Ikan (Jawi: ايكنcode: ms is deprecated ) ialah sejenis haiwanvertebrata akuatik yang tidak beramnion dengan luaran yang mempunyai insang, sirip untuk renang, serta tengkorak keras, tetapi tidak mempunyai anggota badan dengan jejari. Ikan boleh dikelompokkan kepada ikan tanpa rahang yang lebih bawah kedudukannya secara filogenetik, serta ikan berahang yang lebih biasa ditemui. Ikan berahang merangkumi kesemua spesies yang masih wujud pada masa ini seperti ikan berawan dan ikan bertulang, serta spesies yang telah pupus seperti plakoderma dan akantodia. Kebanyakan ikan berdarah sejuk dengan suhu badan yang berubah mengikut suhu air di sekelilingnya, walaupun terdapat beberapa jenis spesies yang merupakan perenang aktif besar seperti jerung putih dan tuna boleh mengekal suhu teras yang lebih tinggi. Banyak ikan boleh berkomunikasi secara akustik antara satu sama lain, seperti sewaktu peragaan untuk tujuan mengawan.
Ikan terawal muncul semasa tempoh Kambria sebagai pemakan turas kecil. Makhluk ini terus berkembang sepanjang era Paleozoik, dan bercambah melalui pempelbagaian bentuk tubuh badan. Ikan terawal ialah ostrakoderma yang mempunyai insang pernafasan khusus dan pasangan sirip, mempunyai perisai tulang berat yang berfungsi sebagai rangka luar yang melindungi dirinya daripada pemangsainvertebrata. Ikan pertama dengan rahang yang dikenali sebagai plakoderma muncul pada tempoh Silures dan mengalami proses pempelbagaian spesies semasa tempoh Devon yang juga dikenali sebagai "Zaman Ikan".
Ikan bertulang, dibezakan dengan kehadiran pundi renang dan kemudiannya rangka dalam bertulang, muncul sebagai kumpulan ikan yang dominan selepas kepupusan akhir tempoh Devon yang menghapuskan pemangsa puncak plakoderma. Ikan bertulang terbahagi lagi kepada ikan bersirip cuping dan ikan bersirip ruji. Kira-kira 96% daripada semua spesies ikan hidup hari ini ialah haiwan teleos yang merupakan kumpulan mahkota ikan bersirip ruji yang boleh menggerakkan sendi rahang mereka. Tetrapod yang merupakan sejenis klad vertebrata yang kebanyakannya hidup di daratan, telah mendominasi paras trofik teratas dalam ekosistem akuatik dan daratan sejak akhir era Paleozoik, berevolusi daripada ikan bersirip cuping semasa tempoh Karbon, mengembang peparu nafas udara yang berhomolog dengan pundi kencing berenang. Tetrapod biasanya tidak dianggap sebagai sejenis ikan, menjadikan "ikan" yang diketahui pada masa kini sebagai kumpulan parafili, walaupun garis keturunan kladistik menyatakan sebaliknya.
Ikan merupakan sumber alam yang penting bagi manusia di seluruh dunia, terutamanya peranannya sebagai makanan. Nelayan komersial dan nelayan sara diri sama ada memburu ikan di kawasan perikanan liar, atau menternak ikan di dalam kolam atau sangkar lautan (melibatkan bidang akuakultur). Ikan juga ditangkap untuk tujuan rekreasi, dipelihara sebagai haiwan peliharaan, dibesar oleh pembela ikan, dan dipamerkan di akuarium awam. Ikan mempunyai peranan dalam kebudayaan sepanjang zaman, dari dijadikan sebagai dewa atau simbol agama, sehingga ke dijadikan sebagai subjek dalam seni, buku dan filem.
Evolusi
Sejarah fosil
Kira-kira 530 juta tahun dahulu semasa letupan Kambria, haiwan seperti ikan dengan notokord serta mata di kedudukan hadapan badan seperti Haikouichthys muncul dalam rekod fosil.[1] Ketika akhir tempoh Kambria, bentuk-bentuk ikan tanpa rahang yang lain seperti konodon muncul.[2][3]
Pada tempoh Devon, kepelbagaian ikan telah meningkat dengan pesat, termasuk dalam kalangan ikan plakoderma, ikan bersirip cuping, dan ikan jerung purba, menjadikan tempoh Devon digelar sebagai "zaman ikan".[9][10]
Filogeni
Ikan ialah sejenis kumpulan parafiletik, kerana mana-mana klad yang mengandungi semua ikan, seperti Gnathostomata atau Osteichthyes (untuk ikan bertulang), turut mengandungi klad tetrapod (vertebrata berkaki empat, kebanyakannya hidup di daratan), yang biasanya tidak dianggap sebagai ikan.[11][12] Sesetengah tetrapod, seperti setasea dan iktiosaur, telah memperoleh bentuk badan seperti ikan melalui evolusi keseirasan.[13]Fishes of the World mengulas bahawa "pandangan bahawa tetrapod termasuk kita sendiri hanyalah ikan bertulang yang diubah suai semakin diterima secara meluas, maka kami selesa menggunakan takson Osteichthyes sebagai klad, yang kini merangkumi semua tetrapod".[12]Kepelbagaian biologi ikan hidup adalah tidak sekata dalam kalangan pelbagai kumpulan; dengan sebanyak 96% spesies ikan adalah teleos iaitu ikan bertulang dengan rahang yang boleh bergerak mengikut sendi.[9][12]Kladogram[14] berikut menunjukkan hubungan evolusi semua kumpulan ikan hidup (dengan kepelbagaian masing-masing[12]) berserta tetrapod.[15] Kumpulan yang pupus ditandakan dengan tanda palang salib (†); kumpulan yang kedudukannya tidak pasti[14] dilabelkan dengan tanda soal (?) serta garis putus-putus (- - - - -).
Ikan (tanpa termasuk tetrapod) ialah kumpulan parafili dan atas sebab ini, kelas Pisces yang wujud dalam karya-karya rujukan lama tidak lagi digunakan dalam klasifikasi formal. Klasifikasi tradisional membahagikan ikan kepada tiga kelasyang masih wujud (yakni Agnatha, Chondrichthyes, dan Osteichthyes), dengan bentuk-bentuk ikan yang sudah pupus kadangkala diklasifikasikan di bawah kumpulan tersebut, atau kadangkala diklasifikasikan di bawah kelas sendiri.[18]
Ikan menyumbang kepada lebih separuh daripada spesies vertebrata. Sehingga tahun 2016, terdapat lebih 32,000 spesies ikan bertulang, lebih 1,100 spesies ikan berawan, dan lebih 100 jenis ikan hag serta ikan lampri. Satu per tiga daripada spesies yang dinyatakan ini tergolong bawah sembilan keluarga terbesar; mengikut susunan terbesar hingga terkecil termasuklah: Cyprinidae, Gobiidae, Cichlidae, Characidae, Loricariidae, Balitoridae, Serranidae, Labridae dan Scorpaenidae. Kira-kira 64 cabang keluarga tersebut adalah bersifat monotipik, mengandungi hanya satu spesies.[19]
Kepelbagaian
Ikan mempunyai pelbagai saiz dengan yu paus sebesar 16-meter (52 ka)[20] sehingga ke beberapa teleos kecil dengan hanya 8-milimeter (0.3 in) panjang, seperti siprinid Paedocypris progenetica[21] dan ikan bayi gempal (Schindleria brevipinguis).[22]
Prestasi renang antara ikan adalah berbeza-beza, sama ada selaju ikan-ikan seperti tuna, salmon dan ikan jek yang boleh mencecah kelajuan 10–20 panjang badan sesaat, atau selambat spesies seperti belut dan pari yang berenang tidak lebih daripada 0.5 panjang badan sesaat.[23]
Seekor ikan umumnya berdarah sejuk, mempunyai badan berbentuk garis alir (streamlines) untuk berenang pantas, mendapat bekalan oksigen daripada air menggunakan insang, mempunyai dua set sirip berpasangan, mempunyai satu atau dua anggota sirip punggung, satu anggota sirip dubur, satu anggota sirip ekor, rahang, kulitnya dilitupi dengan sisik, serta pembiakan secara bertelur. Setiap kriteria mempunyai pengecualian, mewujudkan kepelbagaian luas dari segi bentuk badan dan cara hidup. Contohnya, beberapa jenis ikan yang berenang pantas berdarah panas, manakala beberapa jenis ikan yang berenang perlahan telah menyesuaikan bentuk garis alirnya kepada bentuk badan yang lain.[24]
Ekologi
Habitat
Spesies ikan secara kasar terbahagi secara sama rata kepada ekosistem air tawar dan ekosistem marin (lautan); terdapat kira-kira 15,200 spesies air tawar dan sekitar 14,800 spesies laut.[25]Terumbu karang di kawasan Indo-Pasifik merupakan pusat kepelbagaian untuk ikan laut,[26] manakala ikan air tawar benua paling tinggi kepelbagaiannya di lembangan sungai besar hutan hujan tropika, terutamanya di lembangan Amazon, lembangan Congo, dan lembangan Mekong.[27] Lebih daripada 5,600 spesies ikan mendiami air tawar Neotropik sahaja, dengan itu ikan Neotropik mewakili kira-kira 10% daripada semua spesies vertebrata di muka Bumi.[28]
Ikan banyak ditemui dalam kebanyakan badan air. Hampir semua persekitaran akuatik boleh menemui ikan, setinggi aliran gunung (contoh seperti ikan genus Salvelinus dan ikan sendi gudgeon) sehingga ke sedalam zon abis dan juga zon hadal di lautan (contoh seperti belukur dan ikan siput keluarga Liparidae), walaupun tiada satu pun ditemui pada 25% kedalaman lautan dari dasar laut.[29] Ikan yang ditemui setakat ini hidup pada kedalaman paling bawah ialah belukur Abyssobrotula galatheae dengan kewujudan pada dasar Jurang Puerto Rico dengan rekod kedalaman 8,370 m (27,460 ka).[30]
Dari segi suhu, ikan ais Jonah (Neopagetopsis ionah) hidup dalam perairan sejuk[a] Lautan Selatan, termasuk di bawah Pelantar Ais Filchner–Ronne pada latitud 79°S,[32] manakala ikan pup padang pasir (Cyprinodon macularius) pula tinggal dalam badan air padang pasir (sama ada dalam mata air, sungai ataupun paya) yang kadangkala sangat masin, dengan suhu air setinggi 36 C.[33][34]
Beberapa jenis ikan kebanyakannya hidup di darat atau bertelur di darat berhampiran air.[35]Ikan belacak mencari makan serta berinteraksi antara satu sama lain pada dataran lumpur dan pergi ke bawah air untuk bersembunyi di dalam liang bawah tanah.[36]SpesiesPhreatobius tunggal yang tidak terperihal taksonnya telah dipanggil sebagai "ikan darat" sebenar kerana ikan berbentuk seperti keli dan cacing ini hidup di antara timbunan dedaun yang berair.[37][38] Ikan gua yang tergolong bawah beberapa keluarga pula tinggal di dalam tasik bawah tanah, sungai bawah tanah atau akuifer.[39]
Parasit dan pemangsa
Seperti haiwan-haiwan lain, ikan juga diganggu oleh parasit. Sesetengah spesies menggunakan ikan pembersih untuk menyingkir parasit luar. Yang paling terkenal ialah ikan belodok karang Labroides dimidiatu pada lautan India dan lautan Pasifik. Ikan kecil ini menyelenggara tapak pembersihan yang merupakan kawasan ikan lain berkumpul dan melakukan pergerakan tertentu untuk menarik perhatian ikan pembersih tersebut.[23] Tingkah laku pembersihan juga dapat diperhatikan dalam beberapa kumpulan ikan, termasuk interaksi antara dua spesies ikan cichlid dari genus yang sama iaitu Etroplus maculatus sebagai ikan pembersih serta E. suratensis yang lebih besar.[40]
Ikan menduduki berlapis aras trofik dalam siratan makanan air tawar dan lautan. Ikan di peringkat yang lebih tinggi merupakan ikan pemangsa, dan sebahagian besar mangsa ikan tersebut pula terdiri daripada ikan lain.[41] Selain itu, mamalia seperti lumba-lumba dan anjing laut bersama-sama dengan burung seperti ganet dan burung dendang air juga memakan ikan.[42]
^Suhu selalunya sekitar 0 °C. Takat beku air laut pada permukaan adalah pada sekitar -1.85 °C, menurun ke -2.62 °C pada kedalaman 1000 meter. Akan tetapi, air laut juga boleh the water boleh kekal dalam keadaan superdingin dengan suhu bawah takat beku tersebut.[31]
^Davis, R. W. (2019). "Return to the Sea: The Evolution of Marine Mammals". Dalam Davis, R. W. (penyunting). Marine Mammals: Adaptations for an Aquatic Life. New York: Springer International Publishing. m/s. 7–27. ISBN978-3-3199-8278-6.
^Benton, M.J. (1998). "The quality of the fossil record of vertebrates". Dalam Donovan, S.K.; Paul, C.R.C. (penyunting). The adequacy of the fossil record. Wiley. m/s. 269–303, Fig. 2.
^Henderson, P.A.; Walker, I. (1990). "Spatial organization and population density of the fish community of the litter banks within a central Amazonian blackwater stream". Journal of Fish Biology. 37 (3): 401–411. Bibcode:1990JFBio..37..401H. doi:10.1111/j.1095-8649.1990.tb05871.x.
^Helfman, G.S. (2007). Fish Conservation: A Guide to Understanding and Restoring Global Aquatic Biodiversity and Fishery Resources. Island Press. m/s. 41–42. ISBN978-1-55963-595-0.
^Wyman, Richard L.; Ward, Jack A. (1972). "A Cleaning Symbiosis between the Cichlid Fishes Etroplus maculatus and Etroplus suratensis. I. Description and Possible Evolution". Copeia. 1972 (4): 834–838. doi:10.2307/1442742. JSTOR1442742.