Putera Mahkota Sado (13 Februari 1735 – 12 Julai 1762) dilahirkan sebagai Putera Jangheon, putera kedua raja Korea Yeongjo (1694 - 1776). Disebabkan kematian kakanda sebapanya yang lebih tua, Putera Mahkota Hyojang (1728), putera baru itu berkemungkinan menjadi pewaris kerajaan. Namun, Putera Sado tidak diberi kesempatan untuk memerintah. Pada usia 27 tahun, beliau dihukum atas perintah ayahandanya dan meninggal dunia akibat kelaparan selepas dikurung di dalam peti beras.[1] Ayahandanya memberinya gelaran Sado selepas kematian puteranya itu, yang bermaksud "Berfikir dengan kesedihan yang besar."
Biografi
Kehidupan
Puan Besar Hyegyeong, isteri Sado, menulis sebuah memoir pada 1805 memperincikan kehidupan mereka bersama-sama. Beliau mencatatkan bahawa putera itu mengalami penyakit yang teruk pada tahun 1745, di mana putera itu sering tidak sedar.[2] Walaupun sembuh, hubungan tegang antara Sado dan Raja Yeongjo menyebabkan putera itu mengalami keresahan teruk ketika berada di hadapan ayahandanya.[2] Apabila Sado berumur 15 tahun, ayahandanya melantiknya menjadi pemangku, memberikannya kuasa untuk membuat keputusan mengenai perkara pentadbiran.[2] Puan Besar Hyegyeong menggambarkan Raja Yeongjo sentiasa tidak berpuas hati dengan mana-mana tindakan yang dipilih Sado.[2] Yeongjo juga tidak membenarkan Sado untuk melawat makam nenek moyang sehingga 1756, dan juga tidak dibenarkan menghadiri acara istana yang mengagumkan.[2] Yeongjo juga sentiasa memastikan untuk memarahi puteranya di hadapan orang ramai, sama ada dang perwara atau sida-sida.[2] Hasilnya, Sado membentuk ikatan hubungan yang kuat dengan kakaknya, Puteri Hwahyeop, yang juga tidak disukai oleh ayahanda mereka. Apabila puteri itu meninggal dunia pada tahun 1752, Sado dilaporkan berasa sangat sedih.[2]
Pada tahun 1752, Sado membaca teks Tao yang dipanggil Okchugyeong (Hangul: 옥추경code: ko is deprecated ; Hanja: 玉樞經code: ko is deprecated ). Semasa membaca, beliau berhalusinasi yang beliau melihat Dewa Guruh. Sejak itu, Sado terkejut dengan guruh dan enggan menyentuh objek yang terukir dengan watak-watak buku itu.[2]
Sado mengambil pasangan kedua, Yeongbin (Pasngan Diraja Suk), yang kemudian mempunyai seorang putera pada tahun 1754. Takut dengan kemarahan ayahandanya, Sado memaksa pasangannya itu untuk mengambil ubat pengguguran, pun begitu, puteranya itu dilahirkan dengan selamat. Aturan untuk kelahiran dan penjagaan dibuat oleh Puan Besar Hyegyeong.[2] Sado mempunyai putera lain dengan Yeongbin pada tahun 1755, yang kemudian lahirnya maharaja pertama Korea dari keturunan itu.[2]
Kegeringan
Dalam 1757, ibunda (Permaisuri Inwon) dan suri (Permaisuri Jeongseong) Raja Yeongjo mangkat dalam tempoh sebulan antara satu sama lain. Sado telah rapat dengan kedua-dua mereka dan kematian mereka menyebabkan kesihatan mental dan hubungannya dengan bapanya merosot dengan ketara.[2] Sebagai cara mengatasi kekecewaan dan kemarahannya, Sado memukul sida-sidanya.[2] Pada bulan yang sama dengan pengebumian Permaisuri Jeongseong, Sado masuk ke dalam kamarnya sambil memegang kepala seorang sida-sida yang telah dibunuh, memaksa dang perwara dan isterinya melihatnya. Selepas itu, beliau sering membunuh kakitangan istana untuk melepaskan emosinya,[2] serta menyerang dan merogol ramai dang perwara.[3] Puan Besar Hyegyeong melaporkan isu Sado kepada Pasangan Diraja Mulia Yeong, tetapi memintanya untuk tidak bercakap dengan sesiapa pun, kerana takut keselamatannya sendiri jika Sado mendapati beliau telah memberitahu seseorang.[2] Menjelang 1758, fobia terdahulu mengenai pakaian Sado menjadi sangat bermasalah.
Untuk dia untuk berpakaian, saya terpaksa mengambil sepuluh, dua puluh, atau tiga puluh set pakaian untuk dibentangkan. Dia akan membakar beberapa, kononnya bagi pihak hantu atau yang lain. Walaupun selepas itu, jika dia berjaya menyarung pakaian tanpa insiden, seseorang terpaksa menganggapnya sebagai nasib baik. Jika, bagaimanapun, mereka yang melayaninya membuat sedikit kesilapan, dia tidak akan menyarung pakaiannya, tidak kira betapa kuatnya dia cuba. Dalam proses itu, akan ada orang yang tercedera, malah dibunuh. Ia benar-benar dahsyat.
Lewat tahun 1757, Sado mengambil satu lagi pasangan, Pingae (Pasangan Diraja Mulia Gyeong), yang pernah menjadi dang perwara untuk neneknya, jadi hubungannya dengannya dianggap melanggar pantang larang inses.[2] Apabila Yeongjo mengetahui hal tersebut, baginda memarahi anakandanya itu dan Sado akhirnya melompat ke dalam telaga, tetapi pengawal menariknya. Puan Besar Hyegyeong, pada masa itu, telah berjaya menyembunyikan Pingae di rumah saudara perempuan Sado, Puteri Hwawan.[2]
Pada hari ulang tahunnya pada tahun 1760, Sado yang mengamuk berkenaan ibu bapanya, membelasah Pasangan Diraja Yeong, serta puteranya sendiri, dan dua orang puterinya.[2] Selepas itu, Sado mengancam Puteri Hwawan, menuntut agar dia menggunakan pengaruhnya terhadap Raja Yeongjo untuk memindahkan istana dan membolehkan Sado melawat mata air di Onyang.[2] Dia juga mengancam untuk membunuhnya; satu peristiwa yang disaksikan oleh Puan Besar Hyegyeong dan ibu Sado.[2] Sado secara fizikal ganas terhadap isterinya, yang menyebabkan Puan Besar Hyegyeong selalu mengelak dari hadir ke istiadat istana untuk menyembunyikan lebam.[2]
Pada tahun 1761, Sado memukul Pingae dengan penuh kemarahan. Beliau membiarkannya di atas lantai, di mana dia meninggal dunia. Puan Besar Hyegyeong menguruskan mayat tersebut untuk upacara pengebumian, tetapi, ketika kembali, Sado dilaporkan tidak berkata apa-apa tentang kematian Pingae.[2]
Pelaksanaan hukuman
Pada musim panas 1762, satu pertengkaran dengan seorang pegawai di istana mencetuskan kemarahan Sado. Untuk membalas dendam, beliau mengancam untuk membunuh anak pegawai itu[5] dan cuba menyelinap melalui laluan air ke istana atas. Beliau gagal mencari anak lelaki tersebut dan, sebaliknya, merampas pakaian dan barang miliknya. Khabar angin yang Sado telah cuba memasuki istana atas untuk membunuh Raja Yeongjo tersebar di sekitar istana.[2] Takut akan keselamatan cucundanya, Pasangan Diraja Yeong memohon Yeongjo untuk berurusan dengan Sado.[2] Mengikut undang-undang istana, tubuh seorang kerabat diraja tidak boleh diapa-apakan dan, di bawah amalan ketika itu bagi hukuman bersama, isteri Sado dan anak lelaki (ahli waris lelaki terdekat) juga boleh dihukum bunuh atau buang negeri jika Sadon disabitkan sebagai penjenayah.[2] Sebagai penyelesaian, Yeongjo memerintahkan Sado untuk panjat masuk peti beras yang diperbuat daripada kayu (kira-kira 4x4x4kaki) pada suatu hari bula Julai yang panas pada 1762.[6] Menurut memoir Puan Besar Hyegyeong, Sado memohon tidak dibunuh sebelum masuk ke dalam peti, walaupun dia cuba untuk keluar.[2]
Bersama anak-anaknya, Puan Besar Hyegyeong dibawa pulang ke rumah ayahnya pada hari yang sama. Selepas dua hari, Raja Yeongjo mengarahkan peti yang mengandungi Sado diikat dengan tali, ditutup dengan rumput, dan dipindahkan ke istana atas.[2] Sado masih boleh menjawab dari dalam peti tersebut sehingga malam hari ketujuh; peti itu dibuka dan beliau diumumkan mati pada hari kelapan.[2] Yeongjo kemudian mengembalikannya ke kedudukan putera mahkota.[2]
Teori konspirasi
Semasa kurun ke-19, terdapat khabar angin bahawa Putera Sado tidak sakit mental, tetapi telah dianiaya; walau bagaimanapun, khabar angin ini bertentangan dengan isterinya, Puan Besar Hyegyeong, dalam Memoir Puan Besar Hyegyeong. Kematian Sado tetap menjadi isu perdebatan tentang adakah kematiannya sebagai penghukuman atas salah laku sebenarnya atau jika beliau menjadi mangsa konspirasi oleh lawan politiknya.
Pengebumian
Putera Mahkota Sado dikebumikan di Gunung BaebongSan di Yangju. Tubuhnya dipindahkan oleh anaknya, Raja Jeongjo, ke lokasinya sekarang pada tahun 1789, kemudian dipanggil Hyeollyungwon berhampiran Suwon, 30 kilometer di selatan Seoul. Lima tahun kemudian Kubu Hwaseong Suwon dibina oleh Raja Jeongjo, khususnya untuk mengenang dan menghormati makam ayahandanya (pembinaan berlangsung 1794-1796, sementara pembukaan rasmi adalah pada 1795). Puan Besar Hyegyeong meninggal dan dikebumikan bersama suaminya pada tahun 1816.
Putera Sado dan Puan Besar Hyegyeong telah dinaikkan taraf statusnya dan diberi gelaran Maharaja Yangjo dan Maharani Heonyeong pada tahun 1899. Makam mereka dan makam anak mereka di bersebelahan, Raja Jeongjo, dan Permaisuri Hyoui dinaik taraf dan dinamakan semula Yungneung.
Tabu dan pengembalian kedudukan
Putera Sado telah dikembalikan semula kedudukannya lima belas hari selepas meninggal tetapi Raja Yeongjo mengharamkan menyebut nama puteranya untuk sepanjang baki pemerintahannya. Oleh sebab keputusan ini, anak lelaki Putera Sado, Jeongjo, yang naik takhta setelah kematian Raja Yeongjo, ditambahkan ke dalam nama keluarga ayahanda saudaranya yang telah meninggal dunia (Putera Hyojang). Salah satu kenyataan pertama Jeongjo setelah menjadi raja, bagaimanapun, menyatakan, "Beta ialah anak Putera Sado." Jeongjo selalu memperlihatkan ketaatan kepada ayahandanya, Putera Sado, dan mengembalikan semula nama dan gelarannya yang asli, Putera Jangheon.
^Daughter of Hong Bong-han (홍봉한) —great-great-grandson of Puteri Jeongmyeong (1603-1685), the only legitimate daughter of Raja Seonjo— and Puan Besar Yi dari keluarga Hansun Yi.
# menunjukkan bahawa raja digulingkan dan tidak pernah menerima nama kuil.
^Mereka yang disenaraikan bukanlah raja yang memerintah tetapi diiktiraf setelah kemangkatan; tahun tertera bermaksud tahun pengiktirafan.
^Hanya Putera Mahkota yang tidak menjadi raja disenaraikan; tahun pertama menunjukkan ketika seseorang secara rasmi menjadi pewaris sah dan tahun terakhir adalah ketika mangkat/digulingkan. Mereka yang naik takhta dikeluarkan dalam senarai ini untuk dipermudahka.
^Gelaran yang diberikan kepada ayahanda kandung, yang tidak pernah memerintah, kepada raja-raja yang dijadikan anakanda angkat sebagai pewaris kepada raja sebelumnya.
^Raja Korea secara de jure pada era itu ialah Maharaja Jepun, sementara bekas maharaja Korea diberi gelaran bangsawan "Raja Yi" sebagai ganti.
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!