Stesen keretapi Bukit Mertajam merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS. Stesen ini juga merupakan persimpangan Bukit Mertajam ke Butterworth yang bercabang dari Laluan Pantai Barat yang utama.
Stesen keretapi Bukit Mertajam mula dibuka pada tahun 1915 setelah landasan keretapi dari Bukit Mertajam telah dibina hingga ke Alor Setar. Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[1]
Stesen keretapi Tasek Gelugor menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[2]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;