Senarai kempen Nabi Muhammad memasukkan ekspedisi-ekspedisi dan kempen perang yang dijalankan oleh kaum Muslimin semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w.
Sesetengah sumber menggunakan perkataan ghazwah dan maghazi (jamak) untuk kempen-kempen yang mana Nabi Muhammad terlibat, manakala perkataan sariyah (jmk. saraya) untuk kempen-kempen Muslim awal yang mana baginda sendiri tidak terlibat.[1] Sumber-sumber lain menggunakan istilah ghazwah dan maghazi untuk merujuk kepada kedua-dua jenis kempen.[2]
Sumber-sumber Islam awal berbeza-beza dalam kronologi kempen orang Muslim.[2] Melainkan dinyatakan, tarikh yang diberikan dalam senarai ini berdasarkan buku Muhammad at Medina oleh Montgomery Watt, yang mengikuti kronologi yang diusulkan oleh Leone Caetani.[3]
kempen yang Nabi Muhammad terlibat (28) kempen yang Nabi Muhammad tidak terlibat (73)
<ref>