Walaupun konsonan gigi-gusi sering dilabelkan sebagai "konsonan gigi" kerana hanya sentuhan hadapan lidah dengan gigi yang kelihatan, titik sentuhan lidah yang paling jauh ke belakang adalah yang paling relevan, kerana ia mentakrifkan ruang akustik maksimum resonans dan memberikan bunyi berciri kepada konsonan.[1][halaman diperlukan]
Dalam bahasa Perancis, sentuhan yang paling jauh ke belakang ialah pada gusi atau kadangkala pada kawasan sedikit belakng gusi atau praalveolar. Dalam bahasa Sepanyol, /t/ dan /d/ bersifat gigi-gusi laminal,[2] dan /l/ dan /n/ bersifat alveolar tetapi berasimilasi kepada /t/ atau /d/ yang di hadapannya. Begitu juga dalam bahasa Itali di mana /t/, /d/, /t͡s/, /d͡z/ bersifat denti-alveolar, dan /l/ dan /n/ bersifat alveolar.
Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259, doi:10.1017/S0025100303001373
Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121, doi:10.1017/S0025100304001628
Dalam satu sel jadual, simbol-simbol di sebelah kanan adalah bersuara, di sebelah kiri adalah tidak bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan yang didapati mustahil.