Peta negara mengikut sistem kerajaan Negara-negara beraja berperlembagaan di mana kekuasaan terletak pada parlimen bertanda merah . Negara-negara di mana kuasa parlimen mengatasi ketua negara yang berasingan bertanda jingga . Negara-negara republik berparlimen di mana peranan ketua kerajaan dan ketua negara digabungkan bertanda hijau .
Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua pemerintahan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto .
Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan sistem demokrasi yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden . Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua pemerintahan (yang lazim bergelar perdana menteri ) dan ketua negara yang bergelar presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (kerajaan berperlembagaan ).
Senarai negara yang mengamalkan sistem berparlimen
Sistem ekadewan
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada satu dewan.
Sistem dwidewan
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada dua dewan.
Rujukan