Pentas Akhir Piala Malaysia 2021 ialah perlawanan bola sepak untuk menentukan juara Piala Malaysia 2021. Ia adalah perlawanan akhir edisi ke-95 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Dua pasukan yang telah mara dari separuh akhir, Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta'zim akan bertanding bagi merebut gelaran.
Kuala Lumpur City memenangi perlawanan akhir setelah menewaskan Johor Darul Ta'zim dengan keputusan 2–0 dan layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2022.
Berikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
MFL mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir, dengan kapasiti penonton yang hadir ke stadium tidak melebihi 20,000 penonton.[1][2]
Nota: Dalam semua keputusan di bawah, jaringan peserta itu diberikan terlebih dahulu (R: tuan rumah; P: pelawat).
Penolong pengadil: Mohd Yusri Muhamad Mua'zi Zainal Abidin Pegawai keempat: Azman Ismail
Peraturan Perlawanan
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.