Terier biru Kerry,[a] atau juga dikenali sebagai terier biru Ireland,[b] ialah satu baka anjing.[1] Pada asalnya dibiakbakakan untuk mengawal haiwan perosak termasuk tikus, arnab, bejar, feret, rubah, berang-berang, kelinci, rusa, dan malah serigala, sepanjang masa berlalu, terier Kerry menjadi anjing pekerja umum yang digunakan untuk pelbagai kerja termasuk penggembalaan lembu dan biri-biri. Sungguhpun seekor terier biru Kerry memenangi Crufts (pertunjukan anjing United Kingdom paling penting) pada tahun 2000,[2] ia kekal sebagai baka "tidak berfesyen",[3] dan masih tidak umum secara tersendiri; walau bagaimanapun, ia tidak terancam seperti sesetengah baka-bakaterier lain seperti terier Skye, terier Sealyham, dan terier Dandie Dinmont.
Perihal
Penampilan
Sesetengah ciri terier biru Kerry termasuk kepala panjang, tengkorak rata, dada dalam, dan lapis bulu lembut beralun-hingga-keriting yang terdapat dengan beberapa cahaya warna "biru"; istilah umum di luar baka ini ialah kelabu progresif. Anak anjing lahir dengan warna hitam; biru muncul beransur-ansur semakin anak anjing membesar, biasanya sehingga usia 2 tahun. Terier biru Kerry jantan biasanya setinggi 46–48 cm (18–19 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 12–15 kg (26–33 lb), sementara betina pula biasanya setinggi 44–46 cm (17–18 in) dan seberat 10–13 kg (22–29 lb).[1]
Bulu
Lapis bulunya ialah ciri utama terier biru Kerry. Lapis bulunya lembut dan beralun tanpa lapis bulu bawah. Teksturnya terasa seperti gabungan rambut halus manusia dengan wul. Bulunya tidak gugur tetapi terus tumbuh sepanjang tahun. Ini bermakna bahawa terier biru Kerry memerlukan penjagaan bulu sangat kerap (sekurang-kurangnya sekali seminggu) dan pengguntingan secara purata setiap 6 minggu.[4]
Perangai
Terier biru Kerry berjiwa kental dan bersemangat tinggi. Ia sentiasa setia dan penyayang terhadap pemiliknya dan sangat lemah lembut terhadap kanak-kanak tetapi kerap dianggap memusuhi haiwan lain, termasuk anjing lain.[perlu rujukan] Jika ia disosialkan dengan anjing lain, hal ini tidak lagi berlaku.[perlu rujukan] Pada zaman awal pertunjukan anjing kompetitif, Irish Kennel Club mewajibkan agar terier biru Kerry melulusi ujian "gameness", yang dikenali sebagai pensijilan Teastas Mor, sebelum dianggap layak untuk dihakimi.[5] Ujian ini termasuk penangkapan arnab dan pembawaan bejar untuk ditahan dalam setnya. Ia pantas, kuat, dan cerdas, dan ia berprestasi baik dalam kepatuhan, ketangkasan anjing, penggembalaan biri-biri, dan penjejakan.[perlu rujukan] Ia telah digunakan sebagai anjing polis di Ireland. Pembiak baka moden telah mencuba untuk mengekalkan semangat tinggi sambil mengeluarkan agresi melalui pembiakbakaan.[perlu rujukan]
Kesihatan
Spikulosis ialah keadaan menyakitkan yang menyebabkan hiperkeratosis folikel.[6][7] Keadaan ini hanya terdapat pada terier biru Kerry.[8] Baka ini cenderung terhadap keratosis tapak kaki dan tumor folikel bulu.[8]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.4 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]
Sejarah
Rujukan kesusasteraan pertama barang kali kepada terier biru Kerry bertarikh ke tahun 1847, apabila pengarang menerangkan anjing yang berwarna loh kebiru-biruan, yang bertanda dengan tompok-tompok lebih gelap, dan kerap dengan hitam pada tungkai dan muncung.[10] Terier biru Kerry pertama kali diperhatikan di pergunungan di Kerry di Ireland yang menyumbangkan nama baka ini.[4]
Terdapat kisah romantik tentang seekor anjing biru yang berenang ke darat dari kapal karam: lapis bulu anjing ini sungguh indah sehingga ia dikawankan dengan semua terier gandum betina di Kerry (atau di seluruh Ireland, menurut sesetengah pihak), lalu menghasilkan terier biru Kerry. Mungkin cerita ini bukan mitos sepenuhnya, kerana anjing air Portugis kerap dicadangkan sebagai sebahagian daripada kandungan terier biru Kerry. Yang lain mencadangkan bahawa terier biru Kerry dihasilkan oleh terier gandum berbulu lembut yang disilangkan dengan terier Bedlington dengan (atau tanpa) sedikit darah anjing pemburu serigala Ireland atau terier Ireland. Anjing gembala Gadhar yang pupus juga disebut sebagai satu lagi cabang mungkin bagi salasilah keluarga terier biru Kerry. Baka ini menjadi sangat popular sebagai anjing ladang serba guna di Ireland pedalaman.[perlu rujukan]
Anjing Kebangsaan Ireland
Dengan perkembangan pertunjukan anjing pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, baka ini menjadi terpiawai dan "dikemaskan" untuk gelanggang pertunjukan. Pemimpin nasionalis Ireland Michael Collins memiliki seekor terier biru Kerry masyhur yang bernama Convict 224. Collins juga membuat percubaan untuk menjadikan terier biru Kerry sebagai anjing kebangsaan Ireland.[11]
Pertunjukan pertama Dublin Irish Blue Terrier Club berlangsung di luar waktu perintah berkurung rasmi dan disertai oleh kedua-dua pihak yang memperjuangkan republik Ireland dan pihak yang menentang republik Ireland. Dublin Irish Blue Terrier Club begitu berjaya sehingga membawa terus kepada pengasasan Irish Kennel Club dan terier biru Kerry ialah anjing pertama yang didaftarkan oleh kelab itu.[perlu rujukan]
^Jawi: تيريئر بيرو کيريcode: ms is deprecated ; Ireland: brocaire gorm, lit. 'terier biru'code: ga is deprecated ; bahasa Inggeris: Kerry blue terriercode: en is deprecated
^Jawi: تيريئر بيرو اءيرلندcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Irish blue terriercode: en is deprecated
^ abcPurina Australia. "Kerry Blue Terrier" [Terier Biru Kerry]. Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
^"Crufts 2000 Results" [Keputusan Crufts 2000] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2024. Dicapai pada 23 Januari 2024.
^Reilly, Jerome (29 Januari 2012). "Collins's beloved Kerry Blue breed at risk in the UK" [Baka biru Kerry kesayangan Collins berisiki di United Kingdom]. Independent.ie (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
^McLennan, Bardi (26 Jun 2012). Kerry Blue Terrier: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Terier Biru Kerry: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN9781621870166. OCLC797919688.
^McKeever, Patrick J.; Torres, Sheila Mello Furtado; O'Brien, Timothy D. (1992). "Spiculosis" [Spikulosis]. Journal of the American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. 28 (3): 257–262. ISSN1547-3317.
^Dodds, W. Jean. "GUIDE TO CONGENITAL AND HERITABLE DISORDERS IN DOGS" [PANDUAN UNTUK KECELARUAN KONGENITAL DAN KECELARUAN TERWARIS PADA ANJING] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Humane Society Veterinary Medical Association. Dicapai pada 5 Mac 2024.
^ abHnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN9780323376518. OCLC1052802486.