Nabi Muhammad menghantar Syuja bin Wahab denngan 24 orang[1] untuk menyerbu Bani Amir, cabang suku Hawazin di al-Si. Kaum Muslimin mengambil unta-unta dan kambing-kambing mereka sebagai rampasan.[3][4][5] Kempen tersebut berlangsung selama 15 malam, yang mana mereka bergerak mengepung Bani Amir pada waktu malam dan berehat pada waktu siang.
Setiap askar mendapat 15 ekor unta atau nilai yang setaranya dengan biri-biri sebagai ganjaran, dan menurut ulama-ulama di Universiti Raja Abdul Aziz di Arab Saudi, ini menunjukkan bahawa harta rampasan mereka berjumlah 450 ekor unta atau yang setara dengannya, oleh itu jumlahnya—mengambil kira mensedekahkan rampasan perang kepada Allah (khums)—bernilai kira-kira 18,000 dirham.[6]