Burung tempua merupakan keluarga jenis burung kicau kecil yang turut digolongkan dalam klad Ploceidae.
Burung-burung jenis tempua ini mula muncul pada zaman Miosen.[1] Kesemua spesies keluarga ini bertaburan asal banyaknya di Afrika namun ada juga beberapa spesies yang hidup di kawasan tropika benua Asia. .[2]
Burung Tempua merupakan burung yang memakan biji benih dengan paruh berbentuk kon yang tumpul, yang terdapat di Asia dan di Sub Sahara, Afrika. Kebanyakan burung jantan dalam spesies ini bewarna terang, biasanya merah, kuning ataupun hitam.
Taburan
Burung Tempua boleh didapati di Asia dan di Sub Sahara, Afrika.
Ciri-ciri
Kebanyakan burung jantan dalam spesies ini bewarna terang, biasanya merah, kuning ataupun hitam.
Jantung Burung Tempua terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Makanan
Burung Tempua merupakan burung yang memakan biji benih dengan paruh berbentuk kon yang tumpul, yang terdapat di Asia dan di Sub Sahara, Afrika.
Pembiakan
Sebagai burung, Burung Tempua membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Tabiat
Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya yang membina sarang yang besar yang dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung Burung Tempua mempunyai keupayaan yang khas untuk menganyam sarangnya. Sarangnya mempunyai struktur besar yang boleh dimasuku, dianyam daripada rumput dan ranting yang tergantung daripada dahan pokok dan mungkin mempunyai laluan masuk yang menjulur. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.
Sarang bagi Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur. Sarang Burung Tempua Kerbau (buffalo-weavers), bagaimanapun, membina sarang besar yang tidak kemas dalam koloni mereka, yang mungkin mempunyai beberapa sarang bulat yang dianyam dalamnya. Sarang burung yang dianyam terkenal atas keutuhannya meskipun tergantung amat tinggi selain kepakaran menganyam burung itu sendiri sehingga diabadikan sebagai kiasan peribadi yang tabah dan berani dalam pantunsyair orang Melayu.[3]
Burung Tempua merupakan burung yang hidup berkawan dan sering membiak dalam koloni. Ia kadang kala menyebabkan kerosakan tanaman, terutamanya Red-billed Quelea, yang dianggap sebagai burung paling banyak.
Pengekalan
Burung Tempua merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.
Genera
Genera berikut kini dikelaskan dalam keluarga Ploceidae. Bagi perincian lanjut, sila lihat spesies Ploceidae.
Burung Tempua (Zanzibar Bishop), Euplectes nigroventris
Burung Tempua (Golden-backed Bishop), Euplectes aureus
Burung Tempua (Yellow Bishop), Euplectes capensis
Burung Tempua (Fan-tailed Widowbird), Euplectes axillaris
Burung Tempua (Yellow-shouldered Widowbird), Euplectes macrourus
Burung Tempua (White-winged Widowbird), Euplectes albonotatus
Burung Tempua (Red-collared Widowbird), Euplectes ardens
Burung Tempua (Marsh Widowbird), Euplectes hartlaubi
Burung Tempua (Buff-shouldered Widowbird), Euplectes psammocromius
Burung Tempua (Long-tailed Widowbird), Euplectes progne
Burung Tempua (Jackson's Widowbird), Euplectes jacksoni
Burung Tempua (Parasitic Weaver), Anomalospiza imberbis
Burung Tempua (Grosbeak Weaver Amblyospiza albifrons
Rujukan
^De Silva, Thilina N.; Peterson, A. Townsend; Bates, John M.; Fernando, Sumudu W.; Girard, Matthew G. (2017). "Phylogenetic relationships of weaverbirds (Aves: Ploceidae): A first robust phylogeny based on mitochondrial and nuclear markers". Molecular Phylogenetics and Evolution. 109: 21–32. doi:10.1016/j.ympev.2016.12.013. PMID28012957.
^Craig, Adrian J.F.K. (2010). "Family Ploceidae (Weavers)". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Christie, D.A. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 15: Weavers to New World Warblers. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. m/s. 73–197. ISBN978-84-96553-68-2. |volume= has extra text (bantuan)
^Eizah Mat Hussain (2019). Simbol dan Makna dalam Pantun Melayu: Siri Ilmiah APM-ITBM. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Terjemahan Buku Malaysia. m/s. 157. ISBN978-967-460-825-5.