Majlis Kesatuan Eropah, juga boleh dirujuk di dalam perjanjian dan dokumen rasmi sebagai Majlis,[a] dan secara tidak rasminya dikenali sebagai Majlis Menteri-menteri, merupakan salah satu daripada tujuh institusiKesatuan Eropah (EU) seperti yang disenaraikan di dalam Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah.[1]
Badan ini juga merupakan salah satu daripada tiga badan undangan dan bersama-sama dengan Parlimen Eropah berkhidmat untuk meminda dan meluluskan usul Suruhanjaya Eropah yang memegang inisiatif perundangan.[2][3][4]
Majlis Kesatuan Eropah dan Dewan Eropah ialah institusi Kesatuan Eropah yang secara jelas mempunyai hubungan antara kerajaan/pemerintah, di mana dua badan tersebut ialah forum bagi para hadirin menyatakan dan mewakili kedudukan eksekutif negara-negara anggota mereka, baik sebagai duta besar, menteri, ketua negara atau ketua kerajaan/pemerintah.
Catatan
^Dalam perjanjian-perjanjian dan dokumen-dokumen perundangan, institusi ini dirujuk dengan ringkas sebagai "Majlis". Perkataan Latin: consiliumcode: la is deprecated juga dijumpai sebagai nama yang "neutral bahasa" pada papan tanda, nama laman sesawang dan lain-lain.