Xi'an

Xi'an
西安市
Pemandangan Xi'an
Pemandangan Xi'an
Kedudukan Xi'an di Shaanxi
Kedudukan Xi'an di Shaanxi
Koordinat: 34°15′54″N 108°57′14″E / 34.265°N 108.954°E / 34.265; 108.954Koordinat: 34°15′54″N 108°57′14″E / 34.265°N 108.954°E / 34.265; 108.954
NegaraChina
WilayahShaanxi
Pentadbiran
 • Setiausaha PartiWang Hao
Keluasan
 • Bandar1,088 km2 (420 batu persegi)
Penduduk
 (2017)[2]
 • Bandar Raya12,000,600
 • Bandar
7,135,000
Zon waktuUTC+8
Laman sesawanghttp://www.xa.gov.cn/

Xi'an (Bahasa Cina: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; ejaan peta pos: Sian[3]; nama lamanya adalah Cháng'ān[3]), ialah ibu negeri Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat China dan juga sebuah bandar sub-provinsi. Sebagai salah satu kota tertua di China, Xi'an merupakan salah satu Empat Ibu Negara Purba China kerana bandar ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti China yang paling berpengaruh,[4] termasuk Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang.[4] Xi'an adalah titik paling timur dari Jalan Sutera dan dikenal sebagai tapak bersejarah Tentera Terracotta dari masa Dinasti Qin.[3] Bandar Xi'an memiliki sejarah lebih dari 3,100 tahun dan dikenali sebagai Chang'an (Cina Tradisional: 長安, Cina Ringkas: 长安, pinyin: Cháng'ān; harf. "Kedamaian Abadi") sebelum era Dinasti Ming.[3]

Sejak tahun 1990-an, sebagai sebahagian dari tonggak kebangkitan ekonomi pedalaman China terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, bandar Xi'an telah maju sebagai sebuah pusat kebudayaan, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai kemudahan penyelidikan dan pembangunan untuk ilmu pengetahuan, ketenteraan dan program angkasa lepas China.

Sejarah

Tengkorak yang dijumpai di Banpo, kini disimpan di Muzium Banpo Xi'an.

Prasejarah

Beberapa penemuan artifak prasejarah wujud di Xi'an. Orang Lantian yang dianggarkan berusia 500 ribu tahun dauhlu ditemui pada 1963. Sebuah tinggalan kampung zaman Neolitik, Banpo dijumpai pada 1953 dan dianggarkan berusia kira-kira 6,500 tahun. Kawasan kampung purba itu kini dijadikan sebagai muzium.

Zaman dinasti

Ketika zaman dinasti Zhou Barat, ibu kota dinasti ini, Zhōngzhōu ditubuhkan di kawasan barat daya Xi'an. Pada 770 SM, ibu kota dipindahkan ke Luoyang akibat situasi dinasti yang tidak aman.

Setelah China disatukan dalam dinasti Qin, Xianyang, kini di barat laut Xi'an dijadijan sebagai ibu kota.[5] Qin Shi Huang, maharaja pertama China mengarahkan pembinaan Tentera Terracotta serta makamnya di timur Xi'an sejurus selepas baginda menaiki takhta.[6]

Pada zaman dinasti Han, maharaja pertama dinasti, Liu Bang, menetapkan ibu kota dinasti di Chang'an pada 202 SM. Baginda membina Istana Changle dan dua tahun kemudian, membina Istana Weiyang yang berkeluasan 4.8 kilometer persegi.[7] Tembok bandar Xi'an mula dibina pada 194 SM dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Peta Chang'an ketika zaman dinasti Tang.

Pada 582 M, dinasti Sui berjaya menyatukan China selepas China mengalami huru-hara selama beberapa abad. Maharaja Sui mengarahkan pembinaan Daxing, ibu kota dinasti di tenggara kawasan ibu kota Han. Daxing terdiri daripada tiga kawasan, bandar imperial, kawasan istana dan kawasan orang awam. Pada masa ini, Daxing ialah bandar terbesar dunia dengan keluasan 84 km2 di dalam tembok bandar. Pada zaman dinasti Tang, bandar ini dinamakan semula sebagai Chang'an.[8]

Peristiwa Pemberontakan An Lushan menyebabkan Chang'an ditawan pada tahun 756, menyebabkan kebanyakan penduduk melarikan diri dari Chang'an dan selepas pemberontakan, sistem birokrasi Chang'an menjadi lemah.[9] Pada akhir dinasti Tang, pihak pemberontak Huang Chao menjatuhkan Chang'an pada tahun 880, menyebabkan kebanyakan kawasan Chang'an musnah. 25 tahun kemudian, serangan oleh pihak Zhu Quanchong menyebabkan ibu kota China dipindahkan ke Luoyang.[10]

Ketika dinasti Ming, sebuah tembok baharu telah dibina pada 1370, dan merupakan tembok yang kekal hingga kini. Selain itu, sebuah parit juga dibina di bahagian luar tembok.

Zaman moden

Semasa Revolusi Xinhai paad Oktober 1911, para pendukung revolusi menyerang kubu Manchu di Xi'an, menyebabkan kira-kira 20,000 orang Manchu terkorban lalu melenyapkan penduduk Manchu di Xi'an.

Pada 1928, pihak Kuomintang menetapkan sempadan Chang'an dan Chengguan dan menubuhkan bandar Xi'an moden. Dua tahun kemudian, nama bandar ini ditukar kepada Xijing. Pada 1936, berlakunya Insiden Xi'an ketika Perang Saudara China yang membawa kepada kerjasama sementara antara Kuomintang dan Parti Komunis China untuk menumpukan perhatian kepada serangan Jepun di China.[11] Pada 20 Mei 1949, pihak Tentera Pembebasan Rakyat menawan Xi'an daripada kuasa Kuomintang.[12] Pada 25 Mei, Kerajaan Rakyat Xi'an ditubuhkan dan Tuofu Jia dilantik sebagai ketua bandar Xi'an pertama.[13]

Geografi

Xi'an berkedudukan di tanah pamah Guanzhong di kawasan selatan wilayah Shaanxi. Tanah pamah ini diterbitkan daripada lapan batang sungai di sekeliling tanah tersebut. Bandar ini berketinggian purata sebanyak 400 meter di atas paras laut dengan taburan hujan purata tahunan sebanyak 553 mm.

Iklim Xi'an adalah bersifat sederhana dan dipengaruhi oleh monsun Asia Timur. Kebanyakan taburan hujan berlaku dari Julai hingga lewat Oktober, dan ribut petir yang kerap dan pendek berlaku ketika musim panas. Salji kadangkala turun ketika musim sejuk tetapi jarang bertahan lama. Ribut debu lazim berlaku pada bulan Mac dan April.

Data iklim untuk Xi'an (purata 1981–2010, ekstrem 1951–2013)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 17.0
(62.6)
24.1
(75.4)
31.3
(88.3)
34.9
(94.8)
38.6
(101.5)
41.8
(107.2)
41.0
(105.8)
40.0
(104.0)
38.5
(101.3)
34.1
(93.4)
24.5
(76.1)
21.6
(70.9)
41.8
(107.2)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 5.1
(41.2)
8.9
(48.0)
14.4
(57.9)
21.5
(70.7)
26.6
(79.9)
31.4
(88.5)
32.4
(90.3)
30.3
(86.5)
25.6
(78.1)
19.3
(66.7)
12.4
(54.3)
6.3
(43.3)
19.5
(67.1)
Purata suhu harian, °C (°F) 0.3
(32.5)
3.6
(38.5)
8.7
(47.7)
15.4
(59.7)
20.5
(68.9)
25.3
(77.5)
27.0
(80.6)
25.1
(77.2)
20.3
(68.5)
14.1
(57.4)
7.2
(45.0)
1.5
(34.7)
14.1
(57.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −3.3
(26.1)
−0.4
(31.3)
4.1
(39.4)
10.3
(50.5)
15.1
(59.2)
19.9
(67.8)
22.3
(72.1)
21.0
(69.8)
16.5
(61.7)
10.2
(50.4)
3.2
(37.8)
−2.2
(28.0)
9.7
(49.5)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −20.6
(−5.1)
−18.7
(−1.7)
−7.6
(18.3)
−4
(25)
3.5
(38.3)
9.2
(48.6)
15.1
(59.2)
12.1
(53.8)
4.8
(40.6)
−1.9
(28.6)
−16.8
(1.8)
−19.3
(−2.7)
−20.6
(−5.1)
Purata kerpasan, mm (inci) 6.7
(0.26)
9.8
(0.39)
27.1
(1.07)
37.5
(1.48)
54.9
(2.16)
64.5
(2.54)
97.5
(3.84)
78.6
(3.09)
94.1
(3.70)
61.7
(2.43)
21.5
(0.85)
7.3
(0.29)
561.2
(22.1)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.1 mm) 3.4 4.0 6.4 7.8 8.2 8.8 9.9 10.0 11.6 9.9 5.5 3.6 89.1
Purata kelembapan relatif (%) 65 62 64 64 65 61 68 75 77 76 73 68 68
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 88.4 96.1 116.6 142.8 169.5 179.7 181.1 168.1 121.0 98.9 92.4 81.0 1,535.6
Peratus mungkin sinaran matahari 32 34 33 38 40 43 44 47 34 32 32 31 37
Sumber: Pentadbiran Meteorologi China,[14] Data cuaca ekstrem[15]

Demografi

Penduduk

Populasi Xi'an setakat 2015 ialah kira-kira 8.7 juta orang, dengan 51.66% jumlah penduduk Xi'an adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan.[16] Majoriti penduduk Xi'an ialah adalah berbangsa Han, dan etnik Hui ialah etnik minoriti terbesar di Xi'an.

Agama

Agama majoriti penduduk Xi'an ialah agama-agama tradisional China dan Taoisme. Bandar ini memiliki banyak tokong utama serta tokong kecil. Tokong Buddha Cina dan Tibet juga banyak dibina di bandar ini.

Xi'an memperoleh pengaruh Islam sejak abad ketujuh apabila Maharaja Gaozong dari Dinasti Tang membenarkan amalan Islam pada 651 M. Bandar ini memiliki kumpulan Muslim yang ketara, kebanyakannya daripada golongan Hui dengan jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang.[17] Beberapa masjid dibina di Xi'an dengan masjid paling utama ialah Masjid Agung Xi'an.

Pendidikan

Kampus Universiti Xi'an Jiaotong.

Xi'an ialah salah satu daripada bandar-bandar pendidikan tinggi utama China. Xi'an mempunyai 37 buah institut pengajian tinggi (IPT) awam, 36 buah IPT swasta dan lapan buah akademi tentera, yang merangkumi kira-kira 200 ribu orang pelajar di Xi'an.[18] Universiti Xi'an Jiaotong tergolong dalam Liga C9, kumpulan sembilan buah universiti elit China.

Pengangkutan

Kereta api

Xi'an memiliki enam buah stesen kereta api penumpang, dan stesen kereta api Xi'an serta stesen kereta api Xi'an Utara ialah stesen kereta api utama bandar. Stesen kereta api ini ialah salah satu stesen api utama negara, serta hab pengangkutan utama wilayah Shaanxi. Stesen ini berkeluasan 597,000 meter persegi dengan lima buah platform penumpang dan 24 batang landasan. Stesen kereta api Xi'an Utara siap pada 11 Januari 2011 dan terdiri daripada 34 batang landasan, menjadikan stesen ini sebagai stesen kereta api terbesar di kawasan barat laut China.

Selain itu, stesen-stesen yang terdapat di Xi'an ialah:

  • Xi'an Barat
  • Xi'an Timur
  • Xi'an Selatan
  • Sanmincun
  • Fangzhicheng

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang terletak berdekatan Xi'an, yakni di daerah Weicheng di Xianyang, kira-kira 41 km barat laut dari pusat bandar Xi'an.[19] Lapangan terbang ini ialah salah satu lapangan terbang utama China, berkeluasan kira-kira lima kilometer persegi, memiliki dua batang landasan dan tiga buah terminal. Lapangan terbang ini ialah hab syarikat-syarikat penerbangan Joy Air and Hainan Airlines.[20]

Kebudayaan

Semangkuk sup Paomo.

Masakan

Paomo, sejenis sup kambing yang ditambah dengan roti ialah masakan yang lazim di Xi'an. Selain itu, mi Biangbiang yang terkenal dengan aksara Cina yang rumit juga lazim dijumpai di bandar ini.[21]

Hubungan antarabangsa

Bandar kembar

Xi'an menjalin hubungan bandar kembar dengan:


Rujukan

  1. ^ Cox, W (2018). Demographia World Urban Areas. 14th Annual Edition (PDF). St. Louis: Demographia. m/s. 22. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Mei 2018. Dicapai pada 16 November 2017.
  2. ^ 西安市2015年国民经济和社会发展统计公报. www.xatj.gov.cn/. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2016. Dicapai pada 2016-05-12.
  3. ^ a b c d "Xi'an". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2008-09-03. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ a b "Xi'an". Encarta. 1993-2008. 2008-09-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada 2009-07-16. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ 中国古今地名大词典 (dalam bahasa Cina). Shanghai: 上海辞书出版社. 2005. m/s. 2134.
  6. ^ O. Louis Mazzatenta (2009-10-09). "Emperor Qin's Terracotta Army". National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2014. Dicapai pada May 28, 2014.
  7. ^ "Weiyang Palace: the Largest Palace Ever Built on Earth". Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2016. Dicapai pada November 4, 2014.
  8. ^ "History of Xi'an" (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-11. Dicapai pada 2011-02-22.
  9. ^ DeBlasi, Anthony (2001). "Striving for Completeness: Quan Deyu and the Evolution of the Tang Intellectual Mainstream". Harvard Journal of Asiatic Studies. Harvard-Yenching Institute. 61 (1): 5–36. doi:10.2307/3558586. JSTOR 3558586.
  10. ^ Cartwright, Mark (12 Julai 2017). "Chang'an". Ancient History Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ Guo Rugui, 《中国抗日战争正面战场作战记》 ,第二部分:从“九一八”事变到西安事变 绥远抗战的巨大影响和军事上的经验
  12. ^ "Public Government Policy" (dalam bahasa Cina). City of Xi'an. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2011-02-22.
  13. ^ "第一任市长贾拓夫(图)". 华商报网络版.
  14. ^ 中国气象局 国家气象信息中心 (dalam bahasa Cina). Pentadbiran Meteorologi China. Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-16. Dicapai pada 2009-03-17.
  15. ^ "Extreme Temperatures Around the World". Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 4, 2014. Dicapai pada Februari 21, 2013.
  16. ^ 西安人口 [Xi'an population] (dalam bahasa Cina). City of Xi'an. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-22. Dicapai pada 2007-05-16.
  17. ^ Zhang, Zhizhong. 中国七大中心城市人口资源大调查 [Population survey of the seven central cities of China]. National Family Planning Commission. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2015. Dicapai pada August 21, 2013.
  18. ^ 西安文化概要,中国历史文化遗产保护网。
  19. ^ 陕西年鉴1992 [Shaanxi Yearbook 1992] (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2014.
  20. ^ Kuan, Albert (20 December 2018). "Hainan Airlines Announces Xi'an Service From Los Angeles - 20 December 2018".
  21. ^ 西安麵館美食地圖,大秦網,騰訊

Pautan luar

Read other articles:

Besetztes Haus in Stuttgart (2005) Eine Hausbesetzung ist eine rechtlich nicht zulässige Inbesitznahme eines leerstehenden Gebäudes und seine Verwendung als Wohnraum oder Veranstaltungsraum. Inhaltsverzeichnis 1 Allgemeines 2 Ursachen und Unterscheidungen 3 Chronik von Hausbesetzungen in verschiedenen Ländern und Städten 3.1 Dänemark 3.2 Deutschland 3.2.1 Hamburg 3.2.2 Ostdeutschland 3.3 Großbritannien 3.4 Niederlande 3.5 Österreich 3.5.1 Chronik 3.6 Schweiz 3.7 Spanien 3.8 USA 4 Juris...

 

سفارة السويد في بوليفيا السويد بوليفيا   الإحداثيات 16°30′25″S 68°07′39″W / 16.506965°S 68.127437°W / -16.506965; -68.127437 البلد بوليفيا  المكان لاباز الموقع الالكتروني الموقع الرسمي  تعديل مصدري - تعديل   سفارة السويد في بوليفيا هي أرفع تمثيل دبلوماسي[1] لدولة السويد ل...

 

日本とモザンビークの関係 日本 モザンビーク 日本とモザンビークの関係(ポルトガル語: Relações entre Japão e Moçambique、英語: Japan–Mozambique relations) では、日本とモザンビークの関係について概説する。 両国の比較 モザンビーク 日本 両国の差 人口 3036万6036人(2019年)[1] 1億2626万人(2019年)[2] 日本はモザンビークの約4.2倍 国土面積 79万9000 km²[3&...

Musical artist (born 1990) Not to be confused with Laura White (singer). This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article may be written from a fan's point of view, rather than a neutral point of view. Please clean it up to conform to a higher standard of quality, and to make it neutral in tone. (January 2017) (Learn how and when to remove this template message) This biography...

 

Elvira NataliLahir25 Desember 1996 (umur 26)Jakarta, IndonesiaAlmamaterSMA Xaverius Bandar Lampung, Universitas Prasetiya MulyaPekerjaanpenulis, aktrisTahun aktif2014-sekarangSuami/istriBilly Marvel (adik)Orang tuaFrickvan (ayah) Christina Kurniati (ibu) Elvira Natali (lahir 25 Desember 1996) merupakan seorang aktris dan penulis novel berkebangsaan Indonesia.[1] Dia merupakan penulis novel Janji Hati yang menjadi best-seller di Indonesia. Selain itu, ia juga turut bermain da...

 

Acidosasa Acidosasa notataTaksonomiDivisiTracheophytaSubdivisiSpermatophytesKladAngiospermaeKladmonocotsKladcommelinidsOrdoPoalesFamiliPoaceaeSubfamiliBambusoideaeTribusArundinarieaeGenusAcidosasa Keng f., 1982 Tata namaSinonim takson Metasasa W.T.Lin Acidosasa Chu & Chao 1979, tidak dipublikasikan secara valid[1][2][3] Ex taxon author (en) C.D.Chu dan C.S.Chao lbs Acidosasa adalah genus bambu dalam famili rumput yang berasal dari Asia Timur.[4][5]&...

Hospital in California, United StatesProvidence Cedars-Sinai Tarzana Medical CenterGeographyLocationTarzana, San Fernando Valley, California, United StatesCoordinates34°10′13″N 118°31′55″W / 34.17034°N 118.53181°W / 34.17034; -118.53181OrganizationFundingNon-profit organizationTypeCommunityNetworkProvidence Health & ServicesServicesBeds245HistoryOpened2008LinksWebsitewww.providence.org/tarzanaListsHospitals in California The Providence Cedars-Sinai Tarz...

 

English operatic soprano Mignon Nevada as Ophelia in Ambroise Thomas's opera, Hamlet, circa 1910. Mignon Nevada (14 August 1886 – 25 June 1971) was an English operatic soprano. She was born in Paris, daughter of the American operatic soprano Emma Nevada and her English husband Raymond Palmer. She was named after the title character of the 1866 opera Mignon, written by her godfather, French composer Ambroise Thomas. Her voice was light and agile, and her mother trained her to be a coloratura...

 

For other uses, see Skyhawk. Skyhawks opening screen Skyhawks was a 17-episode television cartoon series sponsored by Mattel Toys.[1] Each half-hour episode consisted of two adventures. The series originally aired from September 6, 1969 to September 4, 1971 on ABC. It was a Pantomime Picture Production and is distributed by CBS Television Distribution.[2] Plot Skyhawks, Inc. was a family-run air transport and rescue service based at San Marcos Field in Southern California, and...

British TV series or programme PsychosGenreMedical dramaWritten byDavid WolstencroftDirected byJohn McKayAndy WilsonDanny HillerStarringDouglas HenshallNeve McIntoshAlastair MackenzieAlison PeeblesIain FraserIndira VarmaJenny McCrindleElaine CollinsCountry of originUnited KingdomOriginal languageEnglishNo. of series1No. of episodes6 (list of episodes)ProductionProducerChrissy SkinnsCinematographyPeter RobertsonEditorFergus MacKinnonRunning time50 minutesProduction companyKudosOriginal re...

 

United States historic placeCity HallU.S. National Register of Historic PlacesU.S. Historic districtContributing property Location in ArkansasShow map of ArkansasLocation in United StatesShow map of the United StatesLocation316 W. Hale St., Osceola, ArkansasCoordinates35°42′10″N 89°58′15″W / 35.70278°N 89.97083°W / 35.70278; -89.97083Arealess than one acreBuilt1936 (1936)Built byWorks Progress AdministrationPart ofHale Avenue Historic District (ID08000...

 

Bere Mill, 1996 Laverstoke Mill, 2011 Overton Mill, 2010 Portals is a British papermaking company that has had two distinct existences as an independent business, from 1711 to 1995, and from 2018 onwards. It has been variously known as Portals Limited, Portals Paper Limited, and Portals De La Rue Limited, and currently as Portals International Limited. The present company, based at Bathford, Somerset, specialises in paper for banknotes and other security applications such as passports. Betwee...

Security padding phrase used during the Battle of Leyte Gulf This article is about the security padding phrase from the Battle of Leyte Gulf. For the natural and constructed phenomena and structures of the world, see Wonders of the World. Nimitz (left) and Halsey in 1943 The world wonders is a phrase which rose to notoriety following[a] its use during World War II when it appeared as part of a decoded message sent by Fleet Admiral Chester Nimitz, Commander in Chief, U.S. Pacific Fleet...

 

1948 British film by David Lean Oliver TwistTheatrical release posterDirected byDavid LeanWritten byDavid LeanStanley HaynesBased onOliver Twist 1837 novelby Charles DickensProduced byRonald NeameAnthony Havelock-AllanStarring Alec Guinness Robert Newton Kay Walsh John Howard Davies Anthony Newley Diana Dors CinematographyGuy GreenEdited byJack HarrisMusic byArnold BaxProductioncompanyCineguildDistributed byGeneral Film DistributorsRelease date22 June 1948 (London)[1]Running time116 m...

 

ベンジャミン・パヴァール フランス代表でのパヴァール(2018年)名前本名 バンジャマン・ジャック・マルセル・パヴァールBenjamin Jacques Marcel Pavardラテン文字 Benjamin Pavard基本情報国籍 フランス生年月日 (1996-03-28) 1996年3月28日(27歳)出身地 モブージュ身長 186cm[1]体重 81kg[1]選手情報在籍チーム インテル・ミラノポジション DF (CB, RSB)背番号 28利き足 右足ユー...

American weightlifter (1924–2016) Norbert SchemanskyJames Bradford, Yury Vlasov and Norbert Schemansky at the 1960 OlympicsPersonal informationNicknameNorbNationalityAmericanBorn(1924-05-30)May 30, 1924Detroit, Michigan, U.S.DiedSeptember 7, 2016(2016-09-07) (aged 92)Dearborn, Michigan, U.S.Height181 cm (5 ft 11 in)Weight90–121 kg (198–267 lb)SportSportOlympic weightliftingEvent(s)Clean and pressSnatchClean and jerkClubYork Barbell ClubTurned pro1947Retired...

 

For other places with the same name, see Śródka. Village in Greater Poland Voivodeship, PolandŚródkaVillageŚródkaCoordinates: 52°18′N 17°7′E / 52.300°N 17.117°E / 52.300; 17.117Country PolandVoivodeshipGreater PolandCountyPoznańGminaKleszczewoPopulation267Time zoneUTC+1 (CET) • Summer (DST)UTC+2 (CEST)Vehicle registrationPZVoivodeship roads Śródka [ˈɕrutka] is a village in the administrative district of Gmina Kleszczewo, within Pozna...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (مارس 2023) كأس السوبر( الفاتيكان ) Super Coppa (Vatican City) هي كأس سنوية لمباراة كرة القدم المحلية لفرق مدينة الفاتيكان. عْقد كأس السوبر الافتتاحي عام 2005.[1] يتنافس على كأس السو...

Imam Edy MulyonoDuta Besar Indonesia untuk Venezuela ke-12PetahanaMulai menjabat 14 September 2020PresidenJoko WidodoPendahuluMochammad Luthfie Witto'engKepala Staf Komando Cadangan Strategis Angkatan DaratMasa jabatan27 Oktober 2017 – 4 Desember 2017PendahuluBenny SusiantoPenggantiM Bambang Taufik Informasi pribadiLahir24 Maret 1961 (umur 62)Kutoarjo, Purworejo, Jawa TengahAlma materAkademi Militer (1984)Karier militerPihak IndonesiaDinas/cabang TNI Angkatan Dara...

 

Administrator Wilayah UtaraLambang AdministratorPetahanaVicki O'HalloranAOsejak 31 Oktober 2017Kantor AdministratorGelarHer Honour the HonourableKediamanGovernment House, Darwin,KantorDarwinDicalonkan olehKetua MenteriDitunjuk olehGubernur Jenderal Australiaatas saran Ketua MenteriMasa jabatanAt the Governor-General's pleasure(biasanya 5 tahun oleh konvensi)Dibentuk12 Juni 1931Pejabat pertamaJohn A. GilruthSitus webgovhouse.nt.gov.au Administrator Wilayah Utara adalah pejabat yang ditunj...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!