Jenis anjing ialah kategori anjing luas berdasarkan fungsi atau kerja, bentuk leluhur yang daripadanya baka anjing moden telah diperoleh.
Kini, baka anjing kerap dikategorikan mengikut jenis leluhur dan subjenis yang daripadanya baka tersebut diturunkan. Tambahan pula, kumpulan baka anjing, yang digunakan oleh kelab kenel untuk mengatur baka anjing, berdasarkan jenis anjing seperti hound atau terier. Sesetengah kategori kumpulan merangkumi melebihi satu jenis; anjing pekerja merujuk anjing yang melakukan kerja untuk manusia, sebaliknya anjing teman yang merupakan peliharaan, sungguhpun anjing pekerja boleh juga merupakan teman, dan anjing teman boleh melakukan kerja berguna. Peristilahannya tidak jelas; lihat Kumpulan Pekerja dan Kumpulan Utiliti. Anjing baka kacuk boleh mempunyai mana-mana gabungan fungsi pekerjaan dan teman dan merupakan daripada mana-mana jenis. Anjing mainan ialah anjing sangat kecil daripada mana-mana jenis, tergolong dalam Kumpulan Mainan. Baka anjing purba ialah baka moden yang dikenal pasti secara genetik sebagai keturunan daripada jenis sangat lama dariapda pelbagai jenis, dan patut muat dalam pelbagai kategori.
Yang berikut ialah jenis dan subjenis anjing. Satu jenis anjing tunggal mungkin dikembangkan untuk pelbagai jenis kerja, maka ada pertindihan. Kategori luas disenaraikan dahulu, kemudian subjenis. Untuk senarai baka anjing individual, lihat Senarai baka anjing.
Senarai ini tidak lengkap; bantulah Wikipedia untuk memperkembangnya.