Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber proteinmanusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.
Penyediaan
Makanan laut boleh disediakan dengan berbagai-bagai cara:
Ahli pemakanan mengesyorkan setinggi-tingginya diet yang tetap mengandungi ikan kerana ikan, khususnya ikan air masin, mengandungi banyak asid lemakOmega 3 yang ramah jantung.[3] Ini diterka sebagai salah satu sebab utama mengapa orang Eskimo mengalami risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Bangsa Jepun dan orang Nordik juga dicadangkan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang kerana memakan lebih banyak ikan dan makanan laut, antara sebab-sebab yang lain. Selain itu, diet Mediterranean juga mengandungi banyak ikan. Oleh sebab ikan juga dapat memanfaatkan kulit manusia, ahli pemakanan mengesyorkan bahawa ikan dimakan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
Intermediate Technology Publications menulis dalam tahun 1992 bahawa "Ikan menyediakan sumber protein yang baik berkualiti tinggi dan mengandungi banyak vitamin dan mineral. Ia boleh dikelaskan sebagai sama ada ikan putih, ikan berminyak, atau kerang. Ikan putih, seperti haddock dan seer, mengandungi lemak yang sangat sedikit (biasanya kurang daripada 1%) manakala ikan berminyak seperti sardin, mengandungi antara 10-25%. Ikan berminyak, hasil daripada kandungan lemak yang tinggi, mengandungi pelbagai vitamin lemak larut (A, D, E dan K) dan asid lemak penting, semua yang penting untuk badan sihat."[4]
Manfaat kesihatan
Penyelidikan sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa nutrien dan mineral dalam ikan, dan terutamanya asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan pelagik, yang elok untuk jantung, perkembangan otak dan pembiakan. Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia.[5]
Bahaya kesihatan
Ikan ialah makanan yang paling biasa menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan tercekik. Tercekik ikan bertanggungjawab terhadap kira-kira 4,500 kemalangan yang dilaporkan di UK pada tahun 1998.[6]
Alahan
Alahan makanan laut ialah hipersensitiviti kepada alergen yang hadir dalam ikan, dan terutamanya dalam kerang. Ini boleh menyebabkan reaksi keterlaluan sistem imun dan menyebabkan gejala fizikal yang teruk.[7] Kebanyakan orang yang mempunyai alahan makanan juga mempunyai alahan makanan laut.[8] Reaksi alahan boleh disebabkan oleh menelan makanan laut, atau dengan bernafas dalam wap daripada penyediaan atau masakan makanan laut.[9] Reaksi alahan makanan laut yang paling teruk ialah anafilaksis, kecemasan yang memerlukan perhatian segera. Ia dirawat dengan epinefrina.[10]
Tidwell, James H. and Allan, Geoff L., "Fish as food: aquaculture’s contribution Ecological and economic impacts and contributions of fish farming and capture fisheries", 2001-11-15, retrieved from http://www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi?artid=1084135 on 2007-09-17.