Keli (orderSiluriformes atau Nematognathi) ialah sebuah kumpulan yang rencam bagi ikan bersirip ruji. Saiz dan kelakuan keli menjulat daripada tiga spesies hidup terbesarnya, iaitu patin gergasi Mekong dari Asia Tenggara, keli wels dari Eurasia, dan keli piraiba dari Amerika Selatan, hinggalah detritivor (spesies yang makan benda mati di dasar), malah spesies parasit halus yang biasa dipanggil candiru, Vandellia cirrhosa. Kumpulan ini turut dikelompokkan sebagai "ikan duri" atau "ikan sembilang", yang mana dipanggil catfish dalam bahasa Inggeris, dan merangkumi kelompok ikan termasuk keli sebenar, patin, duri, baung dan sembilang.
Baik yang berlapis perisai mahupun yang telanjang tidak memiliki sisik. Ahli order Siluriformes ditakrifkan mengikut ciri tengkorak dan pundi renang. Keli mempunyai kepentingan komersial yang cukup besar; spesies besar banyak diternak dan ditangkap sebagai makanan. Banyak spesies yang lebih kecil pula, khususnya genus Corydoras, penting dalam hobi akuarium. Kebanyakan keli ini nokturnal,[5][6] namun yang lain (kebanyakan Auchenipteridae) adalah krepuskular atau diurnal (contohnya, sebahagian besar Loricariidae atau Callichthyidae).
Ekologi
Taburan dan habitat
Spesies keli yang masih ada hidup di pedalaman atau perairan pesisir di setiap benua kecuali Antartika. Keli telah menghuni semua benua pada satu-satu masa atau berlainan.[7] Mereka paling rencam di Amerika Selatan, Asia, dan Afrika tropika, dengan satu keluarga tempatan di Amerika Utara dan satu keluarga di Eropah.[8] Lebih separuh daripada kesemua spesies keli hidup di Amerika. Mereka satu-satunya ostariofisi yang telah memasuki habitat air tawar di Madagascar, Australia, dan New Guinea.[9]
Ia dijumpai di persekitaran air tawar, sungguhpun kebanyakannya menghuni air cetek yang mengalir.[9] Wakil bagi setidaknya lapan keluarga adalah hipogeal (hidup di bawah tanah) dengan tiga keluarga antaranya juga adalah troglobit (menghuni gua).[10][11] Salah satu spesiesnya iaitu Phreatobius cisternarum, diketahui hidup di bawah tanah di habitat freatik.[12] Beberapa spesies daripada keluarga Ariidae dan Plotosidae, dan sebilangan spesies dari kalangan Aspredinidae dan Bagridae pula, dijumpai di air masin.[13][14]
Spesies ceroboh
Wakil genusIctalurus telah diperkenalkan ke perairan Eropah dengan harapan memperoleh sumber daya sukan dan makanan, namun stok ikan keli Amerika di Eropah belum mencapai ukuran ikan ini di perairan asalnya dan hanya meningkatkan tekanan ekologi terhadap fauna asal Eropah. Keli kayu turut diperkenalkan ke kawasan air tawar Florida, dengan keli pelahap ini menjadi perosak asing yang utama di sana. Keli kepala leper, Pylodictis olivaris, juga ialah perosak di saliran cerun Atlantik di Amerika Utara.[8] Spesies Pterygoplichthys, yang dilepaskan oleh pembela ikan akuarium, juga telah membentuk populasi jalang di banyak perairan hangat di seluruh dunia.[15][16][17][18][19]
Rujukan
^Y.M. Alves; L.P. Bergqvist; P.M. Brito (2019). "The dorsal and pectoral fin spines of catfishes (Ostariophysi: Siluriformes) from the Bauru Group (Late Cretaceous), Brazil: A comparative and critical analysis". Journal of South American Earth Sciences. 92: 32–40. Bibcode:2019JSAES..92...32A. doi:10.1016/j.jsames.2019.02.016. S2CID133688402.
^Langecker, Thomas G.; Longley, Glenn (1993). "Morphological Adaptations of the Texas Blind Catfishes Trogloglanis pattersoni and Satan eurystomus (Siluriformes: Ictaluridae) to Their Underground Environment". Copeia. 1993 (4): 976–986. doi:10.2307/1447075. JSTOR1447075.
^Hendrickson, Dean A.; Krejca, Jean K.; Martinez, Juan Manuel Rodríguez (2001). "Mexican blindcats genus Prietella (Siluriformes: Ictaluridae): an overview of recent explorations". Environmental Biology of Fishes. 62 (1–3): 315–337. Bibcode:2001EnvBF..62..315H. doi:10.1023/A:1011808805094. S2CID19962442.
^Nico, Leo G.; Martin, R. Trent (2001). "The South American Suckermouth Armored Catfish, Pterygoplichthys anisitsi (Pisces: Loricaridae), in Texas, with Comments on Foreign Fish Introductions in the American Southwest". The Southwestern Naturalist. 46 (1): 98–104. doi:10.2307/3672381. JSTOR3672381.
^Wakida-Kusunokia, Armando T.; Ruiz-Carusb, Ramon; Amador-del-Angelc, Enrique (2007). "Amazon Sailfin Catfish, Pterygoplichthys pardalis (Castelnau, 1855) (Loricariidae), Another Exotic Species Established in Southeastern Mexico". The Southwestern Naturalist. 52 (1): 141–144. doi:10.1894/0038-4909(2007)52[141:ASCPPC]2.0.CO;2. S2CID86847378.