Wahbah al-Zuhaili

Wahbah al-Zuhaili
Peribadi
Kelahiran
Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili

(1932-03-06)6 Mac 1932
Kematian8 Ogos 2015(2015-08-08) (umur 83)
Damsyik,Syria
AgamaIslam
WarganegaraSyria
Eraabad ke-20
Mazhab fikahSyafi'i
AkidahSunni
Kecenderungan utamaUndang-undang Islam,
Falsafah Perundangan Islam

Wahbah al-Zuhaili ialah seorang profesor Islam di Syria[1] dan merupakan seorang cendekiawan Islam khusus dalam bidang perundangan Islam (Syariah). Beliau ialah seorang pendakwah di Masjid Badar di Dir Atiah. Beliau ialah penulis sejumlah buku mengenai undang-undang Islam dan sekular, yang kebanyakannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik.

Asuhan dan pendidikan

Wahbah dilahirkan di bandar Dir Atiah, utara Damsyik, Syria pada 6 Mac 1932. Beliau ialah anak kepada seorang petani yang juga seorang hafiz al-Quran, Syeikh Mustafa al-Zuhaili.[2] Ibunya bernama Fatimah binti Mustafa Saadah merupakan seorang yang kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam.[3]

Di bawah asuhan ibu bapanya, beliau menerima pendidikan asas dalam agama Islam dan ilmu lain. Ibu bapanya menghantarnya ke sekolah rendah di kampungnya.[2] Pada usia 14 tahun, beliau mula belajar di Damsyik bagi peringkat menengah di Kolej Syariah, Universiti Damsyik selama enam tahun. Pada 1952, beliau menamatkannya dengan cemerlang. Pada tahun yang sama juga, beliau memperoleh sijil menengah am dalam pengkhususan sastera.[3]

Kemudian, Wahbah melanjutkan pendidikan Islam di Mesir dan mendaftar di beberapa institusi pengajian. Beliau berjaya memperoleh sijil tinggi (ijazah aliyah) dalam bidang Syariah Islamiyah di Kolej Syariah, Universiti al-Azhar pada 1956 dan telah mendahului pelajar lain pada ketika itu. Pada 1957, beliau memperoleh sijil pengkhususan pengajaran (ijazah perguruan) dari Kolej Bahasa Arab, Universiti al-Azhar. Pada tahun yang sama, beliau yang turut belajar di Universiti Ain Syams telah memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang. Ini bermakna, dalam tempoh lima tahun pengajian,beliau berjaya memperoleh tiga ijazah dalam bidang berbeza dari universiti yang berbeza pendekatan pengajaran.[3]

Pada 1959, beliau menamatkan pengajian sarjana dalam undang-undang di Kolej Undang-Undang, Universiti Kaherah. Tesis sarjana beliau ialah berjudul Arab: الذرائع في السياسة الشرعية والفقه الإسلامي, rumi: Al-Dharā'ī' fī al-Siyāsah al-Shar'iyyah wa al-Fiqh al-Islāmī, lit.'Zari'ah (jalan untuk mencapai sesuatu) dalam politik dan fiqah Islam'. Pada 1963, beliau menamatkan pengajian doktor falsafah dalam undang-undang syariah dengan tesis berjudul Arab: آثار الحرب في الفقه الاسلامي دراسة مقارنة بين المذاهب الثمانية والقانون الدولي العام, rumi: Āthār al-Ḥarb fīal-Fiqh al-Islāmī-Dirāsah Muqāranahbayna al-Madhāhib al-Thamāniyah wa al-Qānūn al-Dawlīal-‘Ām, lit.'Pengaruh peperangan dalam perundangan Islam: Kajian perbandingan antara mazhab yang lapan dan undang-undang umum antarabangsa'.[3]

Sepanjang pengajian beliau di universiti, beliau menyaksikan keadaan positif dan negatif dalam penggabungan dan pemisahan antara Mesir dan Syria yang membentuk Republik Arab Bersatu.[4]

Kerjaya

Wahbah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Damsyik pada 1963. Beliau menjadi profesor madya pada 1969, dan memperoleh gelaran profesor pada 1975. Disebabkan beliau diminta untuk berkhidmat sebanyak yang boleh, beliau menggunakan 16 jam sehari untuk mengajar, menulis penyelidikan dan berkhidmat kepada masyarakat Islam. Selain mengajar di Universiti Damsyik, beliau juga belajar di Fakulti Undang-Undang, Universiti Benghazi, Libya (1972-1974), dan di Fakulti Undang-undang Syariah di Universiti Emiriah Arab Bersatu (1984-1989). Beliau memberi syarahan sebagai profesor di Universiti Islam Riyadh dan mengajar fiqah Islam kepada penyelidik di Sudan, Pakistan dan negara lain.[4]

Antara sebahagian kerjaya yang dipikul ialah:[4]

  1. Ketua Jabatan Mazhab dan Fiqah Islam, Fakulti Syariah, Universiti Damsyik, kemudian sebagai timbalan dekan Fakulti Syariah, Universiti Damsyik, dan menjadi dekan selama empat tahun (1967-1970)
  2. Pengerusi jawatankuasa pemantauan syariah bank-bank Islam di negara Arab dan anggota perundingan syariah di bank-bank Islam
  3. Anggota akademi fiqah di Mekah, Jedah, India, Amerika Syarikat dan Sudan
  4. Ketua Jabatan Syariah Islam, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Emiriah Arab Bersatu, dan menjadi dekan untuk empat tahun
  5. Pengasas jurnal syariah dan undang-undang di Universiti Emiriah Arab Bersatu
  6. Pengerusi lembaga manuskrip dan lembaga pengajian tinggi di Universiti Emiriah Arab Bersatu
  7. Anggota Akademi Pusat Penyelidikan Budaya Islam di Universiti Al al-Bait, Jordan
  8. Menyelia lebih 70 disertasi sarjana dan kedoktoran dari Damsyik, Syria; Beirut, Lubnan dan Khartum, Sudan.
  9. Memimpin program pembangunan buku teks di Syria dan Emiriah Arab Bersatu
  10. Pada 1988, the organizer of the journal "Sharia and Islamic knowledge" at Kuwait University;
  11. Penceramah program "Qur'an dan Kehidupan" berdasarkan tafsir Quran, yang disiarkan dalam radio Syria
  12. Anggota sidang penyuntingan jurnal "Program Islam" di Damsyik
  13. Pengerusi lembaga sekolah Sekolah Syeikh Abdulkadir di kampungnya di Dir Atiah
  14. Imam Khatib di Masjid Usman, Damsyik dan Masjid Iman, Dir Atiah.

Pendirian

Dalam bidang Akidah, Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada kelompok Asyairah dan Maturidiah. Menurut beliau mengikut salah satu daripada 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali) adalah tidak wajib.[perlu rujukan]

Karya-karya

Beliau banyak menulis karya-karya agung. Antara karya-karya beliau ialah:[3]

  1. al-Fiqh al-Islāmīwa Adillatuh
  2. Āthār al-Ḥarb  fī al-Fiqh  al-Islāmī
  3. al-Tafsīr al-Munīr fī al-‘Aqīdah wa al-Sharī‘ah wa al-Manhaj
  4. Usul al-Fiqh al-Islami .
  5. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.
  6. al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.
  7. al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen.
  8. al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.
  9. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam.
  10. Asl Muqaranit al-Adyan.
  11. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.
  12. Al-Fiqh al-Hanbali al-Muyassar
  13. Al-Fiqh al-Hanafi al-Muyassar
  14. al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar
  15. al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki

Rujukan

  1. ^ Helmy, Elissa (2011-05-14). "Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqasid Syariah". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-11-29.
  2. ^ a b Damanhuri, Damanhuri (2023-04-25). "The Existence and Form of Tafsir al-Munir by Wahbah al-Zuhaili". Jurnal Ilmiah Al-Mu'ashirah: Media Kajian Al-Qur'an dan Al-Hadits Multi Perspektif (dalam bahasa Inggeris). 20 (1): 230–238. doi:10.22373/jim.v20i1.17577. ISSN 2599-2619.
  3. ^ a b c d e Daud, Mahyudin; Abdullah, Ahmad Najib (2015-12-31). "Sumbangan Wahbah al-Zuḥaylī dalam Ilmu Tafsir al-Quran: Tinjauan Terhadap Karya al-Tafsīr al-Munīr fī al-'Aqīdah wa al-Sharī'ah wa al-Manhaj". Jurnal Usuluddin (dalam bahasa Inggeris). 42: 25–50. doi:10.22452/usuluddin.vol42no1.2. ISSN 0128-0708.
  4. ^ a b c Sirojiddin SHODMONOV (Mac 2024). "Biography and scientific heritage of wahba zuhayli". EPRA International Journal of Research & Development (IJRD) (dalam bahasa Inggeris). doi:10.36713/epra2016.

Read other articles:

Metro station in Barcelona, Spain MontbauBarcelona Metro rapid transit stationStation platformsGeneral informationLocationBarcelona (Horta-Guinardó)Coordinates41°25′48″N 2°8′41″E / 41.43000°N 2.14472°E / 41.43000; 2.14472Owned byTransports Metropolitans de BarcelonaPlatforms2 side platformsTracks2ConstructionStructure typeUndergroundOther informationFare zone1 (ATM)HistoryOpened1985Services Preceding station Metro Following station Vall d'Hebrontowards Zon...

 

Pour les articles homonymes, voir Antipas. AntipasNom officiel (en) Municipality of AntipasGéographiePays  PhilippinesGroupe d'îles Mindanao (en)Région SoccsksargenProvince CotabatoSuperficie 552,5 km2Altitude 323 mCoordonnées 7° 14′ 37″ N, 125° 03′ 10″ EDémographiePopulation 26 817 hab. (2020)Densité 48,5 hab./km2 (2020)FonctionnementStatut MunicipalitéIdentifiantsCode postal 9414Indicatif téléphonique 64Site web www.ant...

 

Координати: 56°49′38″ пн. ш. 60°36′12″ сх. д. / 56.82722° пн. ш. 60.60333° сх. д. / 56.82722; 60.60333 Геологічна Єкатеринбурзький метрополітен Платформа станціїЗагальні даніТип односклепінна глибокого закладенняГлибина закладення 30 мКількість 1Тип ОстрівнаФо

العلاقات الإثيوبية النيبالية إثيوبيا نيبال   إثيوبيا   نيبال تعديل مصدري - تعديل   العلاقات الإثيوبية النيبالية هي العلاقات الثنائية التي تجمع بين إثيوبيا ونيبال.[1][2][3][4][5] مقارنة بين البلدين هذه مقارنة عامة ومرجعية للدولتين: وجه المقارنة إ

 

Dieser Artikel behandelt den Staat der Komoren, zu der diesen Staat bildenden Inselgruppe siehe Archipel der Komoren. Union der Komoren Udzima wa Komori (komorisch)الاتحاد القمري (arabisch)Union des Comores (französisch) al-Ittiḥād al-Qumurī (arabisch) Flagge Siegel Wahlspruch: وحدة، تضامن، تنمية / waḥda, taḍāmun, tanmiya (Arabisch)Unité – Solidarité – Développement (Französisch)„Einigkeit, Solidarität, Entwicklung“ Amtssprache Komorisch...

 

O torneio de futebol nos Jogos Sul-Americanos de 2014 ocorreu entre 08 e 17 de março. Houve um evento masculino com seis equipes e um evento feminino com sete equipes. Calendário Março 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Futebol FF MF Disputa masculina Disputa feminina MF= Final MasculinaFF= Final Feminina Resultados Feminino Equipes classificadas à semifinal Equipes eliminadas Grupo A Equipe Pts J V E D GF GC SG  Chile 6 2 2 0 0 3 0 +3  Argentina 3 2 1 0 1 4 1 +3  Bolí...

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Maret 2023. ZarganarZarganar berpidato di Freedom Film Festival, Yangon, Myanmar pada 1 Januari 2012.Nama asal(Myanmar)LahirThura27 Januari 1961 (umur 62)Rangoon, BurmaAlmamaterUniversitas Kedokteran Gigi YangonPerguruan Tinggi Negeri No. 1 DagonPekerjaanP...

 

American musician (1870–1952) Uncle Dave MaconBackground informationBirth nameDavid Harrison MaconAlso known asDixie DewdropBornOctober 7, 1870Smartt Station, Tennessee, USOriginNashville, TennesseeDiedMarch 22, 1952(1952-03-22) (aged 81)Murfreesboro, Tennessee USGenresOld-time musicOccupation(s)MusiciansingersongwritercomedianInstrument(s)Banjo, vocalsYears active1880s–1952Musical artist David Harrison Macon (October 7, 1870 – March 22, 1952), known professionally as Uncle Dave Ma...

 

Aircraft design in which the propeller is mounted on the front and pulls the craft forward This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Tractor configuration – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2011) (Learn how and when to remove this template message) The Cessna 172, a tractor configur...

Language used in correctional institutions Clink Street, London. Site of Clink Prison, one of England's oldest prisons and origin of the slang In Clink. Now home to a museum of the prison, the remains of Winchester Palace and a Starbucks. Prison slang is an argot used primarily by criminals and detainees in correctional institutions. It is a form of anti-language.[1] Many of the terms deal with criminal behavior, incarcerated life, legal cases, street life, and different types of inma...

 

Biografi ini tidak memiliki sumber tepercaya sehingga isinya tidak dapat dipastikan. Bantu memperbaiki artikel ini dengan menambahkan sumber tepercaya. Materi kontroversial atau trivial yang sumbernya tidak memadai atau tidak bisa dipercaya harus segera dihapus.Cari sumber: Narova Morina Sinaga – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR (Pelajari cara dan kapan saatnya untuk menghapus pesan templat ini) Ini adalah nama Batak Toba/Simalungun, m...

 

Vị trí tại Vân Lâm Bắc Cảng (tiếng Trung: 北港鎮; bính âm: Běigǎng Zhèn) là một trấn của huyện Vân Lâm, tỉnh Đài Loan, Trung Hoa Dân Quốc (Đài Loan). Trấn nằm ven sông Bắc Cảng và xưa kia là nơi cư trú của bộ tộc Hoanya. Trên địa bàn trấn có trụ sở của trường Đại học Y-Dược Trung Quốc và miếu Triêu Thiên Bắc Cảng nổi tiếng. Tổng diện tích của Bắc Cảng là 41,4999 km²,...

Fast Web MediaIndustryMarketingFounded7 July 1994 (as Fleetness 202)HeadquartersManchester, EnglandParentInc & Co GroupWebsitefastweb.media Fast Web Media is a Manchester-based marketing agency. The company provides digital marketing services, specialising in SEO, technical development, design and UX, content and social media. History Founded in 1994, Fast Web Media (then known as Fleetness 202 and later as Hercules Communications) initially focused on website development, with one of its...

 

This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Wild Wild Life – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this template message) 1986 single by Talking HeadsWild Wild LifeSingle by Talking Headsfrom the album True Stories ReleasedAugust 1986[1]Genre Ne...

 

Path along which the observer counts and records occurrences of the subjects of the survey For the urban planning approach, see Transect (urban). A transect running across a stream. A transect is a path along which one counts and records occurrences of the objects of study (e.g. plants).[citation needed] There are several types of transect. Some are more effective than others.[1] It requires an observer to move along a fixed path and to count occurrences along the path and, at...

Commercial district in Washington, D.C., USA 38°52′50″N 76°59′42″W / 38.880436°N 76.994973°W / 38.880436; -76.994973 Restaurants and stores line the street along Barracks Row. Barracks Row is a commercial strip along 8th Street SE that connects the Navy Yard and Capitol Hill neighborhoods in the Southeast Quadrant of Washington, D.C., south of Eastern Market, between M Street SE and Pennsylvania Avenue SE. The area takes its name from the Marine Barracks, a...

 

Chinese artist (932–962) Not to be confused with the various places named Dongyuan. Dong YuanDetail from Xiao and Xiang Rivers, permanent collection at the Palace Museum. This painting is often considered to be one of Dong Yuan's greatest masterpieces, and it illustrates the revolutionary impressionism he had achieved by means of broken ink washes and the elimination of the outline.[1]Bornc. 932NanjingDiedc. 962NationalityChineseKnown forPaintingMovementSouthern Tang, Jiangnan ...

 

Historic house in Kentucky, United States United States historic placeLittle LoomhousesU.S. National Register of Historic Places Wisteria CabinShow map of KentuckyShow map of the United StatesLocationLouisville, KentuckyCoordinates38°9′27.71″N 85°46′14.62″W / 38.1576972°N 85.7707278°W / 38.1576972; -85.7707278Built1870NRHP reference No.75000770[1]Added to NRHPJune 30, 1975 The Little Loomhouse is a place on the National Register of Histori...

East German ski jumper You can help expand this article with text translated from the corresponding article in German. (March 2022) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the German article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machine-translated text in...

 

Horror fiction tabletop role-playing game supplement King of ChicagoCover art by Charlie KrankDesignersGary SumpterUgo BardiL.N. IsinwyllTadashi EharaEarl GeierPublishersChaosiumPublication1994; 29 years ago (1994)GenresHorrorSystemsBasic Role-PlayingISBN1-56882-020-8 King of Chicago is a set of two adventures published by Chaosium in 1994 for the horror role-playing game Call of Cthulhu, itself based on the stories of H.P. Lovecraft. Description King of Chicago contains two...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!