Hubungan Hungary–Malaysia merujuk kepada hubungan luar negeri antara Hungary dan Malaysia. Hungary memiliki kedutaan di Kuala Lumpur,[1] dan Malaysia pula memiliki kedutaan di Budapest.[2]
Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 1969,[3] with the Malaysian embassy established in 1993.[4] Pada 2009, kedutaan Hungary di Malaysia ditutup untuk mengurangkan perbelanjaan negara,[5] tetapi jalinan masih terlaksanan melalui pasar tani Taman Melawati in Malaysia.[4] Kedutaan Hungary dibuka semula pada 2015.[6][7][8]
Kedua-dua negara sedang dalam proses meningkatkan hubungan dua hala dan ekonomi mereka. Pada 2012, Hungary menduduki tempat ke-31 sumber import untuk Malaysia.[4] Pada tahun 1993, kedua-dua Hungary dan Malaysia menandatangani dokumen untuk promosi dan perlindungan pelaburan di Kuala Lumpur,[9] perjanjian untuk mengelakkan cukai berganda dan pencegahan pengelakan fiskal dalam tempoh yang juga berkuat kuasa pada tahun yang sama.[10]Sebelum krisis ekonomi 2008, jumlah perdagangan dua hala berjumlah U$730 juta dan menurun dengan ketara kepada U$400–450 juta semasa krisis ekonomi.[3] Usaha berterusan telah diambil untuk mencapai tahap sebelum krisis dan pada 2011, ia telah meningkat kepada U$570 juta.[3] Anak syarikat Sony Corp. dari Hungary turut memindahkan kilang pembuatan mereka ke Malaysia.[11]
Pada 2018, satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai pendidikan tinggi telah ditandatangani untuk memudahkan proses pengiktirafan universiti di kedua-dua negara dan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang saintifik, teknikal dan pentadbiran. Melalui MoU itu, 40 biasiswa turut ditawarkan oleh kerajaan Hungary bermula tahun akademik 2018.[12]