Menteri Pertahanan adalah satu jawatan politik yang penting dalam sesebuah kabinet dan bertanggungjawab ke atas angkatan tentera di dalam beberapa negara berdaulat.
Apabila struktur kabinet mula muncul pada akhir kurun ke-18, menteri pertahanan sering kali dipanggil sebagai "Menteri Perang" (di Amerika Syarikat, "Setiausaha Perang"), yang mana bertanggungjwab ke atas pasukan darat sesebuah negara. Sejak tamatnya Perang Dunia II, perubahan telah dibuat dengan menukarkan perkatan "perang" kepada "pertahanan", dan bertanggungjawab ke atas pasukan darat, laut dan udara. Perubahan lain yang dibuat selepas tamat Perang Dunia II adalah meletakan menteri pertahanan di dalam majlis keselamatan negara atau kabinet dalam negeri yang mana membenarkan ketua negara mengkoordinasikan kedua-dua aktiviti ketenteraan dan diplomatik.
Templat:Types of government minister