Pokok pain Pulau Norfolk, suatu tanda pulau yang digambarkan pada bendera wilayah ialah pokokmalar hijau yang tumbuh di pulau ini dan agak masyhur di Australia, di mana dua spesies pokok berkaitan juga tumbuh.
Bukti-bukti arkeologi mengesahkan kewujudan petempatan awal sebelum kedatangan penjelajah Eropah, tetapi sudah tiada apabila penjelajah tiba di pulau ini. Punca-punca kepupusan masyarakat awal pulau termasuk kedudukan pulau yang terasing serta hortikultur pulau yang tidak memberangsangkan.[1]
Demografi
Bancian pada 2016 menetapkan jumlah penduduk Pulau Norfolk pada 1,748 orang.[2] Bahasa yang digunakan di pulau ini ialah bahasa Inggeris dan suatu bahasa kreol Inggeris-Tahiti, bahasa Norfuk.