180 m; meningkat ke 220 m di Caradoc dan menurun dengan tajam ke 140 m pada akhir zaman pengglasieran Ordovisi[4]
Ordovisi merupakan nama yang khusus untuk satu tempoh dan sistem geologi yang kedua daripada enam tempoh dan sistem EraPaleozoik. Tempoh Ordovisi menjangkau 41.6 juta tahun dari akhir Zaman Kambria 485.4 juta tahun dahulu (jtd) sehingga permulaan Zaman Silur pada 443.8 jtd.[5]
Perkataan Ordovisi dinamakan berdasarkan satu puak Welsh yang dikenali sebagai Ordovices, telah ditakrifkan oleh Charles Lapworth pada tahun 1879 untuk menyelesaikan pertikaian antara pengikut Adam Sedgwick dan Roderick Murchison, yang masing-masing meletakkan dasar batu yang sama di Wales Utara dalam sistem Kambria dan Silur.[6] Lapworth menyedari bahawa faunafosil dalam strata yang dipertikaikan adalah berbeza daripada sama ada sistem Kambria atau sistem Silur, dan meletakkannya dalam sistemnya tersendiri. Tempoh atau Sistem Ordovisi ini menerima kelulusan antarabangsa pada tahun 1960 (empat puluh tahun selepas kematian Lapworth), apabila ia diterima pakai sebagai tempoh rasmi Era Paleozoik oleh Kongres Geologi Antarabangsa.
Kehidupan terus berkembang semasa Zaman Ordovisi seperti yang berlaku pada Zaman Kambria yang lebih awal, walaupun penghujung tempoh itu ditandai dengan peristiwa kepupusan Ordovisi-Silur . Makhluk yang bukan vertebrata, iaitu moluska dan artropoda, menguasai lautan, dengan organisma dari kumpulan yang terkemudian itu mungkin memulakan penempatan mereka di darat pada masa ini, dengan penempatan sepenuhnya pada tempoh Devon. Tumbuhan darat yang pertama diketahui dari zaman ini. Peristiwa Percambahan Kepelbagaian Besar Ordovisi telah meningkatkan kepelbagaian hidupan. Ikan, yakni vertebrata sejati yang pertama di dunia, terus berkembang, dan ikan berahang mungkin pertama kali muncul di akhir tempoh tersebut. Kira-kira 100 kali lebih banyak meteorit melanda Bumi setiap tahun semasa tempoh Ordovisi berbanding hari ini.[7]
Pembahagian
Terdapat sebilangan istilah tempatan yang telah digunakan untuk membahagikan Tempoh Ordovisi. Pada tahun 2008, Pembahagian Piawai Antarabangsa menubuhkan pembahagian sistem antarabangsa yang formal.[8] Terdapat pelbagai skema stratigrafi tempatan yang melibatkan wilayah-wilayah seperti Baltoskandinavia, British, Siberia, Amerika Utara, Australia, China, Mediterranean dan Gondwana Utara.[9]
^Details on the Dapingian are available at Wang, X.; Stouge, S.; Chen, X.; Li, Z.; Wang, C. (2009). "Dapingian Stage: standard name for the lowermost global stage of the Middle Ordovician Series". Lethaia. 42 (3): 377–380. doi:10.1111/j.1502-3931.2009.00169.x.
^"The Ordovician Period". Subcommission on Ordovician Stratigraphy. International Commission on Stratigraphy. 2020. Dicapai pada 7 June 2021.