Nama kuil ialah gelaran selepas kematian yang diberikan kepada raja-raja Asia Timur. Amalan menghormati raja dengan nama kuil dimulai pada masa dinasti Shang di China dan sejak itu digunapakai oleh dinasti lain di Sinosfera, kecuali Jepun. Nama kuil tidak boleh dikelirukan dengan nama era dan nama selepas kematian.
"Kuil" dalam "nama kuil" (廟號) merujuk kepada kuil agung (太廟) yang dibina oleh setiap dinasti untuk tujuan pemujaan nenek moyang. Nama kuil setiap raja tercatat pada papan bertulis leluhur masing-masing yang diletakkan di dalam kuil agung.