Piala Malaysia 2013 merupakan edisi ke-87 Piala Malaysia. Kejohanan ini akan bermula pada 20 Ogos 2013.
Kelantan adalah juara bertahan dalam edisi kali ini.
Pasukan
10 pasukan teratas daripada Liga Super dan 4 pasukan teratas daripada Liga Perdana serta 2 pasukan yang menang dalam perlawanan-penentuan layak bertanding untuk merebut piala ini[1].
2 pasukan terbawah Liga Super (tempat ke-11 dan ke-12) akan berentap dengan 2 pasukan dari Liga Perdana (tempat ke-5 dan ke-6) bagi merebut 2 slot terakhir.
16 pasukan dibahagikan kepada empat bahagian mengikut kedudukan mereka dalam Liga Super dan Liga Perdana 2013. Majlis undian akan berlangsung pada 27 Julai dimana pasukan-pasukan akan diundi ke dalam 4 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan. Johan dan naib johan dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.[4].