Joy Air (幸福航空) (Xìngfú Hángkōng) ialah syarikat penerbangan dari China yang dilancarkan bersama oleh Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan AVIC I pada Tarikh 29 Mac 2008 [1] berpusat di Xi'an . Syarikat penerbangan itu memulakan perkhidmatan ujian pada Bulan Jun 2009, dan memulakan perkhidmatan penumpang pada akhir Tahun 2009. [2]
Syarikat penerbangan itu mula terbang pada Tarikh 1 Jun 2009 dengan armada 3 Pesawat MA-60 turboprop. [3] Syarikat penerbangan ini memberi tumpuan di bahagian barat laut China. Syarikat penerbangan itu menguji pesawatnya hingga akhir Tahun 2009 ketika memulakan perkhidmatan penumpang dengan 4 Pesawat turboprop MA-60. Syarikat ini dimiliki terutamanya oleh Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines, dan selebihnya dimiliki oleh Kumpulan AVIC. Syarikat Penerbangan China Eastern merancang menjual sebahagian besar sahamnya untuk menjana wang bagi syarikat itu. Syarikat Penerbangan Joy Air dijangka memiliki 50 Pesawat ACAC ARJ 21 dan 50 Pesawat MA-60 dalam 8 tahun. [4]
Syarikat Penerbangan Joy Air dan Syarikat Penerbangan Okay Airways diumumkan sebagai pelanggan pelancaran untuk pesawat siri Xian MA700 dan akan terlibat dengan pengembangan pesawat tersebut, yang akan membuat penerbangan sulungnya pada Tahun 2017. [5]