Piala Malaysia 2010 merupakan edisi ke-84 Piala Malaysia. Kejohanan ini bermula pada 14 September dan berakhir pada 30 Oktober 2010 dengan perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebanyak 10 buah pasukan negeri, 5 pasukan kelab terbaik, dan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia menyertai edisi kali ini[1].
Pasukan
12 pasukan daripada Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga Perdana layak bertanding untuk merebut piala ini berdasarkan merit mereka semasa beraksi dalam saingan peringkat liga[2].
Pada edisi kali ini, format empat kumpulan dengan empat pasukan setiap kumpulan digunakan. Juara kumpulan akan mara ke suku akhir manakala tiga naib juara terbaik akan mengiringi juara kumpulan ke suku akhir.