Kesan pandemik COVID-19 terhadap orang kurang upaya
Orang kurang upaya (OKU) secara umum lebih berisiko terhadap penularan COVID-19. OKU memiliki kadar risiko kematian yang lebih besar, termasuk di antaranya OKU intelektual, mereka yang tinggal di kemudahan rawatan, dan wanita yang kurang upaya. Pandemik COVID-19 berisiko meningkatkan morbiditi dan mortaliti OKU kerana perkhidmatan rawatan tersedia yang terhad.[1] OKU yang terdiri daripada mereka yang cacat fizikal, mental, intelektual, atau sensorik, cenderung mengalami kesukaran mengakses perkhidmatan kesihatan, memiliki keperluan kesohatan yang lebih besar, menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi, dan berhadapan dengan peraturan perundangan dan stigma yang diskriminatif.[2]
OKU juga berisiko menjadi mangsa keganasan domestik dan gangguan.[3] Mereka lebih berisiko kehilangan pekerjaan dan menghadapi kesukaran memerlukan pengangkutan untuk menuju ke tempat kerjanya pada waktu pandemik. Persekolahan kanak-kanak OKU akan terjejas.[4] Knak-kanak yang kurang upaya menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar secara dalam talian, misalnya kesukaran menerima terapi fizikal dan pekerjaan serta akses ke teknologi bantuan.
Risiko penyakit
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan OKU lebih berisiko menerima jangkitan COVID-19. Tindakan pencegahan sukar diterapkan pada kelompok ini. Pelaksanaan penjarakan sosial, misalnya, sukar diterapkan kerana mereka memerlukan orang lain sebagai penyokong. Cabaran lain ialah akses terhadap maklumat berkaitan pandemik, risiko akibat ketidakupayaan yang mereka miliki sebelumnya, dan gangguan pada khidmat sokongan dan rawatan sepa jang pandemik. OKU umumnya juga tertumpu di pusat rawatan yang berisiko dengan penularan, seperti pusat rawatan atau kemudahan rawatan lain.[5]
Kematian akibat COVID-19 di kemudahan rawatan mencapai antara 19% sampai 72%. Di sana, jumlah OKU umumnya sangat tinggi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa di seluruh dunia, sekitar 46% individu berusia 60 tahun atau lebih merupakan OKU. Sejumlah 80% dari keseluruhan mereka berada di negara membangun yang memiliki keterbatasan perkhidmatan kesihatan.[6]
Kesan pandemik
Sosial
Hasil kajian sepanjang pandemik menyatakan bahawa OKU lebih berisiko mengalami gangguan sosial dan psikologi.[7] Mereka cenderung merasakan kesepian dan terasing yang kemudian mampu mencetuskan masalah kesihatan lain.[8] OKU intelektual dan perkembangan menghadapi tiga keadaan sulit, iaitu kehilangan kontak sosial dan hubunga rapat dengan orang lain, tinggal di rumah dalam jangka waktu lama sehingga kehidupan sehari-hari mereka berubah, dan kesukaran memahami tindakan pencegahan.[9]
Risiko paparan terhadap keganasan rumah tangga dan keganasan seksual juga cenderung lebih tinggi kepada wanita OKU dan wanita yang merawat OKU. Mereka juga kesulitan menjangkaui rawatan pembiakan dan mengalami kerugian sosial ekonomi yang berkaitan pandemik.[10]
Suasana kerja
Kajian yang dilakukan di England mendapati bahawa selama tiga bulan pertama pandemik, OKU cenderung mengalami sekatan waktu kerja dan tekanan kewangan lebih besar daripada rakan sekerjanya.[11]