"Disraeli" dialihkan ke sini. Untuk filem biografi terhadap Benjamin Disraeli, sila lihat Disraeli (filem).
Benjamin Disraeli, Earl Pertama Beaconsfield, KG, PC, FRS (lahir Benjamin D'Israeli; 21 Disember 1804 – 19 April 1881) ialah sasterawan dan negarawan Konservatif British. Beliau berkhidmat dalam kerajaan selama tiga dekad. Disraeli dua kali menjadi Perdana Menteri dan dengan itu, menjadi satu-satunya orang berketurunan Yahudi (walaupun Disraeli dibaptiskan di Gereja England ketika berumur 13 tahun) yang pernah berbuat demikian. Pencapaiannya yang paling tahan lama ialah pengasasan Parti Konservatif pada tahun 1846 selepas perpecahan Undang-undang Corn.
Walaupun Disraeli merupakan tokoh utama dalam sayap fahaman perlindungan Parti Konservatif selepas tahun 1844, hubungannya dengan tokoh-tokoh partinya yang lain, khususnya Lord Derby, ketua utama, seringnya sangat tegang. Tidaklah sehingga dekad 1860-an bahawa Derby dan Disraeli menjadi lebih mesra dan dengan itu, pewarisan oleh Disraeli terjamin. Sejak tahun 1852, kerjaya Disraeli juga ditandai oleh persaingannya yang hebat dengan William Gladstone. Gladstone kemudian menjadi ketua Parti Liberal. Dalam persaingan itu, Disraeli dibantu oleh persahabatannya yang mesra dengan Ratu Victoria yang kemudian sangat benci akan Gladstone semasa penggal pertama Gladstone sebagai perdana menteri pada dekad 1870-an. Pada tahun 1876, Disraeli dinaikkan ke taraf bangsawan sebagai Earl Beaconsfield selepas empat dekad dalam Dewan Rakyat.
Sebelum dan semasa kerjaya politiknya, Disraeli terkenal sebagai tokoh kesusasteraan dan tokoh sosial, walaupun novelnya umumnya tidak dianggap sebagai sebahagian daftar karya kesusasteraan Victoria. Beliau terutamanya menulis roman kesateriaan, dengan Sybil dan Vivian Grey mungkin merupakan novelnya yang paling terkenal pada hari ini. Sehingga hari ini, Disraeli adalah luar biasa dalam kalangan Perdana Menteri British kerana mencapai kedua-dua kemasyhuran sosial dan kemasyhuran politik.
Pautan luar