Nama penuh bandar Havana (Jawi: هاۏاناcode: ms is deprecated ; bahasa Sepanyol ialah Ciudad de La Habana . Biasanya dipanggil La Habana atau rasminya San Cristóbal de la Habana.
Jumlah penduduk 2.2 juta, bandar terbesar di Cuba dan di Kepulauan Caribbean. Kedudukannya 144km tenggara Florida. Havana satu daripada 14 wilayahCuba.
Ia terletak di Timur Laut Semenanjung Cuba, menghadap Selat Florida .
Sejarah
Havana mula dijelajah oleh orang Eropah ketika Sebastián de Ocampo pada 1509.
Bandar Havana yang asal bukan lokasi sekarang. Havana dipindahkan ke lokasi sekarang yang dikenali sebagai Puerto de Carenas pada 1519.
Lanun
Sebenarnya Havana adalah pelabuhan perdagangan yang membekalkan bekalan makan dan minuman kepada ahli pelayaran dan pedagang. Pelabuhan ini sering diserang oleh lanun yang bermaharaja lela di laut Carribean. Ini termasuklah orang Peranchis bernama Jacques de Sores. Berlaku perebutan antara Peranchis dan Sepanyol untuk memonopoli perdagangan di sini.
Beribu-ribu kapal dari seluruh dunia bertemu dan memunggah barangan di pelabuhan Havana lalu dihantar ke Sepanyol.
Pada 1563, pejabat Ketua Gabenor Cuba pindah dari Santiago ke Havana. Pada 20 Disember 1592, Raja Philip II dari Sepanyol menetapkan Havana sebagai sebuah bandar raya.
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!