Robert Peel, Baronet Ke-2 (5 Februari 1788 – 2 Julai 1850) merupakan seorang ahli politik dari United Kingdom. Beliau menjawat Setiausaha Dalam Negeri sebanyak dua kali (1822–27 dan 1828–30), malah sebagai Perdana Menteri negara tersebut sebanyak 2 kali (1834–35 dan 1841–46).
Beliau meletakkan jawatan pada 1827 sebagai bantahan kepada penjawatan George Canning sebagai Perdana Menteri[2] memandangkan Canning mendokong emansipasi menyeluruh penganut mazhab Gereja Katolik.[3] Namun setelah Canning meninggal akibat kesihatan buruk serta pemangkuan sementara jawatan oleh Lord Goderich, beliau kembali menduduki jawatan ini dengan bantuan Duke Wellesley dari Wellington pada 1829.[4]
Peel turut memperkenalkan suatu sistem penguatkuasaan dan keselamatan yang membentuk sistem polis moden yang dikenali pada hari ini; ia didasarkan kepada suatu Prinsip-Prinsip Peel yang menjelaskan etika dan peraturan ditetapkan dalam mengendalikan kasus mereka agar cekap dan mangkus. Atas dasar-dasar inilah Pasukan Polis Metropolitan London ditubuhkan di Scotland Yard pada tahun 1829.[5] Ia pada mulanya tidak begitu digemari namun kesan pencegahan jenayah di kawasan yang diuji segera menjadi sangat memberangsangkan di kota raya tersebut, semua kota akhirnya diwajibkan mewujudkan pasukan polis setempat tersendiri pada 1857.[6]
Pemerintahan
Penggal pertama (1834–1835)
Penggal kedua (1841–1846)
Pada 1843, Peel menjadi sasaran seorang pengukir kayu dari Scotland yang sakit jiwa - pengukir tersebut, Daniel M'Naghten, mengekorinya selama beberapa hari sebelum membunuh setiausaha peribadi Peel, Edward Drummond yang disalah sangka sebagai Perdana Menteri itu sendiri.[7] Kejadian ini mendorong kepada penggubalan undang-undang setempat berkaitan pembelaan tak siuman.[8]
Parda 1846, Peel memutuskan agar menarik balik Undang-Undang Bijirin (Corn Laws) yang bertujuan mengehadkan import bijirin lalu membantu meningkatkan pendapatan hasil tanaman setempat[9] Ia dilakukan sebagai tindak balas berikutan bencana kebuluran yang berlaku di negeri Ireland yang sedang berlaku pada ketika itu;[10] para pakar tanaman separtinya yang terlibat sangsi akan tahap seburuk mana keadaan kahat yang berlaku,[11] malah Peel tidak bergitu bertindak segera. Tindakan hebat dilakukan hebat menjadi suatu kelemahan yang akhirnya melumpuhkan kekuasaannya:[12] partinya sendiri gagal menyokong rang ini namun tetap mendapat suara sokongan puak Whig dan Radikal. Setelah bacaan ketiga usulan pemansuhan undang-undang ini dilakukan, undian oleh para ahli parlimen dilakukan dengan 327 undian menyokong sambil 229 undian menentang; Duke Wellington membawa usulan kepada Dewan Pertuanan untuk diluluskan pada 25 Jun Pada masa yang sama, sebuah rang yang bertujuan mendorong meringankan beban hasil kahat di Ireland (Irish Coercion Bill) usulan Peel digugurkan dengan undian majoriti di Dewan Rakyat sebanyak 292 menentang 219 undian daripada gabungan puak-puak Whig, Radikal dan proteksionis Parti Konservatif".[13] Peel meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 29 Jun 1846.[14]
Persaraan
Pada 29 Jun 1850 - genap empat tahun kemudian setelah persaraan beliau - Peel sedang menaiki kuda di Constitution Hill, London. Peel tiba-tiba dihumban jatuh daripada tunggangan kudanya atas sebab tidak pasti, malah haiwan tersebut terlanggarnya badannya sambil ia lari meliar. Beliau meninggal dunia tangkat hari 2 Julai pada usia 62 tahun akibat kecederaan dialami pada tulang bahunya yang menjejaskan pembuluh darah utamanya.[15]
^Adelman, Peel and the Conservative Party: 1830–1850, 68–69, 70, 72; Ramsay, Sir Robert Peel, 347; Read, Peel and the Victorians, 230–31.
^Adelman, Peel and the Conservative Party: 1830–1850, 80; Ramsay, Sir Robert Peel, 361–63; Read, Peel and the Victorians, 1; 266–70.
^Adelman, Peel and the Conservative Party: 1830–1850, 86–87; Ramsay, Sir Robert Peel, 364.
Bacaan lanjut
Adelman, Paul (1989). Peel and the Conservative Party: 1830–1850. London and New York: Longman. ISBN978-0-582-35557-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Clark, George Kitson (1964). Peel and the Conservative Party: A Study in Party Politics 1832–1841. 2nd ed. Hamden, Connecticut: Archon Books, The Shoe String Press, Inc.CS1 maint: location (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Farnsworth, Susan H. (1992). The Evolution of British Imperial Policy During the Mid-nineteenth Century: A Study of the Peelite Contribution, 1846–1874. Garland Books.CS1 maint: ref=harv (link)
Gash, Norman (1961). Mr. Secretary Peel: The Life of Sir Robert Peel to 1830. New York: Longmans.CS1 maint: ref=harv (link), vol 1 of the standard scholarly biography
Gash, Norman (1972). Sir Robert Peel: The Life of Sir Robert Peel after 1830. Totowa, New Jersey: Rowman and Littlefield. ISBN978-0-87471-132-5.CS1 maint: ref=harv (link); vol. 2 of the standard scholarly biography
Peel, Sir Robert; (Earl), Philip Henry Stanhope Stanhope; Cardwell, Viscount Edward Cardwell (1857), "Memoirs by the Right Honourable Sir Robert Peel"(vol 2–3 online), (3 vol 1856–57), vol.1 online |volume= has extra text (bantuan)
Pautan luar
Profil Peel dalam laman web rasmi Perdana Menteri UK