Potret Raja Cheoljong (Khazanah#1492) Dilukis pada tahun 1861[1], ini adalah satu-satunya potret diraja yang masih selamat yang menggambarkan penampilan fizikal Raja Cheoljong, serta pakaian ketenteraan diraja era Joseon; sebahagiannya rosak semasa Kebakaran Kedua Yongdusan, Busan pada awal pagi 26 Disember 1954[2]
Baginda putera ke-3 dan bongsu kepada Yi Gwang, Putera Jeon'gye-gun (yang mangkat pada 14 Disember 1841), dan gundik pertamanya Puan Besar Yeom, di Ganghwa[7] Nama baginda pada asalnya Yi Won-beom (이원범), tetapi setelah menaiki takhta namanya diubah secara sah menjadi Yi Byeon (이변) (atau Seong[8]).
Pada tahun 1841, tahun ke-10 pemerintahan Raja Heonjong, Min Jin-yong (daripada puak Noron), Lee Won-deok, Park Sun-su dan yang lainnya berusaha mencari kesempatan terhadap Heonjong yang ketiadaan waris, dan secara diam-diam melakukan pemberontakan untuk menobatkan Yi Won-gyeong, anak sulung Yi Gwang dan satu-satunya anak sah taraf, sebagai raja berikutnya. Namun, rancangan pemberontakan Min Jin-yong terbongkar dan dihukum bunuh dengan Yi Won-gyeong. Disebabkan bersalah kerana mempunyai pertalian, saudara tiri Yi Won-gyeong iaitu Yi Gyeong-eung dan Yi Won-beom diusir ke Ganghwa.
Pemerintahan
Cheoljong naik takhta pada tahun 1849 pada usia 19 tahun setelah Raja Heonjong mangkat tanpa pewaris. Sebagai saudara jauh kedua-dua raja yang baru mangkat dan juga keturunan Raja Yeongjo, Cheoljong dipilih untuk dijadikan anak angkat oleh Permaisuri Balu Besar (balu Raja Sunjo) pada waktu itu untuk membolehkannya naik takhta. Cheoljong dijumpai di Pulau Ganghwa tempat keluarganya berada dalam pengasingan sejak Penganiayaan Katolik 1801.
Apabila utusan (dikirim untuk mencari bakal raja itu) tiba di Pulau Ganghwa, mereka mendapati sisa-sisa suku kerabat diraja yang diasingkan itu hampir tidak dapat bertahan hidup dalam kemiskinan, dan di tengah-tengah kemerosotan itu, Yi Won-beom yang berusia 19 tahun ketika ity, diisytiharkan sebagai Raja. Walaupun sejak awal pemerintahan Korea, Dinasti Joseon mengutamakan pendidikan putera-putera mereka, Cheoljong langsung tidak tahu membaca setiap perkataan dalam pemberitahuan yang mengucapkan tahniah kepadanya itu atas kenaikannya ke takhta kerajaan.[9]
Bagi suku Kim dari Andong, Cheoljong adalah pilihan yang sangat baik. Buta hurufnya membuatnya senang dimanipulasi mereka. Akibatnya, walaupun Cheoljong memerintah negara itu selama 13 tahun, hingga hari-hari terakhirnya juga baginda masih belum arif tentang cara bergerak atau mengenakan pakaian diraja, sehinggakan apabila baginda berjubah yang paling gah tetap membuatkan baginda kelihatan seperti seorang nelayan.[9]
Kematian
Cheoljong mangkat pada usia 32 tahun pada 16 Januari 1864 (disyaki disebabkan oleh suku Kim Andong, suku yang sama yang menjadikannya raja), tanpa ada waris lelaki yang hidup. Sekali lagi, Josoen perlu mencari keturunan Wangsa Yi untuk menjadi calon ke takhta.
Tajuk
Nama Panggilan: Putera Penebang Kayu Pulau Ganghwa (강화도령)
Gelaran rasmi penuh: Raja Cheoljong[12] Huiryun Jeonggeuk Sudeok Sunseong[13] Munhyeon Museong Heon'in Yeonghyo Agung of Joseon (철종희륜정극수덕순성문현무성헌인영효대왕哲宗熙倫正極粹德純聖文顯武成獻仁英孝大王)
Gelaran tidak rasmi pendek: Raja Cheoljong Agung (철종대왕 哲宗大王)
Gelaran kurniaan Dinasti Qing: Raja Zhōngjìng(忠敬王 충경왕 King Chunggyeong)[14]
^Semasa "Kebakaran Kedua Yongdusan", kira-kira 3,400 buah artifak bersejarah yang disimpan untuk dijaga kerana Perang Korea telah diletakkan di kampung kecil di Dusun Panjachon, Kejiranan Donggwang-dong, Busan: termasuk 46 (kemudian 48) potret diraja yang sebelumnya diabadikan di Balai Seonwonjeon Baru (신선원전) Istana Changdeokgung, dikatalog dalam 1935 inventori (선원전영정수개등록 璿源殿影幀修改謄錄 Seonwonjeon Yeongjeong Sugae Deungnok). Artifak yang masih selamat kini dalam koleksi Muzium Istana Negara Korea: dua barang yang rosak teruk (accession numbers 창덕27560 & 창덕27561) dikenal pasti sebagai potret diraja Raja Cheoljong kerana gelaran anumerta era Joseon tertulis di sebelah kanan; inventori tahun 1935 menyenaraikan 4 potret diraja Raja Cheoljong, termasuk potret 1861 yang masih selamat yang digunakan dalam rencana ini.
# menunjukkan bahawa raja digulingkan dan tidak pernah menerima nama kuil.
^Mereka yang disenaraikan bukanlah raja yang memerintah tetapi diiktiraf setelah kemangkatan; tahun tertera bermaksud tahun pengiktirafan.
^Hanya Putera Mahkota yang tidak menjadi raja disenaraikan; tahun pertama menunjukkan ketika seseorang secara rasmi menjadi pewaris sah dan tahun terakhir adalah ketika mangkat/digulingkan. Mereka yang naik takhta dikeluarkan dalam senarai ini untuk dipermudahka.
^Gelaran yang diberikan kepada ayahanda kandung, yang tidak pernah memerintah, kepada raja-raja yang dijadikan anakanda angkat sebagai pewaris kepada raja sebelumnya.
^Raja Korea secara de jure pada era itu ialah Maharaja Jepun, sementara bekas maharaja Korea diberi gelaran bangsawan "Raja Yi" sebagai ganti.
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!