Parti Buruh Australia atau Australian Labor Party (ALP) merupakan sebuah parti politik Australia.
Parti ini ditubuhkan pada tahun 1891 melalui kebangkitan pergerakan buruh Australia dan merupakan parti politik kebangsaan aktif tertua yang bertanding bagi kerusi dalam Pilihan raya Kebangsaan Australia 1901 selepas penubuhan persekutuan Australia. Parti ini kini bersaing dengan gabungan Parti Liberal Australia/Parti Nasional Australia bagi jawatan politik, terutama pada kerusi persekutuan dan negeri. Parti Buruh telah menjadi parti pembangkang sejak pilihan raya Australia 1996 selepas memegang kerajaan Australia sejak 1983. Parti Buruh telah menguasai kerajaan bagi kesemua enam negeri dan kedua-dua jajahan tanah besar sejak 6 Mac 2002, sebulan selepas pilihan raya legislatif Australia Selatan.
Pencapaian
Parti Buruh memenangi pilihan raya persekutuan 2007 yang berlangsung tanggal 24 November 2007, pimpinan parti ketika itu diketuai oleh Kevin Rudd, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Australia ke-26 selepas memenangi pilihan raya tersebut dan menamatkan kemarau 14 tahun gagal dalam mendapat mandat dari rakyat. Kali terakhir melalui pilhan raya persekutuan 1996. Tahun 2007 juga menunjukkan kecemerlangaan Parti Buruh memegang kuasa eksekutif pada semua peringkat secara serentak.
Polisi
Parti Buruh Australia ialah sebuah parti politik yang penting dalam bidang politik Australia. Sejak dahulu kebanyakan pengundi yang menyokong Parti Buruh Australia, atau biasanya dipanggil sebagai Buruh sahaja, terdiri dari kaum buruh dan kaum miskin. Biasanya kaum kaya dan ahli perniagaan kecil dan besar lebih suka menyokong Parti Liberal.
Kaitan antara Parti Buruh dengan Gerakan Kesatuan Sekerja sejak dahulu sangat rapat. Ramai ahli parlimen yang juga anggota Buruh pernah menjadi pegawai Kesatuan Sekerja sebelum memasuki Parlimen.
Bramble, Tom, and Rick Kuhn. Labor's Conflict: Big Business, Workers, and the Politics of Class (Cambridge University Press; 2011) 240 pages
Calwell, A.A. (1963). Labor's Role in Modern Society. Melbourne, Lansdowne Press
Faulkner, John; Macintyre, Stuart (2001). True Believers – The story of the Federal Parliamentary Labor Party. Sydney: Allen & Unwin. ISBN1-86508-609-6.CS1 maint: ref=harv (link)
McKinlay, Brian (1981). The ALP: A Short History of the Australian Labor Party. Melbourne: Drummond/Heinemann. ISBN0-85859-254-1.CS1 maint: ref=harv (link)
McMullin, Ross (1991). The Light on the Hill: The Australian Labor Party 1891–1991. South Melbourne: Oxford University Press Australia. ISBN0-19-553451-4.CS1 maint: ref=harv (link)