Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2. Sekolah Menengah Sains Johor merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan bukan akademik.[2]
Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.
Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.
Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.
Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen. Pada tahun 2000an hingga 2016 sekolah ini mempunyai tiga kelas sains tulen dan dua kelas sains teknikal. Pada tahun 2022, aliran sains teknikal sudah tidak lagi ditawarkan dan kesemua kelas telah dikhaskan untuk aliran sains tulen. Mulai tahun 2023, pelajar Tingkatan 4 akan mengikuti program Dual Language Programme (DLP) sepenuhnya. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.
Wajib
Antarabangsa
Bahasa Inggeris,
Sains,
Matematik,
Sejarah,
Geografi,
Pendidikan Islam/Moral
Teknologi
Visual
Pelajaran Wajib
Bahasa Inggeris, Sains,
Matematik, Sejarah,
Pendidikan Islam
Matematik, Sejarah
Kimia,Matematik Tambahan
Asas Kelestarian
Matematik,Sejarah
Sejarah , Matematik,
Sekolah ini mempunyai:
1.Gelanggang hoki saiz 25% daripada saiz pertandingan
2.Padang Kriket saiz pertandingan
3.Padang Ragbi saiz pertandingan
4.Futsal atau Gelanggang Tenis
5.Court Badminton
6.Gelanggang Bola Keranjang
7.Trek 400 meter
8.Gelanggang Lompat Jauh
Menyediakan pelajar supaya mempunyai kemampuan akademik serta jati diri yang unggul untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Majulah-majulah
Sekolah yang tercinta
Biar indah megah dan masyhur
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Di sepanjang masa
Ku serah jiwa dan ragaku
Untuk bimbingan
Dan didikan
Ku cari ilmu
Ku taburkan bakti
Selagi ada hayatku
Berjasalah berjasa
Sinar harapan
Putera dan puteri
Teguh berdiri
Sepanjang zaman
Membela ibu pertiwi
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.