Luas ACT ialah 2,358 km2 dan kesemuanya adalah wilayah daratan menjadikan ACT sebagai satu-satunya wilayah di Australia yang tidak memiliki batas laut. Satu-satunya batas darat ACT ialah wilayah New South Wales yang mengelilingi ACT di semua sisi.
Suku penduduk asliAustralia yang mendiami daerah ACT adalah Ngunnawal, Walgalu dan Ngarigo, jauh sebelum kedatangan orang Eropah pada 1820-an. Sejak 1824, berbagai pemukiman pendatang kulit putih mulai berkembang menjadi kota-kota kecil.
Tempat sekarang disepakati pada 1908 dengan memenuhi syarat bahawa wilayahnya diambil dari New South Wales dan terletak lebih dari 100 batu dari Sydney. Pertandigan reka bentuk antarabangsa untuk ACT diselenggarakan pada 1911 dengan pemenang bernama Walter Burley Griffin. Pemberian nama dan pembangunan rasmi dilaksanakan pada 12 Mac1913.
Pada 9 Mei1927, kerajaan persekutuan secara rasmi berpindah ke ACT dari Melbourne dengan berbagai jabatan menyusul kemudian.