Terier rubah mainan atau fox terrier mainan[a] ialah satu bakaanjingterier yang langsung diturunkan daripada terier rubah licin yang lebih besar tetapi, sejak tahun 1936, ia telah didaftarkan di Amerika Syarikat dengan UKC sebagai baka terpisah.
Perihal
Penampilan
Terier rubah mainan ialah anjing kecil dengan penampilan berotot dan atletik. Trait ketara termasuk lapis licau pendek dan kebanyakannya putih, sekali dengan kepala yang kebanyakannya pepejal, dan ekor pendek dan terletak tinggi-tinggi. Baka ini telah dianggap elegan dan anggun dengan telinga berbentuk V dan mata besar. Ekornya dapat berukuran pendek dan bersifat lurus atau berukuran panjang dan bersifat bersinar dan para pembiak baka kerap memendekkan ekor beberapa hari selepas kelahiran dengan memotongnya kira-kira tiga perlima dari hujung (pada sendi ketiga atau keempat). Lapis bulunya pendek, halus, dan licau dengan warna hitam dengan sawo matang, dengan kawasan sawo matang pada muka; terdapat dua varian lain, salah satu dengan 'coklat' yang menggantikan warna hitam di kawasan (UKC tidak mengizinkan varian ini untuk ditunjukkan), lagi satu yang berwarna putih menyeluruh dengan sawo matang tanpa hitam langsung, dan satu lagi berwarna putih dengan tanda-tanda hitam tanpa kesan sawo matang. Varian-varian ini kerap dikenali sebagai 'triwarna', 'coklat', dan 'putih dan sawo matang', dan 'hitam dan putih" masing-masing. Ketinggian berkisar dalam lingkungan 8.5–11.5 inci (21.6–29.2 cm) dan berat pula dalam lingkungan 3.5–9 paun (1.6–4.1 kg).
Perangai
Terier rubah mainan pernah digunakan dengan lazim dalam pertunjukan sarkas oleh badut dan ia dikatakan sesuai sebagai pendamping hebat untuk pemilik yang mempunyai rasa lucu baik.[1] Sebagai baka terier, ia kerap aktif, walaupun mungkin tidak seaktif terier Jack Russell, dan dikatakan sangat sesuai untuk pemilik lebih tua. Ia agak boleh dilatih dan kerap disebut sebagai teman baik untuk orang kurang upaya. Ia juga sangat penyayang dan setia kepada pemiliknya. Sebagai tambahan, anjing baka ini cenderung untuk tidak menyalak dengan banyak sangat jika terlatih dengan baik.[2]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.9 tahun daripada sampel 52 kematian untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[3] Terier rubah mainan, seperti banyak baka mainan lain, terdedah kepada kehelan tempurung lutut (stifel tergelincir), sindrom Legg–Calvé–Perthes, dan penyakit von Willebrand.[4]
Sejarah
Sesetengah pembiak baka terier rubah mainan dapat menjejaki zuriat anjing mereka kembali kepada seekor terier rubah licin yang dipanggil "Foiler", terier rubah pertama yang didaftarkan oleh The Kennel Club di Britain, pada sekitar tahun 1875–1876.[5] Pembiakbakaan cermat daripada terier rubah licin yang lebih kecil tanpa silangan dengan baka mainan lain seperti terier Manchester dan anjing Chihuahua dipercayai menghasilkan terier rubah mainan zaman kini.
^"Toy Fox Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Terier Rubah Mainan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2015. Dicapai pada 25 Mac 2024.
Baker-Kreuger, Sherry (1993). Toy Fox Terriers [Terier Rubah Mainan] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN9780866228688. OCLC31050009.
Bielsky-Braham, Tanya, Send in the Clowns(dalam bahasa Inggeris). AKC Gazette, Disember 2002
Davidson, John F. (30 Ogos 2006). The Toy Fox Terrier, Wired for Action [Terier Rubah Mainan, Bersedia untuk Beraksi] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN9781577790778. OCLC62282311.
Hopkins, Eliza L.; Flamholtz, Cathy J. (1988). The Toy Fox Terrier [Terier Rubah Mainan] (dalam bahasa Inggeris). Fort Payne, Alabama, Amerika Syarikat: OTR Publications. ISBN9780940269019. OCLC20526440.