Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ialah seorang ahli akademik dan pegawai tadbir di Malaysia. Beliau berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam sebagai ketua setiausaha kementerian, dan menjadi profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai, Johor.
Biodata
Zaini Ujang dilahirkan pada 3 Mac 1965 di Kampung Inas, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran di bidang rawatan air dan sisa.
Kerjaya
Zaini mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1988 sebagai kakitangan akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi mulai Mac 2007. Kemudian, beliau dilantik sebagai Naib Canselor UTM pada 2008[1] hingga 2013.[2]
Pada Jun 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha II di Kementerian Pendidikan Malaysia.[3] Kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 2015 hingga 2016, selepas pemisahan semula portfolio pengajian tinggi daripada kementerian pendidikan.[4]
Pada 2016, Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air[5] hingga pembubaran kabinet pada 2018.
Beliau dilantik semula sebagai ketua setiausaha kementerian pada 2020 bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air[6] hingga 2023. Kemudian beliau dilantik ke Kementerian Sumber Manusia pada April 2023[7] sebelum ke Kementerian Kesihatan Malaysia pada September 2023.[8]
Pada Februari 2024, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.[2]
Anugerah dan pengiktirafan
Pada 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat Negeri Sembilan.[9] Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1441 pada peringkat kebangsaan, pada 2019.[10]
Darjah kebesaran negeri
- Malaysia
- Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2012)
- Negeri Sembilan
- Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M.) - Dato' Seri (2013)
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (2007)
Bibliografi
Rujukan
|
---|
Tahun dalam templat ini ditulis berdasarkan kalendar Hijrah. Nama penerima anumerta dicondongkan. |
Kebangsaan | |
---|
Antarabangsa | |
---|