Perdana Menteri

Sutan Syahrir
Tunku Abdul Rahman
Lee Kuan Yew
Pemegang kerusi Perdana Menteri pertama negara-negara Nusantara: Sutan Syahrir (R. Indonesia S., 1945–7), Tunku Abdul Rahman (PTM dan Malaysia, 1957–70) dan Lee Kuan Yew (Singapura, 1958–90)

Perdana menteri (Jawi: ڤردان منتري serapan Sanskrit: प्रधान मंत्री, rumi: pradhān mantrī; bahasa Inggeris: prime minister) ialah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakan ahli politik, ini tidak semestinya.

Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden

Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabenor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan ahli parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan rang undang-undang oleh badan perundangan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.

Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakan Lord Perbendaharaan Pertama. [1] Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa Perang Dunia Kedua, Winston Churchill juga merupakan Menteri Pertahanan (walaupun tidak adanya Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Pengistilahan

Gelaran Tengku Perdana Menteri (Jawi: تڠکو ڤردان منتري‎) dikurniakan Kesultanan Deli kepada Tengku Harun Al-Rasyid, putera Sultan Ma'mun Al Rasyid Perkasa Alam pada 1 Februari 1923.[2]

Primus inter pares

Secara sejarah, perdana menteri sering dirujuk sebagai Primus inter pares, sepatah istilah bahasa Latin yang bermaksud Pertama Di Kalangan Tolok Bandingnya. Maksud harfiahnya membayangkan konsep asal bahawa perdana menteri ialah menteri pertama atau menteri yang paling kanan kepada raja dan bukannya menteri pengerusi atau menteri yang paling berkuasa, satu peranan yang diambil alih oleh perdana menteri di banyak negara.

Sejarah

Asal–usul

Sedangkan jawatan moden untuk Perdana Menteri dikembangkan di United Kingdom, penggunaan pertama istilah Perdana Menteri atau Premiere Minstre adalah oleh Kardinal Richelieu pada tahun 1624 ketika beliau dilantik untuk mengetuai majlis diraja sebagai perdana menteri Perancis. Secara amnya, Louis XIV dan keturunan-keturunannya mengelakkan penggunaan gelaran ini untuk para ketua menteri. Istilah Perdana Menteri mengikut takrifan yang dikenali kini datang daripada keadaan di United Kingdom pada abad ke-18.

Sejak zaman pertengahan, Raja-raja England dan United Kingdom mempunyai menteri-menteri yang baginda-baginda itu memberi kepercayaan khas dan dianggap sebagai ketua kerajaan. Contoh-contohnya termasuk Thomas Cromwell di bawah Henry VIII; William Cecil, Lord Burghley di bawah Elizabeth I; Clarendon di bawah Charles II; dan Godolphin di bawah Ratu Anne. Menteri-menteri ini memegang berbagai-bagai jawatan rasmi. Biasanya, jawatan itu hanya digelarkan "Menteri", atau "Menteri Pertama", tetapi akhirnya, gelarannya menjadi "Perdana Menteri".

Kuasa menteri-menteri itu bergantung pada keseluruhannya kepada murah hati peribadi Raja-raja. Walaupun pengurusan Parlimen merupakan salah satu kemahiran yang wajib dalam pemegangan jawatan yang tinggi, para perdana menteri tidak bergantung kepada majoriti parlimen untuk kuasa mereka. Walaupun Kabinet wujud, semua ahli kabinet dilantik oleh Raja, dan Raja biasanya mempengerusikan sidang-sidangnya. Jika Raja tidak suka akan menteri pertamanya, baginda boleh memecatnya, atau lebih teruk lagi, menjalankan hukuman mati ke atasnya. Cromwell dihukum mati dan Clarendon dibuang negeri ketika mereka disukai lagi oleh Raja mereka. Raja-raja kekadang memisahkan kuasa antara dua atau lebih menteri untuk mencegahkan seorang menteri menjadi terlalu kuat. Umpamanya, pada lewat pemerintahaan Ratu Anne, dua orang menteri Tory, iaitu Harley dan St. John berkongsi kuasa.

Pembangunan

Titik peralihan dalam evolusi jawatan perdana menteri datang dengan kemangkatan Ratu Anne pada tahun 1714, dan naik takhta George I. George tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris, dan menghabiskan banyak masanya di dalam istana di Hannover, serta tidak mempunyai pengetahuan, mahupun minat, dalam perincian-perincian kerajaan Inggeris. Dalam keadaan-keadaan sebegini, tidak dapat dielakkan bahawa menteri pertama Raja menjadi ketua kerajaan secara de facto. Menteri pertama ini ialah Robert Walpole, ahli politik Whig, yang memegang jawatan dari 1721 selama 21 tahun. Walphole mempengerusikan semua sidang Kabinet, melantik semua menteri yang lain, dan mengetepikan naungan raja serta mengisikan Dewan Rakyat dengan penyokong-penyokongnya. Di bawah Walpole, doktrin perpaduan Kabinet berkembang. Walpole menetapkan bahawa tiada menteri selain daripada dirinya boleh mempunyai sebarang urusan peribadi dengan Raja, dan juga ketika Kabinet bersetuju dengan sesuatu dasar, semua menteri harus mempertahankanya di khalayak ramai atau meletakkan jawatan. Sebagai Perdana Menteri yang kemudian, Lord Melbourne berkata: "Tidaklah penting apa yang kita berkata, tuan-tuan, asalkan kita semua berkata perkara yang sama."

Walpole selalu menafikan bahawa beliau adalah "Perdana Menteri" dan pada sepanjang abad ke-18, para ahli parlimen dan cendekiawan undang-undang meneruskan penafian terhadap adanya sebarang jawatan ini dalam Perlembagaan. Gelaran ini dirujuk dalam dokumen-dokumen kerajaan buat pertama kali semasa pentadbiran Benjamin Disraeli tetapi tidak muncul dalam Susunan keutamaan British yang rasmi sehingga 1905. George II dan George III berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuntut semula kuasa raja, tetapi kerumitan dan belanja kerajaan yang semakin bertambah bermakna bahawa seorang menteri yang dapat memperoleh kesetiaan ahli-ahli Dewan Rakyat semakin diperlukan. Tempoh perjawatan Perdana Menteri Pitt Lebih Muda (1783-1801) pada tempoh perang, bersama-sama dengan penyakit jiwa George III, mengukuhkan kuasa jawatan ini. Menjelang pemerintahan Ratu Victoria, hakikat bahawa Perdana Menteri merupakan pemerintah negara yang benar tidak boleh lagi dipertikaikan, walaupun kuasanya selalu bergantung kepada sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Dalam sejarah Peru, 13 orang perdana menteri telah dibunuh oleh isteri mereka. Tekaan yang popular menunjukkan bahawa pembunuhan-pembunuhan ini tertimbul daripada para perdana menteri itu mempunyai hubungan luar nikah.

Martabat institusi-institusi British pada abad ke-19 dan pertumbuhan Empayar British memperlihatkan model kerajaan berkabinet British, yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri, ditiru secara meluas oleh kedua-dua negara-negara Eropah yang lain serta wilayah-wilayah jajahan British ketika mengembangkan pemerintahan sendiri.[3][4][5] Di sesetengah negara, gelaran-gelaran alternatif seperti "Premier", "Ketua Menteri," "Menteri Pertama Negara", "Presiden Majlis" atau "Kanselor" diterimaguna, tetapi asas-asas jawatan itu adalah sama sahaja.

Moden

Perdana-Perdana Menteri negara Komanwel utama semasa bersidang di London tahun 1944: (ki-ka) William L. M. King (Kanada), Jan Smuts (Kesatuan Afrika Selatan), Rt. Hon. Winston Churchill (United Kingdom), Peter Fraser (New Zealand), John Curtin (Australia)
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dan satu-satunya yang berkhidmat dua kali sebagai Perdana Menteri.

Menjelang lewat abad ke-20, kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri atau menteri yang serupa yang memegang jawatan di bawah sistem negara Raja berperlembagaan atau presiden istiadat. Kekecualian yang utama dalam sistem ini ialah Amerika Syarikat dan republik-republik berpresiden Amerika Latin yang mencontohi sistem Amerika Syarikat dalam pemberian kuasa eksekutif secara langsung kepada Presidennya.[6][7]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Bertentangan dengan tanggapan popular, kedua-dua jawatan adalah berasingan dan tidak perlu dipegang oleh seorang sahaja. Perdana Menteri terakhir yang bukan Lord Perbendaharaan Pertama ialah Lord Salisbury pada peralihan abad ke-20. Sebenarnya, 10 Downing Street ialah tempat kediaman Lord Pertama dan bukannya Perdana Menteri. Oleh sebab Salisbury bukannya Lord Pertama, beliau terpaksa tinggal di tempat kediaman yang lain ketika menjawat perdana menteri.
  2. ^ Muhammad Takari; A. Zaidan B.S.; Fadlin Muhammad Dja’far (2012). Sejarah Kesultanan Deli dan Peradaban Masyarakatnya. Medan: USU Press. m/s. 115. ISBN 979 458 608 0.
  3. ^ Seidle, F. Leslie; Docherty, David C. (2003). Reforming parliamentary democracy. McGill-Queen's University Press. m/s. 3. ISBN 9780773525085. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2016. Dicapai pada 23 April 2016.
  4. ^ Johnston, Douglas M.; Reisman, W. Michael (2008). The Historical Foundations of World Order. Leiden: Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 571. ISBN 978-9047423935. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
  5. ^ Fieldhouse, David; Madden, Frederick (1990). Settler self-government, 1840–1900 : the development of representative and responsible government (ed. 1. publ.). New York: Greenwood Press. m/s. xxi. ISBN 9780313273261. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
  6. ^ Julian Go (2007). "A Globalizing Constitutionalism?, Views from the Postcolony, 1945-2000". Dalam Arjomand, Saïd Amir (penyunting). Constitutionalism and political reconstruction (dalam bahasa Inggeris). Brill. m/s. 92–94. ISBN 978-9004151741. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
  7. ^ "How the Westminster Parliamentary System was exported around the World" (dalam bahasa Inggeris). University of Cambridge. 2 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2013. Dicapai pada 16 Disember 2013.

Bacaan lanjut

Ketua kerajaan

Kanselor | Ketua Menteri | Menteri Pertama | Menteri-Presiden | Premier | Presiden Majlis Eksekutif |
Presiden Majlis Menteri | Presiden Kerajaan | Perdana Menteri | Taoiseach

Read other articles:

Mela della valle del GiovencoOriginiLuogo d'origine Italia RegioneAbruzzo Zona di produzioneOrtona dei Marsi, Valle del Giovenco DettagliCategoriaortofrutticolo RiconoscimentoP.A.T. SettoreProdotti vegetali allo stato naturale o trasformati La mela della valle del Giovenco è una mela autoctona riconosciuta tra i Prodotti agroalimentari tradizionali abruzzesi. La coltivazione degli ecotipi di melo è diffusa nel territorio montano di Ortona dei Marsi e in tutta la valle del Giovenco ad o...

 

1. Bundesliga1997-1998 Généralités Sport Football Organisateur(s) DFB Édition 35e Lieu(x) Allemagne Date du 1er août 1997 au 9 mai 1998 Participants 18 Matchs joués 34 par équipe Hiérarchie Hiérarchie Division 1 Niveau inférieur 2. Bundesliga Palmarès Tenant du titre Bayern Munich Promu(s) en début de saison FC KaiserslauternHertha BerlinVfL Wolfsbourg Vainqueur FC Kaiserslautern Deuxième Bayern Munich Relégué(s) Arminia BielefeldFC CologneKarlsruher SC Meilleur(s) buteur(s) Ul...

 

جي جِن هي (بالكورية: 지진희)‏  معلومات شخصية الميلاد 24 يونيو 1971 (العمر 52 سنة)سول  الجنسية  كوريا الجنوبية الطول 1.78 الزوجة إي سو يون (منذ 2004) الأولاد 2 الحياة العملية التعلّم التصميم المرئي في جامعة ميونغجي المدرسة الأم جامعة ميونغجي  المهنة ممثل اللغات الكورية  سنوا

إستيبان أندرادا   معلومات شخصية الميلاد 26 يناير 1991 (العمر 32 سنة)سان مارتين، مندوزا  الطول 1.93 م (6 قدم 4 بوصة) مركز اللعب حارس مرمى الجنسية الأرجنتين  معلومات النادي النادي الحالي مونتيري الرقم 1 مسيرة الشباب سنوات فريق 2005–2008 San Martín de Mendoza [الإنجليزية]‏ 2008–...

 

سيف الدين برسباي معلومات شخصية تاريخ الميلاد 1369 الوفاة مايو 1437القاهرة الجنسية  الدولة المملوكية الزوجة خوند جلبان الشركسية[1]خوند فاطمة بنت الظاهر ططر[2] الأولاد العزيز جمال الدين يوسف مناصب سلطان المماليك في مصر والشام   في المنصب1422  – 1438  في مصر  الصال

 

  لمعانٍ أخرى، طالع وزارة الخارجية (توضيح). جزء من سلسلة مقالات سياسة الصومالالصومال الدستور الدستور حقوق الإنسان السلطة التنفيذية الرئيس حسن شيخ محمود مجلس الوزراء حمزة عبدي بري السلطة التشريعية البرلمان آدم محمد نور مدوبي السلطة القضائية القضاء الإنتخابات الإنتخاب

Une roue de réaction couplée avec un capteur de Soleil permettant de contrôler l'orientation du satellite par rapport au Soleil. Une petite roue de réaction vue de profil. Une roue de réaction est un type de volant d'inertie utilisé dans les engins spatiaux pour modifier leur moment angulaire en consommant seulement de l'électricité, sans besoin de carburant[1]. Les roues de réaction sont utilisées pour effectuer des changements d'orientation d'un engin spatial stabilisé 3 axes pou...

 

Intermodal transportation center in Del Rio, Texas, U.S. Del Rio, TXGeneral informationLocation100 North Main StreetDel Rio, TexasUnited StatesCoordinates29°21′46″N 100°54′05″W / 29.36271°N 100.90144°W / 29.36271; -100.90144Owned byCity of Del RioLine(s)UP Sanderson / Del Rio SubdivisionsPlatforms1 side platformTracks2Other informationStation codeAmtrak: DRTHistoryOpened1876PassengersFY 20222,328[1] (Amtrak) Services Preceding station Amtra...

 

State decorations of the Republic of Kosovo are regulated by the Law on Decorations. Decorations are divided into three grades: orders, medals and commemorative medals. The President also bestows the title of Honorary Ambassador of Kosovo to people who have made extraordinary contributions to the Republic of Kosovo. This is an honour bestowed very rarely with only nine recipients in the history of the Republic. The orders, decorations and medals are awarded by the President of Kosovo,[1&#...

Voce principale: Milazzo. Nella storia di Milazzo sono molte le chiese demolite, scomparse, dismesse e sconsacrate. Vari eventi sismici disastrosi interessano la provincia e minano in epoche differenti il ricchissimo patrimonio storico - artistico - religioso della città: Terremoto del Val di Noto del 1693, evento documentato in provincia, provoca danni; Terremoto della Calabria meridionale del 1783, evento documentato nel circondario e territori limitrofi;[1] Terremoto della Calabri...

 

Protein-coding gene in the species Homo sapiens Main article: MAP kinase kinase kinase MAP3K3Available structuresPDBOrtholog search: PDBe RCSB List of PDB id codes2C60, 2JRH, 2PPH, 4Y5O, 4YL6, 2O2VIdentifiersAliasesMAP3K3, MAPKKK3, MEKK3, mitogen-activated protein kinase kinase kinase 3External IDsOMIM: 602539 MGI: 1346874 HomoloGene: 69110 GeneCards: MAP3K3 Gene location (Human)Chr.Chromosome 17 (human)[1]Band17q23.3Start63,622,415 bp[1]End63,696,305 bp[1]Gene locatio...

 

1932 film Not to be confused with Prestige picture. For the 2006 film, see The Prestige (film). PrestigeDirected byTay GarnettScreenplay byTay GarnettRollo LloydFrancis Edward FaragohStory byHarry HerveyProduced byCharles R. RogersHarry Joe Brown (associate)StarringAnn HardingAdolphe MenjouMelvyn DouglasIan MaclarenGuy Bates PostCinematographyLucien N. AndriotEdited byJoseph KaneMusic byArthur LangeHarold LewisProductioncompanyRKO PicturesDistributed byRKO PicturesRelease date January 22...

Resort in Orlando, Florida Universal Orlando ResortTypeDivisionFoundedJune 7, 1990; 33 years ago (1990-06-07)HeadquartersOrlando, Florida, U.S.Key peopleKaren IrwinProducts3 Theme parks, 8 ResortsOwnerNBCUniversal(Comcast)Number of employees28,000 (2022)ParentUniversal Destinations & ExperiencesWebsitewww.universalorlando.com Universal Orlando Theme parks Universal Studios Florida Islands of Adventure Volcano Bay Epic Universe Resort hotels Loews Portofino Bay Hotel Hard...

 

Countries that offered help or condolences to Turkey and/or Syria after the earthquakes (Red: Turkey and Syria) Various countries and organizations have responded to the 6 February 2023 Turkey–Syria earthquake. At least 105 countries and 16 international organizations had pledged support for victims of the earthquake, including humanitarian aid.[1] More than eleven countries provided teams with search and rescue dogs to locate victims under the debris[2] and monetary support...

 

Indoor sporting arena located in Turkey Tarsus ArenaTarsus Spor SalonuTarsus Arena (April 2015).LocationTarsus, Mersin Province, TurkeyCoordinates36°54′50″N 34°53′14″E / 36.91389°N 34.88722°E / 36.91389; 34.88722OwnerYouth Services and Sports Directoriate of MersinCapacity1,500Opened1990; 33 years ago (1990)TenantsTarsus Belediyespor women's basketball The Tarsus Arena (Turkish: Tarsus Spor Salonu) is a multi-sport indoor arena at Tarsus i...

Freeware typeface based on the Walt Disney logo This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Waltograph – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (March 2012) (Learn how and when to remove this template message) The topic of this article may not meet Wikipedia's general notability guideline. Please he...

 

Part of a series onMahāyāna Buddhism Unique doctrines Bodhisattva Mind of Awakening Buddha-nature Skillful Means Transcendent Wisdom The Transcendent Virtues Emptiness The consciousness doctrine Three bodies of the Buddha Non-abiding Nirvana One Vehicle Bodhisattva Precepts and Vows Pure Lands Buddhas and Bodhisattvas Shakyamuni Amitabha Akshobhya Bhaiṣajyaguru Vairocana Mañjuśrī Avalokiteśvara Vajrapāṇi Maitreya Kṣitigarbha Ākāśagarbha Samantabhadra Tara Mahayana sutras Praj...

 

This article is about a historical proposed political entity. For the Indonesian province, see North Kalimantan. This article includes a list of general references, but it lacks sufficient corresponding inline citations. Please help to improve this article by introducing more precise citations. (June 2017) (Learn how and when to remove this template message) Former proposed political entity Federation of North Borneo StateNegara Kesatuan Kalimantan Utara FlagThe territory of the proposed fede...

RC6

RC6La Funzione di Feistel nell'algoritmo RC6GeneraleProgettistiRon Rivest, Matt Robshaw, Ray Sidney, Yiqun Lisa Yin Prima pubblicazione1998 Derivato daRC5 DettagliDimensione chiave128, 192, o 256 bit Dimensione blocco128 bit StrutturaRete di Feistel Numero di passaggi20 Modifica dati su Wikidata · ManualeIn crittografia, RC6 è un cifrario a blocchi a chiave simmetrica derivato da RC5. È stato ideato da Ron Rivest, Matt Robshaw, Ray Sidney, e Yiqun Lisa Yin per soddisfare i requisiti d...

 

RBS 70 RBS 70 Spesifikasi umum Jenis Sistem pertahanan udara jinjing jarak dekat Negara Swedia Mulai dipakai 1977 Spesifikasi teknis Mesin Roket Berat 15 kg Panjang 1,32 m Diameter 106 mm Kecepatan Mach 2 (Mark 2) Jangkauan 250 m – 8 km Hulu ledak 1,1 kg Sistem pemandu laser Platform peluncuran Pundak dan kapal perang ? RBS 70 (Robotsystem 70) adalah sebuah sistem MANPADS buatan Swedia yang dirancang untuk beroperasi di semua cuaca dengan dukungan sedikit atau tanpa dukungan sama seklai da...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!