Seter

Seter Inggeris
Seter Ireland
Seter merah dan putih Ireland
Seter Gordon

Seter[a] ialah sejenis gundog yang paling kerap digunakan untuk pemburuan buruan seperti puyuh, pheasant, dan geros.

Di United Kingdom, keempat-empat baka seter, bersama-sama dengan anjing penuding Inggeris, biasanya membentuk subkumpulan dalam kumpulan gundog kerana mengongsi fungsi bersama. Walau bagaimanapun, baka seter masing-masing mempunyai perbezaan halus dari segi kepala, tulang, dan isi.[perlu rujukan]

American Kennel Club dan Canadian Kennel Club mengelaskan baka ini dalam Kumpulan Sukan.[1][2] Seter dari susur galur pertunjukan biasanya dianggap lebih berat dan lebih besar daripada susur galur 'pekerja'.[3][4][5]

Fungsi

Seter senyap-senyap mencari buruan mengikut bau; perburuan dilakukan secara sistematik dan teratur. Apabila mangsa ditemukan, anjing menjadi pegun dan tidak mengejar buruan. Seter mendapat namanya sempena pendirian distingitfnya; sejenis dekaman atau "set" apabila menemukan buruannya. Sebaik anjing telah menunjukkan lokasi burung dengan membeku sambil menuding, burung tersebut kemudiannya digarah supaya senapang berikutnya dapat mengenakan tembakan. Pada zaman lebih dahulu sebelum senjata api digunakan, pukat digunakan untuk memerangkap burung.[5]

Bau burung buruan adalah di udara, maka untuk menderianya, seter mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dan tidak patut sama sekali mengikuti bau kaki.[5] Kebanyakan seter lahir dengan kecenderungan semula jadi terhadap perburuan. Anjing yang menunjukkan keterujaan dan minat terhadap burung digambarkan sebagai anjing yang "birdy" atau "teruja kerana burung" dan jurulatih mencari anak anjing yang menunjukkan trait khusus ini. Pelatihan biasanya dilakukan dengan puyuh sebagai pilihan pertama atau merpati bela jinak.[6]

Atribut

Kumpulan anjing ini menggabungkan kecantikan, kemampuan otak, dan deria burung; baka seter awal dipercayai telah dikembangkan seawal abad ke-15 di United Kingdom.[7] Leluhur kepada seter moden barang kali berasal dari Sepanyol dan dibiakbakakan daripada ternakan spaniel. Kemudian, anjing ini dieksport ke Perancis dan ke [[[England]] untuk dikembangkan menjadi jenis keragaman kini.

Ia merupakan anjing pantas dan bergaya yang mencari buruan dengan sejarah dan evolusi unik untuk tujuan tunggal, iaitu mencari burung buruan.[8] Dr. Johannes Caius, yang menulis pada tahun 1576, menyatakan "Ada juga pada tarikh ini dalam kalangan kita sejenis anjing baharu yang dibawa keluar dari Perancis dan ia berbintik-bintik putih dan hitam, yang bercampur warna cenderung kepada biru marmar". Argue berspekulasi bahawa ini mungkin keterangan tentang warna belton biru yang terdapat pada seter Inggeris.[8]

Seter awal (Sydenham Edwards)

Pertunjukan dan ujian padang awal

Seter gelap dengan kelinci

Pertunjukan anjing rasmi pertama yang diadakan di United Kingdom adalah di Newcastle-on-Tyne pada Jun 1859 dan penyertaan dibataskan kepada seter dan anjing penuding. Terdapat 36 ekor seter dan 23 anjing penuding yang disertakan. Pertunjukan itu dianjurkan oleh John Shorthose dan William Pape. Seter hitam dan sawo matang milik Encik Jobling, iaitu Dandy, memenangi hadiah pertama untuk seter. Kelas untuk anjing penuding diadili oleh Encik Jobling yang menganugerahkan hadiah kepada seekor anjing penuding yang dimiliki oleh Encik Brailsford, yang membantu menghakimi seter. Ini menimbulkan sesetengah kritikan.[9]

Hadiah yang dianugerahkan kepada setiap pemenang ialah senapang dua laras yang bernilai sekitar £15 hingga £20.[10]

Terdapat ketidakpastian tentang cara seter dikelaskan dalam pertunjukan awal. Tiga kelas biasanya dijadualkan pada tahun 1862 yang membahagikan seter kepada tiga kategori: Inggeris, hitam/sawo matang, dan Ireland. Ini menjadi pengelasan baka rasmi apabila The Kennel Club diasaskan pada tahun 1873.[9]

Pada tahun 1806 di United Kingdom, terdapat penjualan seter. Seekor seter hitam betina yang dipanggil Peg dijual dengan harga 41 guinea manakala harga untuk seter jantan yang dipanggil Punch, Brush, Bob, Bell, Bounce, dan Sam berbeza-beza daripada 17 hingga 32 guinea setiap anjing. Tiada warna yang dinyatakan untuk anjing jantan tersebut.[11]

Ujian padang tercatat pertama di United Kingdom diadakan pada April 1865 di estet Samuel Whitbread (MP) di Southill, Bedfordshire.[12] Ujian ini hanya terbuka kepada seter dan anjing penuding. Semua seter yang disertakan adalah hitam dan coklat (seter Gordon).[13]

Pada tahun 1879, Hemisfera Barat mengadakan pertunjukan tercatat pertamanya. Ini juga terbatas kepada seter dan anjing penuding. Hanya selepas empat tahun susulan ini ujian pertama American Field diadakan.[14]

Pertandingan lebih terkini

The Kennel Club mempunyai empat gelaran juara yang tersedia untuk dicapai oleh seter yang bertanding di United Kingdom:

  • Juara Pertunjukan (Show Champion, Sh Ch), yang dianugerahkan kepada anjing yang telah memenangi tiga Sijil Cabaran (Challenge Certificate, CC) di bawah tiga hakim berlainan dengan sekurang-kurangnya satu CC yang dimenangi selepas usia 12 bulan
  • Juara (Champion, Ch), yang diperoleh oleh anjing yang telah memenangi gelaran Sh Ch yang ditambah dengan anugerah ujian padam, Diploma Merit (Diploma of Merit) atau Sijil Kerja Gundog Pertunjukan (Show Gundog Working Certificate)
  • Juara Ujian Padang (Field Trial Champion, Ft Ch), anjing yang memenangi pertaruhan anjing penuding atau seter atau dua hadiah pertama dalam dua pertaruhan berlainan di bawah dua hakim berlainan Panel A; tidak boleh ada kurang daripada 16 ekor pelari yang ikut serta.
  • Juara Duaan (Dual Champion), anugerah tertinggi yang tersedia kepada seter, anjing yang telah mencapai gelaran Juara Pertunjukan dan Juara Ujian Padang.[15]

Sijil Cabaran (CC) pertama kali diperkenalkan oleh The Kennel Club pada Disember 1900. Sebelum tahun 1958, gundog tidak boleh menjadi juara tidak kira bilangan CC yang dimenangi olehnya sehingga ia telah memperoleh kelayakan di padang juga. Apabila gelaran Juara Pertunjukan dimulakan pada tahun 1958, ada persetujuan bahawa ini boleh digunakan secara retroaktif.[16][17]

Gundog pertama yang mendapat gelaran itu ialah seekor seter Inggeris.[18] Sejak Perang Dunia Kedua, hanya dua ekor anjing yang telah mencapai status Juara Duaan di United Kingdom. Yang pertama ialah seekor anjing penuding Inggeris dan yang kedua ialah seekor seter Gordon, satu-satunya seter Gordon yang pernah mencapai anugerah ini.[19][20]

Seter telah menjadi Best in Show dalam Crufts sebanyak tujuh kali. Anugerah itu dirangkul oleh seter Ireland pada tahun 1981,[21][22] tahun 1993, tahun 1995,[23] dan tahun 1999.[23] Seter Inggeris menjadi best in show pada tahun 1964,[22] tahun 1977, dan tahun 1988.[22] Seter Ireland Best in Show tahun 1981 pernah menjadi Juara Ujian Padang, yang membuktikan bahawa ia mempunyai kemampuan otak serta kecantikan.[24]

Dalam pertunjukan Westminster di Amerika, seekor seter Inggeris memenangi gelaran Best in Show pada tahun 1938. Ia baru berusia 11 bulan dan pertama kali menyertai pertunjukan.[25] Ini adalah sebelum penyertaan untuk pertunjukan itu dibataskan kepada Juara pada tahun 1992.[26] Ia merupakan satu-satunya seter yang mencapai Best in Show dalam Westminster.[27]

Pendaftaran

Pada Januari 2006, The Kennel Club mengenal pasti sebilangan baka asli British yang mendaftarkan 300 ekor atau kurang daripada 300 ekor anak anjing setiap tahun; kelab itu melabel baka ini sebagai 'Baka Asli Rentan'.[28] Pada mulanya, senarai itu menyertakan seter merah dan putih Ireland dan seter Gordon tetapi seter Gordon dikelaskan semula sebagai baka berdaya maju pada Januari 2007 selepas rundingan dengan kelab baka.[29] Seter Inggeris ditambahkan buat kali pertama pada tahun 2012.[30]

Seter Gordon yang digambarkan dengan seekor seter merah dan putih Ireland

Untuk memberikan petunjuk tentang cara perubahan pendaftaran United Kingdom, pendaftaran seter Inggeris ialah 568 ekor anjing pada tahun 2002, pendaftaran seter Gordon ialah 250 ekor anjing, dan pendaftaran seter merah dan putih Ireland ialah 99 ekor, tetapi pendaftaran seter Ireland berjumlah 1,225 ekor anjing. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2011, angka untuk seter Inggeris menurun kepada 234 pendaftaran anak anjing; seter Gordon mempunyai sedikit peningkatan kepada 306 ekor anjing; seter merah dan putih Ireland pula mengalami penurunan sedikit kepada 83 ekor anjing; dan seter Ireland menurun kepada 869 pendaftaran anak anjing.[31]

Sebaliknya, dalam ulasan tentang angka pendaftaran dan ranking baka popular, American Kennel Club menyatakan bahawa tahun 2011 ialah "tahun seter, dengan keempat-empatnya yang membuat loncatan besar sepanjang tahun lalu".[32] Seter Inggeris menempati tangga ke-101 pada tahun 2010 tetapi meningkat ke tangga ke-87 pada tahun 2011; seter Ireland telah beranjak dari tangga ke-77 pada tahun 2010 ke tangga ke-70 pada tahun 2011; seter merah dan putih Ireland naik sebanyak tiga anak tangga setelah menempati tangga ke-150 pada tahun 2010 dan tangga ke-147 pada tahun 2011; dan seter Gordon meningkatkan kedudukan tahun 2010-nya di tangga ke-98 untuk berada di tangga ke-94.[32]

Pada 1 Januari 2009, seter merah dan putih Ireland menjadi layak untuk pendaftaran American Kennel Club dan selepas itu dapat bersaing dalam Kumpulan Sukan dalam pertunjukannya.[33]

Bulu

Kebanyakan baka seter mempunyai lapis bulu panjang licin bak sutera yang memerlukan penyelenggaraan.[34] Walaupun seter Gordon, seter Ireland, dan seter Inggeris biasanya menjalani sedikit pemangkasan untuk persembahan dalam gelanggang pertunjukan, seter merah dan putih Ireland tidak memerlukan begitu banyak kerja, kerana mempunyai lapis bulu lebih ringan.[35]

Perangai

Seter mempunyai kecenderungan untuk menjadi anjing gembira dan suka bermain dan biasanya sangat ramah kepada orang dan anjing lain. Ia mempunyai banyak tenaga dan memerlukan senaman harian.[34]

Baka seter

Baka yang membentuk subkumpulan ini merupakan:

Catatan

  1. ^ Jawi: سيتر; bahasa Inggeris: setter

Rujukan

Kutipan

  1. ^ "AKC Breeds by group - sporting" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  2. ^ "CKC Breeds & Abbreviations, Group 1, Sporting" (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  3. ^ Lester, Paula (30 Ogos 2012). "Save our English Setters" (dalam bahasa Inggeris). Country Life. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  4. ^ Rawlings, Paul. "Bench and Field: How wide is the divergence between show and field trial dogs?" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  5. ^ a b c Roberts (1978): hlm. 114-116
  6. ^ Truman (1993): hlm. 79, 83
  7. ^ Harper (2001): hlm. 9
  8. ^ a b Argue (1993): hlm. Pengenalan, 28
  9. ^ a b Foss, Valerie. "Is this the first show winner?". Dog World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mei 2024.
  10. ^ Sutton (1980): hlm. 27
  11. ^ Cunliffe (2001): hlm. 17
  12. ^ Sutton (1980): hlm. 28
  13. ^ Cunliffe (2001): hlm. 14
  14. ^ Harper (2001): hlm. 17
  15. ^ "Regulations for entries in the Stud Book, Champions and Warrants" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Oktober 2012. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  16. ^ Morland Hooper (1975): hlm. 119
  17. ^ Bengston (2008): hlm. 233
  18. ^ Cunliffe (2001): hlm. 15
  19. ^ "Only dual champion Gordon dies". Dog World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mei 2024.
  20. ^ McDonald, Christine. "First Dual Ch Gordon". ourdogs.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Our Dogs. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  21. ^ Dogworld, Digital Crufts ed. (2010): hlm. 80–89
  22. ^ a b c Jackson (1990)
  23. ^ a b Dogworld, Digital Crufts ed. (2010): hlm. 89
  24. ^ Williams (2000): hlm. 17
  25. ^ "1 of 3,093". Time (dalam bahasa Inggeris). 21 Februari 1938. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2012. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  26. ^ Fernandez, Amy. "This Year's Top Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Dogchannel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  27. ^ "Best in show winners" (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  28. ^ "An introduction to the Vulnerable Native Breeds" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  29. ^ "Native Vulnerable Breeds" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2013. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  30. ^ Rincon, Paul (25 Januari 2012). "UK native dog breeds 'at risk of extinction'" (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  31. ^ "Comparative tables of registrations for the years 2002 - 2011 inclusive" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mei 2012. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  32. ^ a b "AKC Dog registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  33. ^ "Irish Red and White setter - Did you know?" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  34. ^ a b "The Setters" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2004. Dicapai pada 28 Mei 2024.
  35. ^ Brigden (1990): hlm. 91

Bibliografi

  • Roberts, Janice (1978). "Setters at work, by Auriel Mason". The Irish Setter (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Popular Dogs Publishing. ISBN 0-09-129700-1.
  • Truman, R.F. (1993). Revision of Working Gordon setters (dalam bahasa Inggeris). County Durham, United Kingdom: Weardale Publishing & Printing. ISBN 1-897822-01-4.
  • Harper, Lavonia (2001). Gordon Setter (dalam bahasa Inggeris). United Kingdom: Interpet. ISBN 1-903098-69-6.
  • Argue, Derry (1993). Pointers & Setters (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 1-85310-239-3.
  • Sutton, Catherine (1980). Dog shows and show dogs: A definitive study (dalam bahasa Inggeris). Edlington, Lincolnshire, United Kingdom: K & R Books. ISBN 0-903264-41-2.
  • Cunliffe, Juliette (2001). English Setter (dalam bahasa Inggeris). Surrey, United Kingdom: Interpet. ISBN 1-903098-71-8.
  • Morland Hooper, Dorothy (1975). The Springer Spaniel (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London, United Kingdom: Popular Dogs Publishing. ISBN 0-09-123300-3.
  • Bengston, Bo (2008). Best in Show (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey 07728, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 978-1-933958-17-0.CS1 maint: location (link)
  • Jackson, Frank (1990). Crufts: The Official History (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. ISBN 0-7207-1889-9.
  • Williams, Margaret (2000). The Irish Setter (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet. ISBN 1-902389-30-1.
  • Brigden, Patricia (1990). The Irish Red and White Setter (dalam bahasa Inggeris). Kent, United Kingdom: Dickson Price Publishers. ISBN 0-85380-127-4.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!