Hubungan Cuba–Malaysia tidak begitu dirasakan kerana jarak yang jauh dan dasar politik yang berbeza. Cuba mengamalkan dasar komunis-sosialis dan menjadi 'seteru' Amerika Syarikat. Sebaliknya Malaysia mengamalkan dasar demokrasi-kapitalis dan menjadi sekutu kepada Britain dan Amerika Syarikat.
Penduduk Cuba berjumlah 11.40 juta. Sementara penduduk Malaysia berjumlah 33 juta.
Ketika Perang Dingin berlaku, hubungan Malaysia-Cuba telah dijalin sejak 1975. Menerusi Kerjasama Selatan-Selatan, hubungan antara kedua-dua negara lebih erat. Namun kerjasama ini tidak bergerak lagi.
Pada 23 April 2009, dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih meneruskan sekatan ekonomi terhadap Cuba.[1] Selagi polisi sekatan ekonomi 47 tahun 'tidak berjaya' merubah Cuba , selagi itulah akan kekal sehingga Cuba memberikan lebih kebebasan kepada rakyatnya. Teluk Guantanamo masih ditempatkan di hujung pulau Cuba.
Cuba tidak diundang dalam Sidang Kemuncak Amerika di Trinidad dan Tobago pada April 2009. Cuba menuduh Barack Obama sebagai pembohong di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 Persidangan Copenhagen 2009. Obama dikatakan suka mengunakan perkataan-perkata demalogi.[2]
Carlos A. Amores merupakan duta Cuba ke-3 ke Malaysia. Hubungan diplomatik Malaysia-Cuba telah berlanjutan selama 35 tahun sejak 1975. Mulai 1997, Cuba membuka kedutaannya di Kuala Lumpur. Kedutaan Malaysia dibuka di Havana pada Februari 2001.
Kedutaan Malaysia dibuka di Cuba selepas lawatan Dr Mahathir Mohamad ke Cuba pada 1997 dan 2000. Presiden Cuba Fidel Castro ke Malaysia pada 2001 dan sekali lagi pada 2003, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Lawatan Castro pada 2001 diikuti dengan perjanjian pertukaran teknikal perdagangan, ekonomi dan saintifik.
Tun Abdullah Ahmad Badawi melawat Cuba pada 2004 dan pada 2006, untuk menghadiri Sidang Kemuncak NAM manakala Presiden Cuba Raul Castro berkunjung ke Malaysia pada 2005, ketika beliau menjadi Naib Presiden pertama.
Malaysia dan Cuba berkongsi dasar dan nasib yang sama dalam NAM, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kumpulan 77 negara-negara membangun.
Dalam isu Program nuklear Iran pada 27 November 2009, dasar Malaysia, Venezuela dan Cuba ialah menentang resolusi negara Jerman yang membantah program pembangunan nuklear Iran. Bagaimanapun akhirnya resolusi itu telah diluluskan.[3] Tenaga nuklear tidak harus dimonopoli oleh kuasa besar tertentu sahaja. Negara maju jangan buruk sangka dengan negara sedang membangun , kononnya malapetaka akan berlaku jika berjaya memilikinya .
Pelabur Malaysia tidak ada di Cuba. Cuba maju dalam sektor farmaseutikal serta bio-teknologi. Cerut Cuba terbaik dan terkenal di dunia. Penghisap cerut pasti 'rindu' dengan cerut Cuba yang mahal itu. Vaksin Hepatitis B adalah eksport utama Cuba ke Malaysia . Cuba mengimport makanan, perabot serta produk komputer dari Malaysia.
Syarikat minyak Cubapetroleo dan Petronas bekerjasama mencari gali minyak serta gas asli di perairan Cuba di Lautan Carribean.
Setakat ini 21 pelajar Malaysia belajar di Cuba dengan biasiswa penuh kerajaan Cuba. Malaysia pula menawarkan Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Pada April 2007, Pameran lukisan pelukis Cuba diadakan di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia (SGM), Kuala Lumpur. Pameran bertajuk "Cuba: Satu Penghormatan oleh Enrique Wong" itu anjuran bersama oleh Kedutaan Cuba dan SGM 48 karya agung pelukis yang diberi tema "penderitaan manusia" yang disebabkan oleh kolonisasi Barat. Duta Cuba ke Malaysia, Pedro Monzon Barrata telah hadir dalam pameran itu.[4]
Mario Garcia, Duta Cuba ke Jepun yang ditauliahkan ke Malaysia terbunuh dalam kapal terbang yang terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. Pesawat MAS 653 terhempas dan mengorbankan kesemua 93 penumpang serta tujuh anak kapal.[5]
Casa Cuba merupakan sebuah galeri mengenai negara Cuba yang pernah terletak di Bukit Peringgit, Melaka, Malaysia.[6] Galeri ini telah dibina pada Jun 2007 di sebuah kediaman bekas pegawai kanan kerajaan Inggeris.[7] Satu inisiatif Kedutaan Besar Cuba di Melaka, galeri ini mempamerkan pelbagai bentuk seni oleh seniman Cuba, seperti lukisan, litograf dan seramik.[8][9][10] Galeri ini telah ditutup dan digantikan oleh Pejabat Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka.
|deadurl=