Hubungan Malaysia–Uzbekistan merujuk kepada hubungan luar antara negara Malaysia dengan Uzbekistan. Malaysia mempunyai kedutaan di Tashkent,[1] dan Uzbekistan mempunyai kedutaan di Ampang, Selangor.[2] Kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik.[3]
Hubungan diplomatik dua hala telah diwujudkan pada 1992, dan Malaysia membuka kedutaannya di Tashkent pada 1993.[4] Sejak 1992, Presiden Uzbekistan Islam Karimov telah melakukan beberapa lawatan ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai sebahagian daripada lawatan terpanjangnya ke luar negara.[5]
Kedua-dua negara sedang membangunkan hubungan dalam bidang kerjasama ekonomi dan pelaburan, minyak dan gas, pendidikan dan pelancongan.[4] Ramai pelabur Malaysia juga telah mula menjalankan perniagaan di Uzbekistan.[4] Pada tahun 2012, selepas 20 tahun hubungan persahabatan, Persatuan Persahabatan Malaysia dan Uzbekistan (MAUFA) telah ditubuhkan.[6] Persatuan itu juga mewujudkan projek bersama dalam bidang pelancongan pendidikan, pelancongan foto, pertukaran pelajar, media massa dan TMK.[7] Pada 2011, banyak projek bersama beroperasi di Uzbekistan, terutamanya dalam industri minyak dan gas, pembuatan tekstil, perabot dan produk elektrik.[8] Uzbekistan juga berminat untuk belajar daripada industri pelancongan Malaysia.[9]