagi.
|
Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
|
Bagai kambing harga dua kupang.
|
Tingkah lakunya seperti anak-anak.
|
Bagai kambing lepas ke parak. (parak = ladang, kebun.)
|
Memilih makanan dengan sesuka hati.
|
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh.
|
Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
|
Bagai kapak naik cerana. (cerana = tempat sirih.)
|
Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu.
|
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. (kayu lempung = kayu ringan dan lunak.)
|
Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa.
|
Bagai keli kena ketuk.
|
Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.
|
Bagai kelip-kelip terbang malam.
|
Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.
|
Bagai keluang bebar petang. (bebar = terbang.)
|
Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai.
|
Bagai kena sentung pelalai. (sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.)
|
Gadis yang tak mahu bersuami.
|
Bagai [kera]] diberi kaca.
|
Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
|
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). (kerakap = Sejenis sirih tetapi tidak dimakan orang.)
|
Hidup dalam kemelaratan.
|
Bagai kerbau runcing tanduk.
|
Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
|
Bagai kerbau terkejut oleh gong.
|
Tercengang-cengang kehairanan.
|
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.
|
Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.
|
Bagai kinantan hilang taji. ([ayam] kinantan = ayam putih)
|
Tidak berharga lagi.
|
Bagai kuau mengigal (= menyesar). (kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.)
|
Kehebatan rupa seseorang.
|
Bagai kucing dengan panggang (= balur).(balur = dendang.)
|
Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
|
Bagai kucing dibawakan lidi.
|
Sangat ketakutan.
|
Bagai kucing kehilangan anak.
|
Kehilangan akal; bingung.
|
Bagai kucing lepas senja.
|
Sukar dicari; merasa senang.
|
Bagai kucing main daun.
|
Kehebatan rupa seseorang.
|
Bagai kucing menjemput api.
|
Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.
|
Bagai kucing takut akan balur.
|
Lelaki yang takut kepada perempuan.
|
Bagai kucing tidur di bantai. (bantai = daging binatang yang disembelih.)
|
Hidup senang dan mewah.
|
Bagai kuku dengan isi (= daging).
|
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
|
Bagai ayam naik ke surau.
|
Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
|
Bagai lalat cari puru.
|
Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.
|
Bagai langau mengerumuni bangkai.
|
Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.
|
Bagai lebah menghimpun madu.
|
Sangat rajin.
|
Bagai lepat dengan daun.
|
Sangat sesuai.
|
Bagai lesung dengan antan.
|
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
|
Bagai limau masam sebelah.
|
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
|
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. (pemerunan = tempat membakar sampah.)
|
Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi.
|
Bagai lukah, tak penuh air.
|
Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya.
|
Bagai melepaskan batuk di tangga.
|
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.
|
Bagai melihat asam.
|
Ingin sekali.
|
Bagai melihat ulat.
|
Sangat benci.
|
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.
|
Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.
|
Bagai melulur bersitungging.
|
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.
|
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. (kesisipan = kemasukan duri dalam daging.)
|
Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran.
|
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. (melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = Sejenis Kasturi)
|
Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya.
|
Bagai memakai baju pinjaman.
|
Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.
|
Bagai membelah betung.
|
Pendirian yang berat sebelah.
|
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Bagai menambah gelang bini.
|
Pemberian yang tak kelihatan.
|
Bagai menampung air dengan limas pesuk. (limas = takir; pesuk = berlubang.)
|
Tak dapat diberi ajaran atau nasihat.
|
Bagai mencari belalang di atas akar.
|
Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
|
Bagai mencari kutu di dalam ijuk.
|
Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
|
Bagai mencencang air.
|
Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.
|
Bagai mendapat cincin ijuk.
|
Mendapat barang yang tidak berguna.
|
Bagai menelan mestika embun.
|
Mendengar nasihat yang baik.
|
Bagai mengail kucing hanyut.
|
Perbuatan yang sia-sia.
|
Bagai mengangkut batu di bencah. (bencah = paya.)
|
Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan.
|
Bagai mengatai tunggak (= tunggul).
|
Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.
|
Bagai mengepal pasir kering.
|
Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
|
Bagai menggelikan induk ayam.
|
Memberanikan orang penakut.
|
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak.
|
Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
|
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.
|
Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
|
Bagai menghitung bulu kambing.
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai.
|
Kasih sayang yang tidak ada taranya.
|
Bagai menjenguk jerat sial.
|
Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.
|
Bagai menumbuk padi hampa.
|
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
|
Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek.
|
Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya.
|
Bagai menyandang galas tiga. (galas tiga = tiga bungkus dagangan.)
|
Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya.
|
Bagai menyesah kain dapat. (menyesah = memukul.)
|
Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja.
|
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.
|
Melakukan pekerjaan yang sulit.
|
Bagai menyukat belut hidup.
|
Melakukan pekerjaan yang sulit.
|
Bagai meramas biji cempedak.
|
Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.
|
Bagai mestika embun .
|
Mendengar nasihat yang baik.
|
Bagai murai dicabut ekor.
|
Perempuan yang suka bercakap banyak.
|
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap.
|
Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
|
Bagai nangka masak gugur.
|
Jatuhnya orang yang gemuk.
|
Bagai nangka masak menyesak sarungnya.
|
Rupa seseorang yang tambun.
|
Bagai ombak purus.
|
Suara riuh-rendah.
|
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak.
|
Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.
|
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.
|
Bekerja hanya kalau diperintah.
|
Bagai panas mengandung hujan.
|
Tertawa dalam kesusahan.
|
Bagai pancang digoncang arus.
|
Pendirian yang tidak tetap.
|
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok.
|
Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.
|
Bagai pelita kehabisan minyak.
|
Tidak berseri-seri lagi.
Bagai perahu karam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
|
Bagai perempuan bunting bertemu idamannya.
|
Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
|
Bagai perempuan membawa perut.
|
Orang yang buncit perutnya.
|
Bagai perian pecah. (perian = tabung bambu untuk membawa air.)
|
Suara yang tidak merdu.
|
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.
|
Sesuatu yang membahayakan.
|
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).
|
Amat cepat.
|
Bagai pucuk pisang didiang.
|
Lemah sekali; tiada berdaya.
|
Bagai punggur rebah. (punggur = tunggul.)
|
Jatuhnya orang yang gemuk.
|
Bagai puyu di air jernih.
|
Senang hidupnya.
|
Bagai puyuh laga.
|
Percakapan yang tak pernah habis.
|
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)
|
Sedikit (= kecil) sekali.
|
Bagai rasa batang pisang.
|
Tubuh seseorang yang terlalu dingin.
|
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.
|
Tiada memilih (makanan atau perbuatan).
|
Bagai rupa tokak dibasuh. (tokak = kudis besar.)
|
Sangat buruk.
|
Bagai rupa tungkahan. (tungkahan = kayu landasan di dapur.)
|
Sangat buruk.
|
Bagai sambau di pintu kandang.
|
Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
|
Bagai sambau di tengah jalan.
|
Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
|
Bagai sayang kaki pada terompah.
Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.
|
Bagai semut penghimpun melukut.
|
Orang yang rajin bekerja.
|
Bagai sepatung mandi.
|
Sebentar amat.
|
Bagai serangkak tertimbakan. (serangkak ~ sirangkak = ketam kecil.)
|
Berjalan miring.
|
Bagai si buta pergi bergajah. (bergajah = menangkap gajah.)
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Bagai si kudung beroleh cincin.
|
Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.
|
Bagai si kudung pergi berbelut. (berbelut = menangkap belut.)
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Bagai si lumpuh hendak merantau.
|
Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.
|
Bagai si mandul mendapat anak.
|
Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
|
Bagai si pekak tertanya-tanya.
|
Sangat ingin mendengar khabar.
|
Bagai siamang kurang kayu.
|
Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan.
|
Bagai sumpit dihentakkan.
|
Orang yang gemuk dan lembam.
|
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. (akar = gula; tengguli = air gula.)
|
Sangat padan; bersetujuan benar.
|
Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga.
|
Baik di luar tetapi jahat hatinya.
|
Bagai tagar di Pulau Sembilan. (tagar = guruh, guntur.)
|
Cakap terlalu tinggi dan sombong.
|
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.
|
Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.
|
Bagai tanduk bersendi gading.
|
Tidak sepadan.
|
Bagai tanduk diberkas.
|
Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
|
Bagai tekukur mengikut kata.
|
Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.
|
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti. (tembilang = alat penggali lubang.)
|
Yang diganti sama dengan yang hilang.
|
Bagai terung terantuk ke dinding.
|
Datang berkunjung sebentar saja.
|
Bagai tikus membaiki labu.
|
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
|
Bagai tikus membaiki labu.
|
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
|
Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit.
|
Mulut manis hati busuk.
|
Bagai tokak lekat di kening.
|
Malu yang tak dapat disembunyikan.
|
Bagai tulang dalam rongkongan.
|
Sangat musykil.
|
Bagai tulisan di atas air.
|
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
Bagai tuman makan anak.
|
Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = Sejenis ikan sungai.
|
Bagai tunggul dihias.
|
Rupa yang buruk.
|
Bagai tuntung jarum dilaga. (tuntung = hujung yang runcing.)
|
Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya).
|
Bagai tupai bergelut.
|
Kehebatan rupa seseorang.
|
Bagai udang bertahi di kepala.
|
Orang yang sentiasa berhutang.
|
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi di mana legundi = sejenis tumbuhan.).
|
Sangat terpikat kepada kekasih.
|
Bagai ulat nangka terhempas ke batu.
|
Tidak serik.
|
Bagai umang-umang.
|
Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.
|
Bagai wau putus teraju.
|
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.
|
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
|
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.
|
Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
|
Bagaimana ditanam, begitulah dituai.
|
Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.
|
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.
|
Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.
|
Bagaimana kumbang putus tali.
|
Amat cepat; terlepas daripada sengsara.
|
Bagaimana menanti arah hanyut.
|
Mengharap sesuatu yang belum tentu.
|
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. (baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.)
|
Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya.
|
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.
|
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
|
Bagaimana tepuk begitulah tarinya.
|
Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
|
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.
|
Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.
|
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh.
|
Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.
|
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.
|
Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
|
Bahasa menunjukkan bangsa.
|
Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
|
Bahaya tumbuh, sengketa habis.
|
Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.
|
Bahu memikul, hati menyokong.
|
Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.
|
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.
|
Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu.
|
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. (resmi = sifat.)
|
Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup.
|
Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang.
|
Tidak sombong; rendah diri.
|
bajak patah, banteng terambau. (banteng = lembu; terambau = masuk jurang.)
|
Kemalangan yang datangnya silih berganti.
|
bajak selalu di tanah yang lembut.
|
Orang yang lemah selalu menderita.
|
bajak sudah terdorong ke bencah.
|
Sudah tak dapat ditarik kembali.
|
Baji dahan membelah dahan.
|
Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri.
|
Bak jung berat sebelah. (jung = sejenis kapal.)
|
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
|
Bak anjing tersepit.
|
Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali.
|
Bak cetus api.
|
Sangat cepat.
|
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.
|
Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. (pelak = panas, gerah.)
|
Bak manik putus tali (= pengarang).
|
Air mata yang bercucuran.
|
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah.
|
Bak menanti orang dulu, bak melalah orang kudian. (melalah = mengejar.)
|
Melakukan sesuatu yang sia-sia.
|
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. (anak sasian = murid.)
|
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
|
Bak orang gombang di lebuh. (gombang = elok; lebuh = jalan raya.)
|
Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna.
|
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. (dianduh = ditarik dengan tali.)
|
Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa.
|
Bak ras kuda pula kukuran.
|
Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
|
Bak rasa di liang lahad. (lahad = lubang kubur.)
|
Dalam kesempitan.
|
Bak rasa ubi pula gadung. (gadung = ubi hutan)
|
Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
|
Bak tengguli ditukar cuka
|
Pertukaran yang amat bertentangan.
|
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.
|
Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.
|
Bakar air hendakkan abu.
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Bakar tak berapi.
|
Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.
|
Bakar tak berbau.
|
Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.
|
Bakar tiada hangus.
|
Sangat degil.
|
Bakarlah air ambil abunya.
|
Pekerjaan yang sia-sia.
|
Bala lalu dibawa singgah.
|
Sengaja mencari kesusahan.
|
Balam dengan ketitiran. (ketitiran = merbuk, perkutut.)
|
Selalu bertengkar.
|
Balam dua sesangkar.
|
Seorang perempuan dicintai oleh dua orang lelaki.
|
Balik belakang lain bicara.
|
Mungkir janji.
|
Baling-baling di atas bukit. (baling-baling = penunjuk angin.)
|
Pendirian yang tidak tetap.
|
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.
|
Sudah terlambat.
|
Bandot tua makan lalap muda. (bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.)
|
Lelaki tua beristerikan perempuan muda.
|
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.
|
Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.
|
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru ?
|
Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.
|
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. (pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.)
|
Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah.
|
Bangsa bermuka papan.
|
Tidak bermalu.
|
Bangsa teling tipis.
|
Orang yang lekas marah.
|
Bangsar balur liat.
|
Orang yang degil. balur = kulit keras.
|
Bangsat tak tahu disukarnya. (bangsat = miskin.)
|
Orang bodoh yang tak tahu akan kekurangan dirinya.
|
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.
|
Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.
|
Banyak habis, sedikit sedang.
|
Tentang membelanjakan wang.
|
Banyak makan garam.
|
Banyak pengalaman.
|
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan.
|
Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.
|
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
|
Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
|
Bapa burik anaknya tentu rintik.
|
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
|
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.
|
Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.
|
Bau malaikat terhempas.
|
Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.
|
Baunya setahun pelayaran.
|
Amat busuk sekali.
|
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.
|
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
|
Bayan di tangan habis terlepas.
|
Nasib yang malang.
|
Bayang-bayang disangka tubuh.
|
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
|
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).
|
Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.
|
Bayang-bayang tidak sepanjang badan.
|
Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri.
|
Beban berat senggulung batu. (senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.)
|
Tanggungan yang sangat berat.
|
Beban sudah di pintu.
|
Anak gadis yang sudah besar.
|
Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa.
|
Tiada pernah lupa.
|
Belah dada lihatlah hati.
|
Berkata benar.
|
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.
|
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
|
belalang dapat menuai.
|
Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.
|
belalang disangka elang.
|
Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.
|
belalang hendak menjadi elang.
|
Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai).
|
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih.
|
Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.
|
Belayar atas angin. (atas angin = jurusan dari mana angin datang.)
|
Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
|
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.
|
Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.
|
Belayar ke (di) pulau kapuk.
|
Tidur.
|
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau.
|
Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya.
|
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.)
|
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
Beliung yang besar hayun, kecil makannya.
|
Besar cakap tetapi hasilnya sedikit.
|
Belukar sudah menjadi rimba.
|
Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
|
Belum beranak sudah berbesan.
|
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
|
Belum beranak sudah ditimang.
|
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
|
Belum bergigi hendak mengunyah.
|
Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.
|
Belum bergigi sudah hendak menggigit.
|
Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
|
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. (sangkap = genap, cukup.)
|
Perkara yang sudah terang.
|
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).
|
Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
|
Belum bertaji hendak berkokok.
|
Belum berilmu sudah hendak menyombong.
|
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.
|
Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
|
Belum diajun sudah tertarung. (ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).)
|
Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan.
|
Belum dipanjat asap kemenyan.
|
Belum kahwin.
|
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.
|
Orang yang arif dan rajin.
|
Belum ditumbuk belumlah bengkak.
|
Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.
|
Belum duduk berlunjur dulu.
|
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.
|
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.
|
Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
|
Belum menetas sudah dibilang.
|
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
|
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.
|
Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
|
Belum sekuku.
|
Amat sedikit.
|
Belum tahu di masin garam.
|
Belum ada pengalaman.
|
Belum tahu di pedas lada.
|
Belum ada pengalaman.
|
Belum tahu laba rugi.
|
Belum tahu baik buruk.
|
Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung).
|
Belum ada keputusan.
|
Belum tegak hendak berlari.
|
Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.
|
Belum tentu hilir mudiknya.
|
Belum ada keputusan.
|
Belum tentu hitam putihnya.
|
Belum ada keputusan.
|
Belum tentu si upik si buyungnya.
|
Belum ada keputusan.
|
Belum tentu si upik si buyungnya.
|
Belum ada keputusan.
|
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. (tuarang = musim kemarau.)
|
Khabar angin yang dilebih-lebihkan.
|
Belut jatuh ke lumpur.
|
Senang sekali.
|
Belut kena ranjau (= getah).
|
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
|
Belut pulang ke lumpur.
|
Kembali ke asalnya.
|
Bembam bukan terung. (bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.)
|
Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati.
|
Benang arang orang jangan dipijak. (benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris.)
|
Jangan mencabuli rumah tangga orang.
|
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. (tetal = padat; telus = celus.)
|
Ketangguhan bersatu padu.
|
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. (mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.)
|
Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan.
|
Bengkok batang bengkoklah bayangnya.
|
Mengikut ajaran yang salah.
|
Berair kerongkongan. (kerongkongan = pembuluh nafas.)
|
Mendapat rezeki.
|
Beraja di hati, bersultan di mata.
|
Menuruti kehendak hati sendiri.
|
Beraja di mata, bersultan di hati.
|
Menurut kehendak hati sendiri.
|
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.
|
Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.
|
Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah.
|
Tidak menepati janji.
|
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.
|
Sikap yang tidak adil.
|
Beranak tiada berbidan.
|
Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.
|
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati.
|
Siapa yang berani akhirnya akan menang juga.
|
Berani kerana benar, takut kerana salah.
|
Bertindak kerana berada di pihak yang benar.
|
Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung.
|
Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya.
|
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. (senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.)
|
Berani dengan membuta tuli.
|
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.
|
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
|
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.
|
Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
|
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya.
|
Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
|
Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia.
|
Hati manusia tak dapat diduga.
|
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia.
|
Mulut itu lebih tajam daripada senjata.
|
Berarak ke tebing. (berarak = berjalan.)
|
Selalu merasa khuatir.
|
Berarak tidak berlari.
|
Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.
|
Berat beban yang sedikit dek hati sakit.
|
Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.
|
Berat hati beratlah tulang.
|
Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.
|
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
|
Suka duka sama-sama ditanggung.
|
Berat sepikul, ringan sejinjing.
|
Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong.
|
Berbalik-balik bagai kuda tercirit.
|
Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.
|
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.
|
Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
|
Berbaur pangkal perceraian.
|
Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan.
|
Berbelok kucing main daun.
|
Kehebatan rupa seseorang.
|
Berbenak ke empu kaki.
|
Tidak peduli baik atau jahat.
|
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.
|
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.
|
Berbisik kedengaran, berimbau kelampauan.
|
Jarak yang sangat dekat.
|
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. (alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.)
|
Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya.
|
Berbuat kerja seperti Mak Judai.
|
Selalu membengkalaikan pekerjaannya.
|
Berbuat kerja seperti yajud wa majud. (yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.)
|
Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya.
|
Berbudi bagai pisang lebat. (berbudi = maksudnya: menggahkan diri.)
|
Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya.
|
Berbukit di balik pendakian.
|
Kesusahan yang silih berganti.
|
Berbulu mata melihat.
|
Sangat benci.
|
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.
|
Mengandung tetapi selalu keguguran.
|
Berbunyi batu berbunyilah dia.
|
Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.
|
Bercabang bagai lidah biawak.
|
Tidak dapat dipercayai barang katanya.
|
Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah.
|
Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah.
|
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.
|
Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.
|
Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. (cecak = copet.)
|
Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula.
|
Bercermin di air keruh.
|
Mencontohi perbuatan yang kurang baik.
|
Bercintakan geliga di mulut naga.
|
Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
|
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.
|
Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.
|
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. (si tua = harimau; jema = orang.)
|
Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul.
|
Berdiang di abu dingin.
|
Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.
|
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.
|
Cermat.
|
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
|
Sama setaraf.
|
Berdua mendatangkan perbantahan.
|
Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri.
|
Berdua terkunci, bertiga terbuka.
|
Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.
|
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat. (temiang = sejenis buluh tipis.)
|
Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka.
|
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. (berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.)
|
Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat.
|
Beremas kemas, berpadi menjadi.
|
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
|
Berendam di tempayan pekasam.
|
Duduk berleka di rumah perempuan jahat.
|
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali.
|
Hidup dalam kemelaratan.
|
Berenyai bak hujan pagi.
|
Bekerja atau bercakap lambat-lambat.
|
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.
|
Membuat pekerjaan yang sia-sia.
|
Bergantung (di) rambut sehelai.
|
Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
|
Bergantung di hujung kuku.
|
Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
|
Bergantung pada akar lapuk.
|
Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.
|
Bergantung pada tali rapuh.
|
Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.
|
Bergantung sehasta tali.
|
Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
|
Bergantung tidak bertali.
|
Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
|
Bergedang air orang.
|
Pekerjaan yang memberi untung kepada orang lain.
|
Bergelanggang di mata orang banyak.
|
Terang atau nyata sekali.
|
Bergurindam di tengah rimba.
|
Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.
|
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
|
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
|
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.
|
Tidak teguh janji.
|
Berhakim kepada beruk.
|
Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.
|
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.
|
Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.
|
Berhampar lapik, berlicin daun.
|
Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.
|
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah.
|
Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat.
|
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. (di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.)
|
Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya.
|
Berhati baja, berurat kawat.
|
Tabah dan keras hati.
|
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar.
|
Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.
|
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.
|
Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.
|
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing.
|
Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. (dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.)
|
Berjalan dari pintu belakang.
|
Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.
|
Berjalan jauh banyak dilihat.
|
Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.
|
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.
|
Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.
|
Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai.
|
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.
|
Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (menghadap surut = menengok ke belakang.)
|
Berjanjang naik, bertangga turun.
|
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
|
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati.
|
Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.
|
Berjual pisang kepada monyet.
|
Berjual dengan memberi hutang.
|
Berjumpa dengan putih, terlesi sangat.
|
Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. (lesi (lesih) = terlalu putih.)
|
Berkain tak cukup sebelit pinggang.
|
Kemiskinan yang amat sangat.
|
Berkandilkan bulan.
|
Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
|
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.
|
Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang.
|
Berkata-kata dengan lutut.
|
Berkata-kata dengan orang yang bodoh.
|
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.
|
Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya.
|
Berkayuh sambil bertimba.
|
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
Berkayuh sambil ke hilir.
|
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
Berkayuh sampan bocor.
|
Kehidupan yang sangat melarat.
|
Berkelahi dalam kepuk.
|
Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).
|
Berkelahi dengan orang tak berambut.
|
Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.
|
Berkelahi di dalam mimpi.
|
Berlelah-lelah dengan sia-sia saja.
|
Berkelahi di ekor alahan.
|
Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. (alahan = bekas alur sungai, bendungan.)
|
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.
|
Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali.
|
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.
|
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.
|
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.
|
Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.
|
Berkelambukan gua.
|
Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
|
Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan.
|
Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
|
Berkemudi ke rusuk.
|
Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
|
Berkepanjangan bagai agam.
|
Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.
|
Berkeras tidak berkeris.
|
Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.
|
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang.
|
Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
|
Berkering air liur.
|
Nasihat yang sia-sia.
|
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.
|
Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.
|
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak.
|
Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.
|
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.
|
Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.
|
Berketak dulu sebelum bertelur.
|
Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.
|
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.
|
Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan.
|
Berketuk ayam dalam telur.
|
Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.
|
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.
|
Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.
|
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis.
|
Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
|
Berkuah air mata.
|
Selalu menderita susah.
|
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.
|
Persahabatan yang sangat karib.
|
Berkuak pedang, berbelah buluh.
|
Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.
|
Berkubu sebelum alah.
|
Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
|
Berlaki anak semang. (anak semang = orang gajian.)
|
Perempuan yang buruk kelakuannya.
|
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.
|
Persahabatan yang sangat karib. (kalang = galang.)
|
Berlidah di lidah orang.
|
Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
|
Berlindung di balik telunjuk.
|
Rahsia yang tak dapat disembunyikan.
|
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.
|
Persahabatan yang sangat karib.
|
Berlurah di balik pendakian.
|
Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.
|
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka.
|
Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
|
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.
|
Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.
|
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali.
|
Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
|
Bermayang-mayang menjadi mumbang.
|
Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.
|
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.
|
Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.
|
Berminyak biar lecah (= licin).
|
Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Berminyak tak licin.
|
Setengah-setengah tidak sampai selesai.
|
Bermulut di mulut orang.
|
Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
|
Bernafas keluar badan.
|
Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.
|
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
|
Membuat pekerjaan yang sia-sia.
|
Berniaga di hujung lidah.
|
Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.
|
Beroja berpegang ekor. (beroja = menggalaki.)
|
Kepercayaan yang setengah hati.
|
Beroleh (= mendapat) hidung panjang.
|
Mendapat malu.
|
Beroleh lumpur di tempat yang kering.
|
Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka.
|
Beroleh sehasta hendak sedepa.
|
Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.
|
Berpatah arang berkerat rotan.
|
Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).
|
Berpaut sehasta tali.
|
Tidak dapat berbuat sekehendak hati.
|
Berpaut tidak bertali.
|
Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).
|
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak.
|
Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.
|
Berpindah ke balik papan.
|
Meninggal dunia.
|
Berpusing-pusing seperti baling-baling.
|
Kehidupan yang tiada tetap.
|
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).
|
Perempuan yang hamil sebelum kahwin.
|
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga.
|
Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. (benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.)
|
Bersaksi ke lutut.
|
Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.
|
Bersalai tidak berapi. (salai = dipanaskan atau dikeringkan.)
|
Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung.
|
Bersandar di batang rengas, gatallah badan.
|
Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.
|
Bersandar dilemang hangat.
|
Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.
|
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati.
|
Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (sarak = pisah.)
|
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang.
|
Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
|
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya.
|
Kemiskinan yang amat sangat. (sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.)
|
Berseleleran bagai getah di lalang.
|
Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.
|
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.
|
Serba tak cukup (miskin). (cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.)
|
C
Peribahasa
|
Maksud
|
Cacing hendak menjadi naga.
|
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
|
Cacing menelan naga.
|
Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah.
|
Cacing menjadi ular naga.
|
Orang hina menjadi orang mulia.
|
Cakak sudah, silat teringat. (cakak = kelahi.)
|
Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan.
|
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
|
Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya.
|
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.
|
Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.
|
Cakapan sejengkel dibawa sehasta.
|
Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya.
|
Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang. calak-calak = lampas.
|
Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja.
|
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.
|
Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.
|
Campak baju nampak kurap.
|
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
|
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
|
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
|
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).
|
Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.
|
Cari umbut kena buku.
|
Mencari yang baik, mendapat yang buruk.
|
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
|
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
|
Cekarau besar liang. (cekarau = sejenis tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.)
|
Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
|
Cekel berhabis, lapuk berteduh. (cekel = kikir, pelit.)
|
Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja.
|
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
|
Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
|
Cekur jerangau belum habis lagi.
|
Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
|
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan.
|
Nasib yang malang.
|
Celaka tiga belas.
|
Malang sekali.
|
Cembul dengan tutupnya.
|
Sesuai benar.
|
Cemperling nak jadi bayu. (bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.)
|
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
|
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.
|
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
|
Cencang dua segeragai. (geragai = pengait untuk menangkap buaya.)
|
Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
|
Cencang putus, biang tembuk.
|
Putusan yang mengikat.
|
Cencang terdadik jadi ukir. (terdadek = tersesat.)
|
Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan.
|
Cencaru makan petang.
|
Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.
|
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu). (cengkeling = berbelit-belit.)
|
Geliang-geliut kerana kesakitan.
|
Cepat kaki ringan tangan.
|
Rajin dan giat.
|
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
|
Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.
|
Cerdik bagai ekor kerbau.
|
Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
|
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. (sikikih = sejenis enggang, kecil sedikit.)
|
Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi.
|
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.
|
Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.
|
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
|
Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.
|
Cik puan melangkah ular tak lepas.
|
Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.
|
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
|
Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
|
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?
|
Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.
|
Condong ditumpil, lemah dianduh. (ditumpil = ditunjang.)
|
Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan.
|
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya. (puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.)
|
Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain.
|
Condong yang akan menimpa.
|
Perbuatan yang sangat membahayakan.
|
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.
|
Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.
|
Corak kain mengikut kehendak penenunnya.
|
Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.
|
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri. mumbang = putik kelapa
|
Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.
|
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
|
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
|
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.
|
Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain.
|
Cupak berkeesaan.
|
Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.
|
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang). (suri = pemidangan pada perkakas tenun.)
|
Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan.
|
Cupak tegak yang diisi.
|
Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.
|
D
Peribahasa
|
Maksud
|
Dada manusia tidak dapat diselam.
|
Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
|
Dagangan bersambut yang dijualnya. (dagangan bersambut = barang amanah.)
|
Cerita daripada orang lain yang diceritakannya.
|
Dahan pembaji batang.
|
Menggunakan harta benda tuannya.
|
Dalam berselam, dangkal berjingkat.
|
Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.
|
Dalam dua tengah tiga.
|
Tidak jujur.
|
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.
|
Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
|
Dalam menunduk dia menyonggeng. (songgeng (menyonggeng) = tonggeng.)
|
Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
|
Dalam menyelam, cetek bertimba.
|
Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.
|
Dalam rumah membuat rumah.
|
Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.
|
Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan. (ajuk = duga.)
|
Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang.
|
Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari.
|
Sangat sedikit.
|
Dapat durian runtuh.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat harta karun.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat harta timbul.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat kijang teruit.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat tebu rebah.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapur tidak berasap.
|
Terlalu miskin.
|
Darah setampuk pinang.
|
Belum berpengalaman.
|
Dari ajung (= jung) turun ke sampan.
|
Diturunkan pangkat.
|
Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.
|
Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.
|
Dari lecah, lari ke duri.
|
Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.
|
Dari semak ke belukar.
|
Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan [perempuan]] yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.
|
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.
|
Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.
|
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.
|
Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.
|
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.
|
Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
|
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. (kalang = galang.)
|
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
|
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.
|
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
|
Daripada segenggam jadi segantang.
|
Bernasib baik.
|
Datang nampak muka, pergi nampak belakang.
|
Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.
|
Datang seperti ribut, pergi seperti semut.
|
Tentang penyakit.
|
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar.
|
Tetamu yang tidak penting.
|
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.
|
Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.
|
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut.
|
Tentang penyakit.
|
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.
|
Keputusan yang sangat adil.
|
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga.
|
Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
|
Daun keladi dimandikan.
|
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.
|
Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
|
Daun mengenalkan pohonnya.
|
Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya.
|
Daun nipah dikatakan daun labu.
|
Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.
|
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.
|
Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.
|
Degar-degar merapati. (degar-degar = bunyi kayu dipukul.)
|
Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan.
|
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. (berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.)
|
Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat.
|
Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
|
Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.
|
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara.
|
Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
|
Dendang menggonggong telur.
|
[Perempuan]] hodoh berpakaian bagus.
|
Dengan kartu terbuka.
|
Dengan terus terang.
|
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.
|
Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.
|
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.
|
Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
|
Deras datang dalam kena.
|
Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.
|
Deras seperti anak panah.
|
Terlalu cepat.
|
Destar habis, kopiah luluh.
|
Menderita kemalangan terus-menerus.
|
Di bawah ketiak orang.
|
Di bawah kekuasaan orang.
|
Di bawah lancung nan tiris. (di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.)
|
Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
|
Di bawah lantai nan tiris.
|
Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
|
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula. (mengeting = memotong urat keting.)
|
Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah.
|
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.
|
Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.
|
Di laut angkatan, di darat kerapatan.
|
Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan.
|
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu.
|
Lahirnya baik, batinnya jahat.
|
Di luar berkilat di dalam berongga.
|
Lahirnya baik, batinnya jahat.
|
Di luar merah di dalam pahit.
|
Lahirnya baik, batinnya jahat.
|
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.
|
Orang yang tiada bersalah menerima hukuman.
|
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air.
|
Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
|
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.
|
Di mana mati di situlah dikuburkan.
|
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.
|
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil.
|
Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang.
|
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.
|
Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
|
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.
|
Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.
|
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan.
|
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti.
|
Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.
|
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. (kelintung (kelentong) = genta kayu, sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja)
|
Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya.
|
Di mana lalang habis, di situ api padam.
|
Di mana mati di situlah dikuburkan.
|
Di mana makan di situ berak.
|
Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.
|
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk.
|
Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
|
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.
|
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala.
|
Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.
|
Di mana tumbuh, di situ disiang.
|
Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.
|
Di manakah berteras kayu mahang.
|
Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat.
|
Di mudik sebulakan, di hilir semuara. (bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.)
|
Persatuan yang kukuh.
|
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.
|
Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.
|
Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok. (melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.)
|
Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang.
|
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu.
|
Suka bertandang dan makan di rumah orang.
|
|
Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai.
|
Di waktu garuda alah oleh ular.
|
Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.
|
Dialas bagai memengat. (memengat = memasak pengat.)
|
Berkata dengan cukup alasan.
|
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.
|
Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.
|
Diam penggali berkarat.
|
Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.
|
Diam-diam lepu.
|
Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.
|
Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat.
|
Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.
|
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya.
|
Orang yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan.
|
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. (dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam; dibubut = dicabut.)
|
Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
|
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur. (dianjung = diangkat ke atas.)
|
Orang yang sangat dimuliakan.
|
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. (sanggit = geser, gosok.)
|
[Perempuan]] yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah.
|
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati.
|
Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
|
Dibakar tak hangus, direndam tak basah.
|
Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.
|
Dibalik-balik bagai memanggang.
|
Difikirkan masak-masak.
|
Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam. (balun = gulung.)
|
Alam rohani yang tak berbatas.
|
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.
|
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
Diberi bahu, hendak kepala.
|
Perihal anak yang dimanjakan.
|
Diberi berkuku hendak mencengkam.
|
Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.
|
Diberi berpadang luas.
|
Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.
|
Diberi bertali panjang.
|
Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.
|
Diberi betis hendak paha.
|
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.
|
Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
Dibilang genap, dipapar ganjil. (dipapar = dibentang.)
|
Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
|
Buang yang keruh, ambil yang jernihnya.
|
Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).
|
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
|
Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.
|
Dicari cempedak di bawah kerambil. (kerambil = kelapa.)
|
Mencari tidak pada tempatnya.
|
Dicecah orang bagai garam.
|
[Perempuan]] yang baru saja kahwin lalu bercerai.
|
Dicocok orang hidungnya.
|
Menurut saja.
|
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.
|
Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.
|
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang.
|
Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.
|
Didengar ada, dipakai tidak.
|
Nasihat yang sia-sia.
|
Didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan.
|
Menolong orang tidak pada tempatnya.
|
Didului bak melanting babi. (melanting = melempar.)
|
Mendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik.
|
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. (londar = denai.)
|
Nasib yang tidak dapat ditentukan.
|
Dientak (hentak) alu luncung. (luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.)
|
Dialahkan oleh orang yang bodoh.
|
Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak.
|
Sangat degil.
|
Digantung tidak bertali.
|
Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
|
Digantung tinggi, dibuang jauh.
|
Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.
|
Digantungkan tinggi, digalikan dalam.
|
Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.
|
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Digenggam tiada tiris.
|
Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.
|
Dihujani kering, dijemur basah.
|
Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.
|
Diidam seperti babi lemak. (diidam = menaruh dendam.)
|
Dendam yang tak habis.
|
Diimbau berbunyi, dilihat bersua. (diimbau = dipanggil.)
|
Kebenaran yang tak dapat dibantah.
|
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.
|
Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.
|
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.
|
Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah.
|
Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam. (bersiang = membersih-bersihkan.)
|
Mengatur-atur sesuatu supaya baik.
|
Dijual sayak, dibeli tempurung.
|
Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.
|
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.
|
Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.
|
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. (dikacak = dipegang.)
|
Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
|
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman. (sesapan = semak belukar.)
|
Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa.
|
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Dikati sama berat, diuji sama merah.
|
Pangkat atau kedudukan yang sama.
|
Dikembar seperti benang.
|
[Perempuan]] yang menduakan suaminya.
|
Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung.
|
Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.
|
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.
|
Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
|
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.
|
Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja.
|
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin.
|
Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.
|
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar.
|
Tiada mahu mendengar nasihat orang.
|
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga. (lelar = berulang-ulang.)
|
Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya.
|
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun.
|
Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.
|
Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
|
Dilihat si pulut, ditanak berderai.
|
Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.
|
Dilumas dengan daun katang-katang.
|
Sangat marah.
|
Dimakan kapang habis berlubang. (kapang = sejenis teritip.)
|
Menderita penyakit kelamin.
|
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Dimandikan dengan air segeluk.
|
Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.
|
Diminta tebu diberi tembarau. (tembarau = gelagah, temerau.)
|
Yang diberi berlainan daripada yang diminta.
|
Dinding teretas, tangga terpasang. (retas = toreh dengan senjata tajam.)
|
Kejadian yang sudah cukup buktinya.
|
Dipandang dekat, dicapai tak boleh.
|
Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
|
Dipanggang tiada hangus.
|
Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.
|
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.
|
Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
|
Diperbesar isap (hisap), hitam bibir.
|
Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.
|
Diperluas parak, tidak disiangi.
|
Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.
|
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa.
|
Kelakuan yang tidak senonoh.
|
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.
|
Keadaan yang serba salah.
|
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit.
|
Keadaan yang serba salah.
|
Diratapi langau hijau.
|
Anak dagang yang mati di rantau orang.
|
Direbus tak empuk.
|
Sangat sukar dikalahkan.
|
Direndam tak basah.
|
Sangat sukar dikalahkan.
|
Dirintang siamang berbuai.
|
Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Disambut dengan penyapu tak bersimpai.
|
Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.
|
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.
|
Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.
|
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.
|
Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.
|
Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.
|
Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.
|
Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat.
|
Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah.
|
Disigai sampai ke langit.
|
Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu.
|
Disisih bagai antah.
|
Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.
|
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati.
|
Harap-harap percaya tidak.
|
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.
|
Patuh menurut perintah.
|
Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam.
|
Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.
|
Ditakik getah di daun.
|
Hidup melarat.
|
Ditambat tidak bertali.
|
Hidup di luar nikah.
|
Ditanaknya semua berasnya.
|
Semua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus.
|
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.
|
Gembira oleh kerana mendengar pujian.
|
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.
|
Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.
|
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak.
|
Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang.
|
Ditatang di anak lidah.
|
Sangat kasih akan anak isterinya.
|
Ditating bagai minyak penuh.
|
Diperlakukan dengan sangat hati-hati.
|
Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai).
|
Sudah hilang gadisnya.
|
Ditelan tak sengkang.
|
Semuanya berjalan dengan lancar.
|
Ditembak dengan peluru petunang.
|
Perundingan yang berhasil baik.
|
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.
|
Terlalu lemah.
|
Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi.
|
Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.
|
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.
|
Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.
|
Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk.
|
Menghadapi perkara yang sangat sulit.
|
Ditindih yang berat, dililit yang panjang.
|
Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.
|
Dititik belah, dipalu belah (= datar).
|
Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.
|
Ditolak tak tumbang.
|
Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.
|
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan?
|
Tidak malu melakukan kejahatan.
|
Ditumbuk dikisar barulah lumat.
|
Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.
|
Diturutkan gatal tiba ke tulang.
|
Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.
|
Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat.
|
Sudah sepadan benar.
|
Diuji timbang lebih sesaga.
|
Perbezaan yang sangat kecil.
|
Dua badan senyawa.
|
Sangat karib.
|
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.
|
Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.
|
Dua kali dua empat.
|
Sama saja.
|
Duduk berkelompok, tegak berpusu. (berpusu = berduyun-duyun, berkumpul.)
|
Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis.
|
Duduk berkisar, tegak berpaling.
|
Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu.
|
Duduk berkurung siang malam.
|
Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.
|
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas.
|
Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana.
|
Duduk dengan cupak dan gantang.
|
Ketua yang adil.
|
Duduk dengan sukatan.
|
Orang yang kaya.
|
Duduk di ambung-ambung taji. (ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.)
|
Selalu dalam kekhuatiran.
|
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang. (tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.)
|
[Perempuan]] berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana.
|
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak.
|
Selalu bekerja tidak berhenti-henti.
|
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi.
|
Sama setaraf.
|
Duduk sehamparan, tegak sepematang.
|
Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.
|
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.
|
Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.
|
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.
|
Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.
|
Dulu intan daripada jawi.
|
Bekerja dengan tidak menurut peraturan.
|
Dulu besi, sekarang timah.
|
Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung.
|
Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.
|
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan.
|
Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
Dulu parang, sekarang besi.
|
Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi.
|
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda.
|
Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi. (raras = gugur, luruh.)
|
Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk.
|
Dulu sorak, kemudian tohok. (tohok = campak buang yang diberi bertali.)
|
Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi.
|
Dulu timah, sekarang besi.
|
Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.
|
Dulukan yang dulu merasa garam.
|
Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan.
|
Dunia diadang, saku-saku dijahit.
|
Mahu bersuka ria, tidak mahu merugi.
|
Duri di hutan siapa pertajam.
|
Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.
|
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.
|
Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
|
Durian seambung dengan timun.
|
Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.
|
Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "E" hingga "J".
E
Peribahasa
|
Maksud
|
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.
|
Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.
|
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.
|
Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.
|
Elok arak di hari panas.
|
Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
|
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.)
|
Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.
|
Elok buruk dan busuk hanyir.
|
Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
|
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.
|
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
|
Elok lenggang di tempat datar.
|
Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
|
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.)
|
Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.
|
Emas berpeti, kerbau berkandang.
|
Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
|
Embacang buruk kulit.
|
Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
|
Embun di hujung rumput.
|
Tiada kekal.
|
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.)
|
Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.
|
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.)
|
Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.
|
Empat sudah bersimpul satu.
|
Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.
|
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
|
Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
|
Enau mencari (= memanjat) sigai.
|
Perempuan mencari lelaki.
|
Enau sebatang dua sigainya.
|
Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.
|
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.
|
Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.
|
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
|
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.)
|
Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
|
Enggang lalu ranting patah.
|
Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
|
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.
|
Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.
|
Entak sedegam, langkah sepijak.
|
Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)
|
Entimun bongkok.
|
Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
|
Esa hilang, dua terbilang.
|
Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.
|
F
G
Peribahasa
|
Maksud
|
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas.
|
Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.)
|
Gadai terdorong ke (pada) Cina.
|
Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
|
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.
|
Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.
|
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
|
Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.
|
Gagak bersuara murai.
|
Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.
|
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.
|
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Gagak lalu punggur rebah.
|
Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.
|
Gaharu dibakar kemenyan berbau.
|
Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.
|
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.
|
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.)
|
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.
|
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.
|
Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
|
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.
|
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
Gajah dialahkan oleh pelanduk.
|
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
Gajah dipandang seperti kuman.
|
Terlalu marah.
|
Gajah ditelan ular lidi.
|
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
Gajah empat kaki lagi tersaruk.
|
Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.
|
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.)
|
Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.
|
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.
|
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
|
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.)
|
Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu.
|
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.)
|
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
|
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga.
|
Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).
|
Gajah mati dicatuk katak.
|
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
Gajah mati kerana gadingnya.
|
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
|
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
|
Gajah mati, tulang setimbun.
|
Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.
|
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.)
|
Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.
|
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.)
|
Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian.
|
Gajah rompong belalai.
|
Raja yang tiada berkuasa.
|
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
|
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
Gajah seekor gembala dua.
|
Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan.
|
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.
|
Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya.
|
Gajah terum di tengah rumah.
|
Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.)
|
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.
|
Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.
|
Galas terdorong kepada Cina.
|
Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
|
Gali lubang menutup lubang.
|
Meminjam wang untuk membayar hutang.
|
Gamak-gamak seperti menyambal.
|
Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.
|
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.
|
Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.)
|
Gantung tak bertali, salai tak berapi.
|
Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.
|
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.
|
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
|
Garam dikulum tak hancur.
|
Orang yang pandai menyimpan rahsia.
|
Garam jatuh di air.
|
Nasihat yang diterima dengan baik.
|
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya?
|
Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.
|
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.
|
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Garuda diburu layang-layang yang dapat.
|
Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.
|
Gaya saja, rasanya wallah.
|
Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.
|
Gayung bersambut, kata berjawab.
|
Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.)
|
Gayung tua, gayung memutus.
|
Perkataan orang tua biasanya tepat.
|
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan.
|
Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.)
|
Gedang kayu, gedang dahannya.
|
Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.
|
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.
|
Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.
|
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. (gelagah boreh = rambutan jantan.)
|
Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka.
|
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.
|
Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.
|
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.
|
Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak.
|
Geleng seperti si patung kenyang.
|
Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.
|
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.
|
Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.
|
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.)
|
Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum.
|
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
|
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan.
|
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.
|
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.)
|
Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek
|
Genting menanti putus, biang menanti tembuk.
|
Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
|
Genting putus, biang tembuk.
|
Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.
|
Geruh luka ajal mati.
|
Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.
|
Geruh menempuh dalam tubuh.
|
Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.)
|
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau.
|
Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
|
Geruh tak mencium bau.
|
Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
|
|
|
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.
|
Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.
|
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.
|
Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.)
|
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.)
|
Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya.
|
Getu sementara lagi bintik.
|
Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.
|
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.
|
Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
|
Gigi tanggal, rawan murah.
|
Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
|
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi.
|
Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
|
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.)
|
Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.
|
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.
|
Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.)
|
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.
|
Perbuatan yang tidak sempurna.
|
Gulai terlampau serai maung rasanya.
|
Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.
|
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
|
Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.
|
Gundahkan buah dimakan burung.
|
Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.
|
Gunung juga yang dilejang panas.
|
Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.
|
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.
|
Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.
|
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
|
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
|
H
Peribahasa
|
Maksud
|
Habis akal baru tawakal. (tawakal = berserah diri kepada Tuhan.)
|
Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar.
|
Habis beralur maka beralu-alu. (beralur = berunding.)
|
Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu.
|
Habis cupak dari pelelehan.
|
Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) = tiris, bocor.)
|
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.
|
Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan.
|
Habis hulubalang bersiak. (siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.)
|
Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya.
|
Habis kapak berganti beliung.
|
Sangat rajin bekerja.
|
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
|
Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.
|
Habis manis sepah dibuang.
|
Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.
|
Habis miang kerana bergeser.
|
Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.
|
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.
|
Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.
|
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.
|
Tidak berdaya lagi.
|
Habis umpan kerong-kerong tak dapat. (kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua")
|
Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi.
|
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.
|
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
|
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.
|
Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).
|
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.
|
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.
|
Tidak bersungguh-sungguh.
|
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api.
|
Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.
|
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.
|
Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan.
|
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.
|
Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.
|
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.
|
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
|
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. (meraup = mencedok dengan tangan.)
|
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
|
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.
|
Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.
|
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. (lenggang serdadu = sikap yang gagah.)
|
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang.
|
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.
|
Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.
|
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk = pekasam.)
|
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan. (untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.)
|
Percaya kepada orang yang sangat malas.
|
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar.
|
Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.
|
Hari guruh takkan hujan.
|
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Hari ini patutlah redup (= panas keras).
|
Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.
|
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.
|
Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.
|
Hari ini terlebih baik daripada besok.
|
Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.
|
Hari tak selamanya panas.
|
Untung dan malang silih berganti.
|
Hari tidak siang saja.
|
Tidak selamanya senang terus-menerus.
|
Harimau bertempek tak (kan) makan orang.
|
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Harimau ditakuti sebab giginya.
|
Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.
|
Harimau hendak menghilangkan jejaknya.
|
Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.
|
Harimau mati kerana belangnya.
|
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
|
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.
|
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
|
Harimau memperlihatkan kukunya.
|
Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
|
Harimau mengaum takkan menangkap.
|
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Harimau menunjukkan belangnya.
|
Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
|
Harimau menyorokkan kuku.
|
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
|
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.
|
Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.
|
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.
|
Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.
|
Harta orang hendak digalas.
|
Orang yang mahu mengambil harta orang lain.
|
Harta orang hendak dikebas.
|
Orang yang mahu mengambil harta orang lain.
|
Harta pulang ke tuan (= empunya).
|
Sudah pada tempatnya.
|
Harum menghilangkan bau.
|
Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
|
Harum semerbak mengandung mala. (mala = air bangkai yang telah busuk.)
|
Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang.
|
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.
|
Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya.
|
Hati bagai baling-baling.
|
Pendirian yang tidak tetap.
|
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.
|
Orang yang tidak ada perasaan.
|
Hati bak serangkak dibungkus.
|
Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
|
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.
|
Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.
|
Hati gatal mata digaruk.
|
Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.
|
Hati hendak semua jadi.
|
Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.
|
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.
|
Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.
|
Hati yang ringan meringankan beban yang berat.
|
Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
|
Hati yang suka peringan beban.
|
Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
|
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan.
|
Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.
|
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.
|
Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.
|
Hempas tulang berisi perut.
|
Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.
|
Hempas tulang tak berbalas jasa.
|
Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.
|
Hendak air pancuran terbit.
|
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
|
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
|
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.
|
Hendak bersunting bunga mala.
|
Hendak beristeri perempuan tua.
|
Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang.
|
Hendak beristeri anak gadis.
|
Hendak bertanduk kepala dipahat.
|
Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.
|
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.
|
Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.
|
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar. (termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.)
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Hendak harum terlalu hangit.
|
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak hinggap tiada berkaki.
|
Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
|
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.
|
Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.
|
Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.
|
Malas bekerja tetapi banyak makan.
|
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar. (bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.)
|
Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi.
|
Hendak masak langsung hangus.
|
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.
|
Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.
|
Hendak meluruskan ekor anjing.
|
Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.
|
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya.
|
Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.
|
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya.
|
Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.
|
Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang.
|
Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
|
Hendak mendapat pisang terkupas.
|
Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.
|
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan.
|
Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain.
|
Hendak mengayuhkan perahu tertambat.
|
Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.
|
Hendak mengepal pasir kering.
|
Membuat pekerjaan yang sukar.
|
Hendak menggaruk tidak berkuku.
|
Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.
|
Hendak panjang terlalu, patah.
|
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.
|
Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
|
Di mana ada kemahuan, tentu ada jalan.
|
Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.
|
Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
|
Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih.
|
Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.
|
Hendak terbang tiada bersayap.
|
Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
|
Hendak tinggi terlalu, jatuh.
|
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru.
|
Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.)
|
Hendak ulam, pucuk menjulai.
|
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
|
Hendak untung menjadi buntung.
|
Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
|
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa.
|
Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.
|
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.
|
Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.
|
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.
|
Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.
|
Hidung dicium, pipi digigit.
|
Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.
|
Hidung sudah rampung diatur orang.
|
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
|
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
|
Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
|
Hidup di hujung gurun orang.
|
Hidup melarat.
|
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
|
Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.
|
Hidup dua muara.
|
Hidup dengan dua macam pencarian.
|
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).
|
Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.
|
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
|
Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.
|
Hidup segan mati tak mahu (= embuh).
|
Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).
|
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.
|
Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.
|
Hilang adat tegal muafakat.
|
Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.
|
Hilang bahasa lenyap bangsa.
|
Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.
|
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
|
Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.
|
Hilang di mata di hati jangan.
|
Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.
|
Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami.
|
Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.
|
Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.)
|
Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya.
|
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.)
|
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
|
Hilang kabus, teduh hujan.
|
Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.
|
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
|
Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.
|
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.
|
Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.
|
Hilang kilat dalam kilau.
|
Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.
|
Hilang pelanduk berganti kijang emas.
|
Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia.
|
Hilang penjahit berkerbau-kerbau.
|
Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.
|
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.
|
Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
|
Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.)
|
Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya.
|
Hilang tak tentu rimbanya.
|
Hilang tidak berbekas.
|
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.)
|
Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya.
|
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.
|
Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.
|
Hilang tukul hilanglah pahat.
|
Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.
|
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.
|
Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.
|
Hinggap bak langau, titik bak hujan.
|
Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
|
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).
|
Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.
|
Hinggap saja bagai langau.
|
Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
|
Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.)
|
Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu.
|
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.
|
Perihal keburukan sifat seseorang.
|
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.
|
Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.
|
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya.
|
Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri.
|
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.
|
Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.
|
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.
|
Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.
|
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.)
|
Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
|
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.)
|
Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya.
|
Hitam-hitam gula Jawa.
|
Biarpun hitam tetapi manis.
|
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.
|
Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
|
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.
|
Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.
|
Hujan berbalik ke langit.
|
Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.
|
Hujan berpohon, panas berasal.
|
Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.
|
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
|
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
|
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.
|
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
|
Hujan jatuh ke pasir.
|
Berbuat baik tidak pada tempatnya.
|
hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.
|
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
|
Hujan menimpa bumi.
|
Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.
|
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.
|
Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
|
hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.
|
Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.)
|
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.
|
Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.
|
Hujung lurus, pangkal berkait.
|
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.
|
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.
|
Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.
|
Hukum yang rata, adat yang datar.
|
Sesuatu yang sama baiknya.
|
Hulu malang pangkal celaka.
|
Permulaan segala bencana.
|
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat untung.)
|
Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang.
|
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.)
|
Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga.
|
Hutang (= pinjam) kayu ara.
|
Hutang yang tak mungkin terbayar.
|
Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula.
|
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati.
|
Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.
|
Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas
|
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang sebelit (selilit) pinggang.
|
Sangat banyak hutangnya.
|
Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula.
|
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang tiap helai bulu.
|
Sangat banyak hutangnya.
|
I
Peribahasa
|
Maksud
|
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat.
|
Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan.
|
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.
|
Sangat miskin.
|
Ibarat beban sudah ke tepi.
|
Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.)
|
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu
|
Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
|
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang.
|
Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya: segar.)
|
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.
|
Tidak ada kemerdekaan.
|
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.
|
Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.)
|
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.
|
Suami isteri yang berkasih-kasihan.
|
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.
|
Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.
|
Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.)
|
Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan.
|
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
|
Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.)
|
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.
|
Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar.
|
Ibarat perahu takkan karam sebelah.
|
Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.
|
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.
|
Orang melarat mendapat pertolongan.
|
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.)
|
Pencarian yang tiada memadai.
|
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.
|
Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.)
|
Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.)
|
Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap).
|
Ikan di hulu tuba di hilir.
|
Perbuatan yang sia-sia.
|
Ikan di kuali, habis melompat.
|
Nasib yang malang.
|
Ikan digulai sudah melompat.
|
Nasib yang malang.
|
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
|
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-rempah.)
|
Ikan pulang ke lubuk.
|
Telah kembali ke tempat asalnya.
|
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis porcelain.)
|
Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
|
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.
|
Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
|
Ikan tergantung, kucing tunggu.
|
Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.
|
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba.
|
Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.
|
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.
|
Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
|
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh.
|
Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.
|
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.)
|
Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya.
|
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.
|
Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.
|
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.)
|
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
|
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
|
Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
|
Ilmu padi, makin berisi makin runduk.
|
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
|
Inai tertepung, kuku tanggal.
|
Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.)
|
Indah khabar daripada rupa.
|
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
|
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
|
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.
|
Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.
|
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.
|
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
|
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi.
|
Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.
|
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak.
|
Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
|
Ini hari orang, besok hari kita.
|
Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)
|
Intan berlian jangan dipijakkan.
|
Untung bahagia jangan dielakkan.
|
Intan dikalungkan di leher anjing.
|
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
|
Intan disangkakan batu kelikir.
|
Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.
|
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.
|
Kebenaran akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.
|
Intan salah serudinya. (serudi = canai.)
|
Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya.
|
Isi dada bekal berjalan.
|
Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
|
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.
|
Kita yang berusaha, orang lain yang senang.
|
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.
|
Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
|
Itik bertaji.
|
Sangat penakut, tetapi sombong.
|
Itik diajar berenang.
|
Membuat pekerjaan yang sia-sia.
|
Itik dimandikan takkan basah.
|
Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
|
Itik mendapat air.
|
Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.
|
Itik tak sudu, ayam tak patuk.
|
Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.
|
J
Peribahasa
|
Maksud
|
Jadi air mandi.
|
Sudah jadi kebiasaan.
|
Jadi alas cakap.
|
Hadiah kepada orang yang berjasa.
|
Jadi bapa kuda.
|
Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.
|
Jadi bumi langit.
|
Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.
|
Jadi dinding lasak peti manian.
|
Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.)
|
Jadi kuda beban.
|
Orang suruhan.
|
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut).
|
Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.
|
Jadi penghubung kaki tangan.
|
Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
|
Jadi penghubung mata telinga.
|
Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
|
Jadi teluk ulakan air.
|
Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.
|
Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.)
|
Habis (= selesai) sama sekali.
|
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.
|
Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).
|
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.)
|
Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu.
|
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.
|
Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.)
|
Jalan raya titian batu.
|
Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah.
|
Jambatan emas.
|
Jalan mencapai bahagia.
|
Janda belum berlaki.
|
Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.
|
Janda berhias.
|
Janda yang belum beranak.
|
Jangan bagai babi merasa gulai.
|
Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan.
|
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela.
|
Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua = melampau.)
|
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.)
|
Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali.
|
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak).
|
Makin kaya (berilmu) makin sombong.
|
Jangan bercermin di air keruh.
|
Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
|
Jangan berebutkan tembikar pecah.
|
Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Jangan berkemudi di haluan.
|
Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
|
Jangan bersandar di batang rengas.
|
Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.
|
Jangan bersandar di punggur.
|
Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.
|
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.
|
Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.
|
Jangan buat kerbau tanduk panjang.
|
Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.
|
Jangan diajar anak harimau makan daging.
|
Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim.
|
Jangan diajar orang tua makan dadih.
|
Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.)
|
Jangan diajar orang tua makan kerak.
|
Tidak usah diajar orang yang sudah tahu.
|
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.
|
Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.
|
Jangan difikirkan air pasang saja.
|
Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.
|
Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.
|
Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
|
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga.
|
Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
|
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.
|
Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan.
|
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat.
|
Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.)
|
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.
|
Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.
|
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. (guri = sejenis buyung.)
|
Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa.
|
Jangan meludah ke langit.
|
Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.
|
Jangan memanah ke langit.
|
Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.
|
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina.
|
Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.
|
Jangan memberi bunga kepada monyet.
|
Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
|
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya.
|
Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan memijak benang arang orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.
|
Jangan menggegai sempada di bawah batang.
|
Bahaya jangan dicari-cari.
|
Jangan menggerak ular tidur.
|
Bahaya jangan dicari-cari.
|
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.
|
Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya.
|
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.)
|
Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.
|
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
|
Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
|
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung.
|
Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.
|
Jangan merempuh sarang lebah.
|
Bahaya jangan dicari-cari.
|
Jangan puntung berasap jua.
|
Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.
|
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.
|
Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.
|
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).
|
Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.
|
Jangan seperti si buta mematah tongkat.
|
Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.
|
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.
|
Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
|
Jangan tercirit di periuk.
|
Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.
|
Jangat liat kurang panggang.
|
Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.)
|
Janji sampai, sukatan penuh.
|
Sudah sampai ajal.
|
Janjian antah tidak ceruh.
|
Nasib yang malang.
|
Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.)
|
Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
|
Jaras katanya raga jarang.
|
Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
|
Jari kudung dimasukkan cincin.
|
Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.
|
Jaring berbangkit kuaran tiba.
|
Perhitungan yang salah.
|
Jarum halus kelindan sutera.
|
Tipu muslihat yang sangat halus.
|
Jatuh berjolok.
|
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
|
Jatuh berkait.
|
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
|
Jatuh di atas tilam.
|
Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
|
Jatuh dihimpit tangga.
|
Mendapat kesusahan silih berganti.
|
Jatuh tidak berkait (= berjolok).
|
Membuat sesuatu tanpa diminta.
|
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).
|
Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
|
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
|
Banyak pengalaman.
|
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
|
Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk = dipegang.)
|
Jauh dari mata jauhlah dari hati.
|
Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
|
Jauh di mata, dekat di hati.
|
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.
|
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.
|
Bercakap besar di belakang-belakang saja.
|
Jauh panggang dari api.
|
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
|
Jauhari juga yang mengenal manikam.
|
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
|
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?
|
Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.
|
Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.)
|
Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan.
|
Jejaknya keruh.
|
Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
|
Jelatang di hulu air.
|
Perkara yang selalu menyusahkan.
|
Jemur terkekar ayam tiba. (terkekar = terkembang.)
|
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli.
|
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.
|
Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.)
|
Jerat halus kelindan sutera.
|
Tipu muslihat yang sangat halus.
|
Jerat semata bunda kandung.
|
Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.
|
Jerat serupa jerami.
|
Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.
|
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. (balam = burung tekukur.)
|
Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
|
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba.
|
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
|
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.
|
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
|
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa.
|
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
|
Jika baik ada cacatnya.
|
Tidak ada yang sempurna benar.
|
Jika berjumbai tempat bergantung.
|
Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
|
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah juga.
|
Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.
|
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.)
|
Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah
|
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.
|
Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
|
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.
|
Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.
|
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.
|
Menunjukkan kebencian.
|
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.
|
Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri.
|
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut.
|
Yang jahat itu tetap jahat.
|
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.
|
Janji mesti ditepati.
|
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak.
|
Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.
|
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.
|
Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
|
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.
|
Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.
|
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah = membabat, menebangi.)
|
Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan
|
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.
|
Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.
|
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.
|
Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.
|
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan = pendakian.)
|
Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan.
|
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.
|
Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.
|
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup.
|
Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
|
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu.
|
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
|
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.
|
Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.
|
Jikalau beranak ikut kata bidan.
|
Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.
|
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.
|
Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya.
|
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga.
|
Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.
|
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput.
|
Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain.
|
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan.
|
Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.
|
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.
|
Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu = tilam tempat duduk.)
|
Jikalau menampi jangan tumpah padinya.
|
Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.
|
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.
|
Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.
|
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.
|
Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
|
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.
|
Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
|
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.
|
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
|
Jirus bagai bulan akan habis.
|
Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.)
|
Jiwa bergantung di hujung rambut.
|
Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.
|
Juadah sudah dijilat cicak.
|
Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.
|
Jual sutera beli mastuli.
|
Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.)
|
Jung pecah, yu yang kenyang.
|
Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.
|
K
Peribahasa
|
Maksud
|
Kaduk kena baja.
|
Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.
|
Kaduk naik junjung.
|
Orang hina merasa dirinya mulia.
|
Kain basah kering di pinggang.
|
Sangat miskin.
|
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga. (acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.)
|
Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga.
|
Kain dalam lipatan.
|
Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.
|
Kain dibakar tiada berbau.
|
Kemiskinan yang amat sangat.
|
Kain ditangkap maka duduk.
|
Kemiskinan yang amat sangat.
|
Kain jadi basahan.
|
Jatuh melarat.
|
Kain kasah di atas duri. (kasah (kasa) = kain putih yang halus.)
|
Dalam sikratulmaut.
|
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari.
|
Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.
|
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.
|
Serba tak cukup (miskin).
|
Kain pendinding miang, wang pendinding malu.
|
Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.
|
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. (rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.)
|
Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri.
|
Kain sehelai berganti-ganti.
|
Suami isteri yang miskin.
|
Kain sehelai peminggang habis. (peminggang = lambung perahu.)
|
Mengalami kerugian atau kecurian.
|
Kain sehelai sepinggang habis.
|
Mengalami kerugian atau kecurian.
|
Kain tak bertepi.
|
Kemiskinan yang amat sangat.
|
Kain tersangkut kain tinggal.
|
Tergesa-gesa melarikan diri.
|
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
|
Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
|
Kaki naik, kepala turun.
|
Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
|
Kaki pekuk lenggang ke perut. (pekuk = bengkok.)
|
Orang yang buruk dan bodoh.
|
Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan.
|
Telah terlanjur.
|
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.
|
Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.
|
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.
|
Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.
|
Kaki untut dipakaikan gelang.
|
Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.
|
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
|
Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.
|
Kalau ada asap, tentu ada api.
|
Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.
|
Kalau ada beremas, hidup; tiada beremas, mati.
|
Akan senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap.
|
Kalau alang-kepalang biarlah jangan.
|
Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.
|
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.
|
Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau.
|
Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
|
Kalau baik buat tauladan (teladan), kalau tak baik buat sempadan.
|
Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.
|
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.
|
Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.
|
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.
|
Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.
|
Kalau bersahabat cari sama babat. (babat = pasang, suku, golongan.)
|
Pilihlah kawan daripada golongan sendiri.
|
Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.
|
Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.
|
Kalau bertunas diganggut kambing. (ganggut = ragut, renggut.)
|
Nasib yang malang.
|
Kalau boros lekas kerugian.
|
Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.
|
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.
|
Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.
|
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.
|
Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
|
Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup.
|
Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
|
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah.
|
Alam rohani yang tak terbatas.
|
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.
|
Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.
|
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu.
|
Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.
|
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.
|
Jawab yang benar dan tepat.
|
Kalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa.
|
Kelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan.
|
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.
|
Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.
|
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang.
|
Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.
|
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.
|
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
|
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak.
|
Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.
|
Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka.
|
Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja.
|
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
|
Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.
|
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.
|
Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.
|
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
|
Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.
|
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. (budu = pekasam ikan kecil-kecil.)
|
Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu.
|
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu.
|
Perkara yang mustahil.
|
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi.
|
Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.
|
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.
|
Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
|
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.
|
Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.
|
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.
|
Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.
|
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.
|
Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.
|
Kalau pandai makan, pandai simpan.
|
Pandai menyimpan rahsia.
|
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya.
|
Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.
|
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri.
|
Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.
|
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.
|
Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.
|
Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.
|
Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.
|
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.
|
Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.
|
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah. (kundur = labu besar.)
|
Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara.
|
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.
|
Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.
|
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambing bertanggungan. (bertanggungan = menderita.)
|
Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya.
|
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan.
|
Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.
|
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.
|
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
Kalau tak ada api, masakan ada asap.
|
Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.
|
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka. (mereka = mencari akal.)
|
Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib.
|
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. (rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.)
|
Orang yang sangat kurus.
|
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).
|
Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.
|
Kalau tak bermeriam, baiklah diam.
|
Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.
|
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. . (gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.)
|
Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu
|
Kalau tak sir berdegak, sir melayang. (tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.)
|
Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya.
|
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.
|
Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.
|
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).
|
Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
|
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. (sepiak = seketip, sedikit.)
|
Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.
|
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi.
|
Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.
|
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang.
|
Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.
|
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut.
|
Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.
|
Kalis bagai air di daun keladi. (kalis = tidak berbekas.)
|
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.
|
Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.
|
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.
|
Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.
|
Kapak menelan beliung.
|
Yang baik ditukar dengan yang buruk.
|
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.
|
Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.
|
Kapal besar ditunda jongkong.
|
Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.
|
Kapal satu nakhoda dua.
|
Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.
|
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.
|
Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.
|
Kapur di hujung telunjuk.
|
Tidak dapat menolong sanak saudara.
|
Karam berdua basah seorang.
|
Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.
|
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. (lekar = penyangga (lapik) [kuali]] diperbuat daripada rotan atau lidi.)
|
Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara.
|
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah.
|
Kesedihan kerana kematian kekasih.
|
Karam Kampar oleh Kuantan.
|
Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
|
Karam sambal oleh belacan.
|
Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
|
Karam tidak berair.
|
Mendapat bencana dengan tidak bersebab.
|
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. (penggalan = potongan.)
|
Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.
|
Kasih itu roh (= semangat) yang buta.
|
Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja.
|
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.
|
Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.
|
Kasih sepantun tulisan pinggan.
|
Kasih yang tak hilang-hilang.
|
Kasih tidak bersekutu dengan bijak.
|
Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.
|
Kasihan gajah berusung.
|
Kasihan yang tidak pada tempatnya.
|
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan. (uliti = menyanyikan sampai tidur.)
|
Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan.
|
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.
|
Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain.
|
Kasihkan pinang sebatang daripada buluh|aur]] serumpun.
|
Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.
|
Kasihkan raja di atas usungan.
|
Kasihan yang tidak pada tempatnya.
|
Kasturi mati kerana baunya. (kasturi = tikus kecil yang harum baunya.)
|
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
|
Kata berjawab, gayung bersambut.
|
Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
|
Kata biarlah kota.
|
Janji hendaklah ditepati.
|
Kata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari).
|
Janji hendaklah ditetapi.
|
Kata periuk belanga hitam.
|
Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
|
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan.
|
Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat.
|
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan. (rahmat = belas kasihan.)
|
Tidak mahu mengakui kebenaran.
|
Katak di bawah tempurung.
|
Sangat picik pengetahuannya.
|
Katak ditimpa kemarau.
|
Berkeluh kesah dengan tidak keruan.
|
Katak hendak jadi lembu.
|
Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.
|
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.
|
Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.
|
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati.
|
Tempat yang berbahaya.
|
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.
|
Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa.
|
|
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.
|
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.
|
Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.
|
Kayu bongkok kura-kurapun boleh memanjat.
|
Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.
|
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh.
|
Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.
|
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.
|
Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.
|
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.
|
Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.
|
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.
|
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
|
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut. (tunjang = akar yang di atas tanah.)
|
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
|
Kayu yang besar jugalah yang bersakat. (sakat = bendalu, pasilan.)
|
Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya.
|
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya.
|
Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya.
|
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. (gerek = berlubang-lubang.)
|
Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya.
|
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah.
|
Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.
|
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. (ambung = keranjang.)
|
Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
|
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.
|
Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.
|
Ke gunung tak dapat angin.
|
Gagal untuk mendapat keuntungan.
|
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.
|
Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
|
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak. (tengkalak = lukah yang panjang.)
|
Tak dapat terhindar daripada bahaya.
|
Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak).
|
Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.
|
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. (racik = jerat.)
|
Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai.
|
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya.
|
Pendirian yang tidak tetap.
|
Ke mana condong, ke mana rebah.
|
Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.
|
Ke mana dialih, lesung berdedak juga.
|
Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga.
|
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.
|
Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.
|
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
|
Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
|
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.
|
Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.
|
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang.
|
Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.
|
Ke sungai sambil mandi.
|
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
|
Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.
|
Kebakaran janggut.
|
Kebingungan tidak keruan.
|
Kebanyakan halilintar kurang hujan.
|
Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada.
|
Kebenaran di hujung lidah.
|
Tidak ada keadilan.
|
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut. (kecambah = tumbuhan kecil.)
|
Orang yang memang berani takkan jadi pengecut.
|
Kecek anak Melaka.
|
Cakap tinggi tetapi tidak berisi.
|
Kecek bagai bunyi merendang kacang.
|
Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.
|
Kecek bagai ketiak ular.
|
Cakap yang tak berkeputusan.
|
Kecil anak besar onak.
|
Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
|
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.
|
Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.
|
Kecil bahan besar penimpanya.
|
Belanja lebih banyak daripada penghasilan.
|
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.
|
Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
|
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang.
|
Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.
|
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar.
|
Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.
|
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.
|
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.
|
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
|
Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
|
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.
|
Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.
|
Kecil umpan besar ikan.
|
Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.
|
Kecil-kecil anak harimau.
|
Meskipun kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.
|
Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
|
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.
|
Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.
|
Kecil-kecil cabai rawit.
|
Meskipun kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil cili Melaka (= api).
|
Meskipun kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung. (limau abung = sejenis limau besar.)
|
Meskipun kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil pun api.
|
Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.
|
Kecubung berulam ganja.
|
Sama jahat. (kecubung = sejenis tumbuhan, bijinya memabukkan.)
|
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggang.
|
Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya.
|
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam. (kejap = kerling, kedip, kelip.)
|
Pujian kepada perempuan yang cantik.
|
Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya.
|
Orang muda sangat mudah panas darahnya.
|
Kelakatu hendak terbang ke langit.
|
Menghendaki sesuatu yang mustahil.
|
Kelalaian menjemput pencuri.
|
Kerana kelalaian maka kerugian.
|
Kelam bagai malam dua puluh tujuh.
|
Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.
|
Kelam disigi, lekung ditinjau. (sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.)
|
Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan.
|
Kelapa ditebuk tupai.
|
Gadis yang sudah kehilangan daranya.
|
Kelapa muda tak berminyak.
|
Orang muda yang belum ada pengalaman.
|
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.
|
Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya.
|
Kelarai sesat taja. (taja = permulaan.)
|
Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya.
|
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal. (radai = sirip.)
|
Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing.
|
Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda.
|
Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.
|
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. (kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.)
|
Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri.
|
Keli dua selubang.
|
Seorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang.
|
Kelik-kelik dalam baju. (kelik-kelik = semut yang berbisa.)
|
Musuh dalam selimut.
|
Kelimpanan mata dek pengelan. (kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.)
|
Dikecewakan oleh orang yang diharapkan.
|
Kelip-kelip terbang malam.
|
Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
|
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.
|
Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.
|
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.
|
Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. (berkeruh = mendengkur.)
|
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing.
|
Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.
|
Kemahiran itu sebaik-baik guru.
|
Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.
|
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.
|
Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.
|
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.
|
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
|
Kemiri jatuh ke pangkalnya.
|
Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.
|
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk.
|
Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
|
Kemudi patah perahu tembuk.
|
Kemalangan yang silih berganti.
|
Kena kecipak orang berbelut. (kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.)
|
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
|
Kena luluk kandang kering.
|
Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.
|
Kena parang bermata dua.
|
Sangat menyakitkan perasaan hati.
|
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.
|
Sindiran (jawapan) yang tepat.
|
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.
|
Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.
|
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya).
|
Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.
|
Kendur mengusut, tegang memutus.
|
Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.
|
Kepala ke bawah, kaki ke atas.
|
Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
|
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.
|
Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah.
|
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.
|
Lain orang, lain fikirannya.
|
Kepala tersangkut dengan kulit babi.
|
Mendapat malu besar.
|
Kepala yu, ekor babi.
|
Suka berpura-pura atau bermuka dua.
|
Kera (= monyet) kena belacan .
|
Sangat gelisah.
|
Kera dapat bunga.
|
Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
|
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula.
|
Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya.
|
Kera menegurkan tahinya.
|
Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.
|
Kera menjadi monyet.
|
Tiada bezanya.
|
Kerambil tumbuh di matanya.
|
Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan,
|
Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan.
|
Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.
|
Kerana emas memas, kerana padi menjadi. (memas = cermat, bagus.)
|
Orang kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya.
|
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.
|
Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. (lotong (lutung) = kera hitam.)
|
Kerana mata buta, kerana hati mati.
|
Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.
|
Kerana mendengar bunyi.
|
Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.
|
Kerana mulut badan binasa.
|
Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
|
Kerana mulut kepala terpenggal.
|
Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
|
Kerana pijat-pijat mati tuma.
|
Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain.
|
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal.
|
Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.
|
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan. (berudu = anak katak yang masih sebagai ikan)
|
Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi.
|
Keras bagai batu, tinggi bagai langit.
|
Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.
|
Keras ditakik, lunak disudu.
|
Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.
|
Kerat rotan, patah arang.
|
Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.
|
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan.
|
Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.
|
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.
|
Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
|
Kerbau bertanduk, rotan beronak.
|
Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.
|
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.
|
Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.
|
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. (dimusangi = dimakan musang.)
|
Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik.
|
Kerbau kandang, emas berpura.
|
Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
|
Kerbau menanduk, kerbau pergi.
|
Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.
|
Kerbau pembulang tali. (membulang = mengikat tali ke kepala.)
|
Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya.
|
Kerbau punya susu, sapi punya nama.
|
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
|
Kerbau sakit, sapi beroleh nama.
|
Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
|
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga.
|
Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal.
|
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.
|
Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
|
Kering tempayan, cebok pun jauhlah.
|
Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.
|
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.
|
Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.
|
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.
|
Kata-kata lebih tajam daripada senjata.
|
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya.
|
Perbuatan yang pandir.
|
Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan.
|
Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. (berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.)
|
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.
|
Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.
|
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.
|
Bekerja dengan tidak menurut peraturan.
|
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.
|
Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (hubah = suka.)
|
Kerosok ular di rumpun bambu. (kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.)
|
Ancaman daripada orang yang pengecut.
|
Kesat daun pimping. (pimping = sejenis gelagah yang batangnya tiada berongga.)
|
Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya.
|
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. (celur = celup ke dalam air mendidih.)
|
Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya.
|
Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul.
|
Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.
|
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan.
|
Berhemat cermat dalam penghidupan.
|
Ketika gagak putih, bangau hitam.
|
Kiasan pada zaman yang sudah silam.
|
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.
|
Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.
|
Kicang-kecoh ciak. (kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.)
|
Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya.
|
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya.
|
Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.
|
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. (kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.)
|
Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa.
|
Kilangan patah awak itulah menghimpitnya. (kilangan = apitan tebu.)
|
Mendapat celaka kerana kesalahan sendiri.
|
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
|
Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
|
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.
|
Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.
|
Kini gatal besok digaruk.
|
Pertolongan yang terlambat datang.
|
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang.
|
Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.
|
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.
|
Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.
|
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.
|
Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.
|
Kodok dapat bunga sekuntum.
|
Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya.
|
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (bergelumang = kotor berlumur.)
|
Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
|
Korek lubang ulat.
|
Sengaja mencari perselisihan.
|
Kotor dicuci, berabu dijentik.
|
Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.
|
Koyak baju mahu ukur badan.
|
Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.
|
Koyak tak berbunyi.
|
Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.
|
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
|
Bersama-sama dalam senang dan susah.
|
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga.
|
Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.
|
Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.
|
Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.
|
Kuali mengatakan belanga hitam.
|
Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
|
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
|
Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
|
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.
|
Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
|
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.
|
Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.
|
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.
|
Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya.
|
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.
|
Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.
|
Kuat lilit kerana simpulnya.
|
Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.
|
Kuat sepit kerana kempa. (kempa = apitan.)
|
Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang.
|
Kuat tertawa koyak bibir.
|
Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.
|
Kubur kata mari, rumah kata nanti.
|
Orang yang sudah lanjut usianya.
|
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi.
|
Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.
|
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang.
|
Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.
|
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga.
|
Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.
|
Kuda pelejang bukit.
|
Orang yang menjadi kakitangan orang lain.
|
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.
|
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya.
|
Orang yang rajin senantiasa disuruh orang.
|
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.
|
Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.
|
Kudis menjadi tokak.
|
Perkara kecil menjadi besar.
|
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
|
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Kulai-balai bagai cangkul sisa pengait (= dikait). (kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.)
|
Orang yang lemah-lembut gerak gerinya.
|
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk.
|
Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.
|
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
|
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
|
Kuman menjadi barah (= pekung).
|
Perkara kecil menjadi besar.
|
Kumbang terbang tak bersaing.
|
Terlalu cepat.
|
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.
|
Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.
|
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang.
|
Mudah dihasut atau dipujuk.
|
Kura-kura (hendak) memanjat kayu.
|
Berbuat sesuatu yang mustahil.
|
Kura-kura di atas dahan.
|
Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.
|
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
|
Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.
|
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.
|
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Kura-kura kakinya tiada basah.
|
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Kura-kura pandai kerabat kayu. (kerabat = panjat.)
|
Berbuat sesuatu yang mustahil.
|
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.
|
Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.
|
Kurang kerat, rengkuh yang lebih.
|
Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.
|
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.
|
Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
|
Kurang sesayat (= seiris) sebelanga.
|
Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.
|
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru. (sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.)
|
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
|
Kurang taksir hilang laba.
|
Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.
|
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai.
|
Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. (senteng = kurang cukup; bilai = sambung.)
|
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).
|
Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.
|
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang.
|
Kurus sekali kerana sakit.
|
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.
|
Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.
|
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.
|
Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.
|
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih.
|
Segala perselisihan hendaklah didamaikan.
|
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain.
|
Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat.
|
L
Peribahasa
|
Maksud
|
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.
|
Persahabatan yang sangat karib.
|
Laba tertinggal, harta lingkap.
|
Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.
|
Labu dikerbuk tikus.
|
Gadis yang sudah kehilangan daranya.
|
Ladang yang berpunya.
|
Perempuan yang sudah kahwin.
|
Lading tajam sebelah. (lading = sejenis alat perang.)
|
Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi.
|
Lading tak tahu akan majalnya. (majal = tumpul, tidak tajam.)
|
Tidak insaf akan keadaan dirinya.
|
Lagak Padang, omong Betawi.
|
Cakap besar, tetapi tiada berisi.
|
Lagi jatuh ditimpa tangga.
|
Berturut-turut mendapat kesusahan.
|
Lagi lauk lagi nasi.
|
Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
|
Lagi lebai lagi berjanggut.
|
Berilmu dan berbudi.
|
Lagi murah, lagi ditawar.
|
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
|
Lagi teduh lagi berkajang.
|
Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
|
Lagi terang lagi bersuluh.
|
Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.
|
Lagi tongkat lagi senjata.
|
Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
|
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut.
|
Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
|
Lah karam maka bertimba.
|
Setelah mendapat celaka baru ingat.
|
Lah ke tengah makan api.
|
Perselisihan yang telah mendalam, maka susah didamaikan.
|
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.
|
Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.
|
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak.
|
Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.
|
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. (menarung = menyentuh, menyerandung.)
|
Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya.
|
Lain bengkak lain bernanah.
|
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
|
Lain biduk lain digalang.
|
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (galang = penyangga, landasan.)
|
Lain di mulut, lain di hati.
|
Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.
|
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.
|
Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.
|
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.
|
Masing-masing orang dengan kesukaannya.
|
Lain galang, lain perahu yang disorong.
|
Berlainan perbuatan daripada tujuannya.
|
Lain gatal lain digaruk.
|
Lain soal lain jawabnya.
|
Lain lubuk, lain ikannya.
|
Adat negeri selalu berlain-lainan.
|
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.
|
Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. (menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.)
|
Lain mangkuk lain cawan.
|
Tidak sama pembawaan dan kesukaan.
|
Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa.
|
Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan.
|
Lain orang yang makan inangka, lain orang yang kena getah.
|
Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
|
Lain orang, lain pendapat.
|
Masing-masing orang dengan kesukaannya.
|
Lain padang lain belalang.
|
Adat negeri selalu berlain-lainan.
|
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.
|
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.
|
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah. (ilallah = hujung kalimat lailahailallah.)
|
Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan.
|
Lain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut.
|
Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
|
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.
|
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna.
|
Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.
|
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi.
|
Hidup melarat di negeri asing.
|
Laksana apung dipermainkan gelombang.
|
Hidup melarat di negeri asing.
|
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.
|
Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa.
|
Laksana barang yang disadur. (sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.)
|
Tak tahan uji.
|
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.
|
Sangat kuat dan teguh. (embat = pukul; manau = rotan besar.)
|
Laksana batik lasam.
|
Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. (lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.)
|
Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.
|
Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.
|
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur.
|
Menghilangkan diri.
|
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri. (lum = ranum.)
|
Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat.
|
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
|
Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.
|
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.
|
Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.
|
Laksana burung diam dalam sangkar.
|
Orang yang terikat hidupnya.
|
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku.
|
Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.
|
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku.
|
Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.
|
Laksana janda baru bangun tidur.
|
Perempuan yang benar-benar cantik. (jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.)
|
Laksana jauk penjauk yang kerap.
|
Terlalu kikir.
|
Laksana jentayu menantikan hujan. (jentayu = burung garuda yang besar.)
|
Sangat rindu.
|
Laksana kain (= benang) putih.
|
Sentiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil.
|
Laksana kain tiga hasta.
|
Serba tanggung.
|
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki. (ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.)
|
Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan.
|
Laksana katak di harung ular.
|
Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
|
Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit).
|
Orang yang tidak tahu membawa diri.
|
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.
|
Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
|
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam.
|
Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya.
|
Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu.
|
Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.
|
Laksana layang-layang melawan angin.
|
Perbuatan yang sia-sia.
|
Laksana layang-layang putus teraju.
|
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
|
Laksana layang-layang salah teraju.
|
Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.
|
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol. (dogol = tidak bertanduk.)
|
Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya.
|
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.
|
Orang yang besar tubuh tetapi penakut.
|
Laksana lemping terbuang.
|
Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. (lemping = sejenis kuih.)
|
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu.
|
Berpenat lelah dengan sia-sia saja.
|
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat. (pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.)
|
Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja.
|
Laksana pohon kayu tiada berbuah.
|
Ilmu yang tiada diamalkan.
|
Laksana sampan pukat.
|
Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.
|
Laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau.
|
Baru memperlihatkan keunggulannya bila perlu.
|
Laksana taji dibentuk.
|
Kening yang elok.
|
Laksana terung bertunang ikan kering.
|
Sangat sesuai.
|
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. (sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.)
|
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
|
Lalat langau mengerumuni bangkai.
|
Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.
|
Lalat memanglah mencari puru.
|
Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.
|
Lalu hangus, surut layu.
|
Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah.
|
Lalu penjahit, lalu kelindan.
|
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.
|
Lambat laga asalkan menang.
|
Biar lambat asalkan maksud tercapai.
|
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda.
|
Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.
|
Lampu kekurangan minyak.
|
Dalam keadaan payah.
|
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.
|
Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.
|
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.
|
Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
|
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut. (pasar = licin, mati rumput.)
|
Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih.
|
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.
|
Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.
|
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.
|
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap.
|
Langit akan disigai, tebat akan disiar.
|
Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.
|
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang. (berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.)
|
Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan.
|
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. (kambut = sejenis bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.)
|
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
|
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki.
|
Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.
|
Langit menyungkup kepala.
|
Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.
|
Langit runtuh, bumi cair.
|
Segala harapan sudah musnah.
|
Langit runtuh, bumi telah terban. (terban = runtuh.)
|
Segala harapan sudah musnah.
|
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.
|
Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.
|
Langkah yang telah terlangkahkan.
|
Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya.
|
Langkas buah papaya. (langkas = luruh kerana terlampau masak.)
|
Suatu perkara yang mustahil.
|
Lantai dan dinding bertelinga belaka.
|
Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat.
|
Lapuk oleh kain sehelai.
|
Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.
|
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.
|
Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.
|
Laut budi tepian akal (= ilmu).
|
Orang cerdik pandai atau cendekiawan.
|
Laut datang memunggah mutiara.
|
Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.
|
Laut ditembak, darat kena.
|
Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.
|
Laut ditimba akan kering.
|
Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan.
|
Laut madu berpantaikan sakar (= gula).
|
Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.
|
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.
|
Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.
|
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.
|
Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. (latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.)
|
Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.
|
Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.
|
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.
|
Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya.
|
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang.
|
Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.
|
Lawak-lawak main, bunga tahi.
|
Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
|
Layang-layang putus talinya.
|
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
|
Layar menimpa tiang.
|
Kawan menjadi lawan.
|
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman.
|
Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.
|
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.
|
Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.
|
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata.
|
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
|
Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput.
|
Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
|
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
|
Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.
|
Lebih pucuk, lebih pelepah?
|
Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).
|
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.
|
Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.
|
Lecah di kaki.
|
Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.
|
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. (leka = asyik, lalai.)
|
Membuat pekerjaan yang merugikan.
|
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.
|
Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.
|
Lekuk batu dititik air selalu.
|
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
|
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk.
|
Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan.
|
Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.
|
Orang yang teguh pendiriannya. (takik = toreh pada kayu.)
|
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.
|
Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.
|
Lemah melapis condong menopang.
|
Tolong-menolong satu sama lain.
|
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut.
|
Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.
|
Lemah-lembut santan berlada.
|
Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.
|
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.
|
Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.
|
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
|
Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.
|
Lemak penyelar daging. . (penyelar = penggoreng.)
|
Memboroskan harta benda tuannya
|
Lembah diraih, pantai dititi.
|
Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. (raih = tarik.)
|
Lembu dogol jangan dibalun.
|
Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.
|
Lempar bunga dibalas lempar tahi.
|
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
|
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan.
|
Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.
|
Lemukut di tepi gantang.
|
Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.
|
Lengan bagai lilin dituang.
|
Lengan yang cantik.
|
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu.
|
Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.
|
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut.
|
Gaya langkah yang lemah-lembut.
|
Lenggang patah sembilan.
|
Gaya langkah yang lemah-lembut.
|
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang.
|
Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.
|
Lepas bantal berganti tikar.
|
Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.
|
Lepas kaki leher terjerat.
|
Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.
|
Lepas putih hitam tak dapat.
|
Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang.
|
Lepas topan (taufan) paksa baik. (paksa = kesempatan, waktu.)
|
Habis kesusahan timbullah kesenangan.
|
Lesung mencari antan (= alu).
|
Perempuan mencari lelaki.
|
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk.
|
Hilang yang baik, timbul yang jahat.
|
Licin bagai basuh perahu.
|
Menderita kerugian.
|
Licin bagai belut.
|
Tidak mudah ditipu atau ditangkap.
|
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.
|
Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. (selang = pinjam.)
|
Lidah bercabang.
|
Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
|
Lidah biawak.
|
Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
|
Lidah terganjal.
|
Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
|
Lidah terkalang.
|
Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
|
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. (petik = gerak lidah.)
|
Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya.
|
Lidah tidak bertulang.
|
Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.
|
Lidahnya masin.
|
Perkataannya diturut, permintaannya diterima.
|
Lihat anak pandang menantu.
|
Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.
|
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.
|
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
|
Linggi diserang, Riau yang alah.
|
Menyerah tanpa berjuang.
|
Longgar sendat, lapang bertukul.
|
Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya.
|
Lonjak sebagai labu dibenam.
|
Sombong, angkuh.
|
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.
|
Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.
|
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).
|
Sangat luas dan banyak pengetahuan.
|
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. (kilang-kilang = sejenis ikan laut.)
|
Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri.
|
Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu?
|
Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.
|
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.
|
Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.
|
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.
|
Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.
|
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.
|
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (lulus = masuk)
|
Lulus tabuh perhatian.
|
Hati lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.)
|
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari.
|
Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. (lulus = maksudnya terbenam dalam air.)
|
Lunak disudu, keras ditakik.
|
Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi.
|
Lunak gigi daripada lidah.
|
Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.
|
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. (lelap = tidur; kemalingan = kecurian.)
|
Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian.
|
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.
|
Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat.
|
Lupak (men)jadi perigi (= telaga).
|
Orang miskin menjadi orang kaya.
|
Lurah dituruni, bukit didaki.
|
Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.
|
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.
|
Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.
|
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.
|
Teramat tua dan daif.
|
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.
|
Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.
|
Lurus bagai piarit. (piarit = serampang, seruit.)
|
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat
|
Lurus lubang lurus penjolok. (penjolok = galah untuk menjolok.)
|
Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya.
|
Lurus sebagai sumpitan.
|
Lurus hati benar.
|
Lurus sumpitan hendak mengena.
|
Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
|
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.
|
Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat.
|
Lurus-lurus sumpitan.
|
Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
|
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. (kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.)
|
Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan
|
M
Peribahasa
|
Maksud
|
Mabuk di enggang lalu.
|
Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.
|
Mabuk kerana beruk berayun.
|
Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.
|
Macam anak dara tak datang tunangnya.
|
Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.
|
Macam betung seruas.
|
Terlalu jujur; lurus hati.
|
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.
|
Orang bodoh yang banyak bualnya.
|
Macam kepiting jalan.
|
Orang yang berjalan miring.
|
Macam kera kelaparan.
|
Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.
|
Macam kikir besi.
|
Orang kaya yang bakhil.
|
Macam memegang tali layang-layang.
|
Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.
|
Macam orang biduk.
|
Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.
|
Macam terambil di nan kurang.
|
Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)
|
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.
|
Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).
|
Macam ular kekenyangan.
|
Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.
|
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga.
|
Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. (rembes = meresap keluar.)
|
Mahal dibeli sukar dicari.
|
Sesuatu yang amat susah diperoleh.
|
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.
|
Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.
|
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.
|
Sesuatu yang amat susah diperoleh.
|
Main air basah, main api letur, main pisaui luka.
|
Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
|
Main akal (= budi).
|
Mengenakan tipu daya.
|
Main badar, main gerundang.
|
Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.
|
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. (majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.)
|
Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya.
|
Makan bersabitkan.
|
Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.
|
Makan bubur panas-panas.
|
Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.
|
Makan di luar berak di dalam.
|
Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.
|
Makan hati, berulam jantung.
|
Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
|
Makan keringat orang.
|
Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain.
|
Makan masak mentah.
|
Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.
|
Makan nasi kawah.
|
Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.
|
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.
|
Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.
|
Makan upas berulam racun.
|
Senantiasa hidup dalam kesusahan. (upas = racun.)
|
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.
|
Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.
|
Makin banyak orang, makin banyak niat.
|
Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
|
Makin murah, makin menawar.
|
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
|
Maksud bagai maksud manau.
|
Maksud yang melebihi kesanggupan.
|
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
|
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.
|
Malam berselimut embun, siang bertudung awan.
|
Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.
|
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
|
Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.)
|
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.
|
Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.
|
Malang tak berbau.
|
Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.
|
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.
|
Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.
|
Malang tiada datang tunggal.
|
Malang yang bertimpa-timpa.
|
Malas bergarit, perut perit.
|
Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.)
|
Malu berani, mati takut.
|
Pengecut.
|
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.
|
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
|
Malu makan, perut lapar.
|
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
|
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.
|
Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.
|
Mamah dulu kemudian telan.
|
Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.
|
Mana ada buluh tidak berbuku?
|
Tak ada sesuatu yang sempurna benar.
|
Mana busuk yang tidak berbau?
|
Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.
|
Mana kerbau yang bencikan kubangnya?
|
Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.
|
Mana sungai yang tiada berhulu?
|
Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?
|
Mana tali berpunca tak berhujung?
|
Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?
|
Mandi dalam cupak.
|
Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.
|
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam.
|
Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.
|
Mandi tak basah.
|
Orang yang keras hati; terlalu rindu.
|
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.
|
Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.
|
Manikam sudah menjadi sekam.
|
Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi.
|
Manis bagai gula Jawa.
|
Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.
|
Manis laksana gula Sarawak.
|
Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.
|
Manis seperti (= laksana) gula derawa.
|
Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (gula derawa = air gula.)
|
Manis udang, maka ketam direbus tak merah?
|
Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.
|
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.
|
Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya.
|
Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
|
Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.
|
Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya.
|
Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.
|
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.
|
Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.
|
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.
|
Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.
|
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.
|
Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
|
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan.
|
Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula.
|
Marahkan tikus rengkiang dibakar.
|
Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
|
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi [[buluh|aur]].
|
Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar.
|
Masak di luar mentah di dalam.
|
Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat.
|
Masak durian, masak manggis.
|
Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.
|
Masak malam mentah pagi (= siang).
|
Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.
|
Masam bagai nikah tak suka.
|
Berdukacita. (masam = merengus, bersut.)
|
Masih berbau pupuk jerangau.
|
Belum ada pengalaman.
|
Masin lagilah garam sendiri.
|
Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.
|
Masuk ambung tak masuk bilang.
|
Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).
|
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh.
|
Besar belanja daripada penghasilan.
|
Masuk di dalam kawan gajah berdering.
|
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (berdering = bunyi genta.)
|
Masuk geronggang bawa pelita.
|
Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.)
|
Masuk ke dalam kandang [[kambing]] mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.
|
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
|
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.
|
Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.
|
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.
|
Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.
|
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.
|
Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.
|
Masuk langau ke mulutnya.
|
Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga.
|
Masuk lima keluar sepuluh.
|
Besar belanja daripada penghasilan.
|
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.
|
Besar belanja daripada penghasilan.
|
Masuk sarang harimau.
|
Termasuk ke dalam bahaya besar.
|
Masuk tak genap, keluar tak ganjil.
|
Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.
|
Menconteng arang di muka.
|
Perbuatan memberi malu / aib.
|
Sirih pulang ke gagang
Pautan luar
Senarai peribahasa mengikut huruf
|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z .
|
|
|