Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Syed Putra atau nama ringkasnya SM (Sains) Tuanku Syed Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah sains yang terletak di Jln Behor Pulai, 01000 Kangar. Sekolah ini terletak di negeri Perlis yang bersempadan negeri Kedah di bahagian selatan dan wilayah Satun, Thailand di bahagian utara. Kini, sekolah ini lebih dikenali sebagai SYED PUTRA. Persatuan Alumni dikenali ASPUTRA.
Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Tuanku Syed Putra memiliki 317 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 547 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru. Namun, bilangan pelajar yang direkodkan menurun kepada 393 orang pada 2019.
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra diasaskan pada tahun 1973, dengan nama Sekolah Menengah Sains Perlis. Semua pelajar SMSPs. telah menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma, Kangar dengan Penyelia yang pertamanya ialah Mr. B.P. Chopra dan Penolong Kanan En. Othman bin Mat. Pada bulan Jun 1974, semua warga SMSPs. telah berpindah ke bangunan baru di Behor Pulai. Penyelia SMSPs. pada waktu itu ialah En. Othman bin Mat dan Pen. Kanannya En. Baharom bin Mohamad. Seterusnya Pengetua SMSPs. yang pertama dilantik untuk menerajui SMSPs. ialah En. Abd. Rahim bin Abd. Majid iaitu pada bulan September 1974. Pada tahun 2009 sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan kohort ketiga dalam kebitaraan m-sains dan pelancongan. Pada 25 Januari 2012, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi kohort pertama setelah memenuhi kriteria tertentu seperti pencapaian akademik, kekuatan alumni, program pengantarabangsaan serta jaringan dan jalinan. Sekolah ini merupakan sekolah yang terbaik di Perlis dan merupakan antara sekolah yang terbaik di Malaysia berdasarkan rekod pencapaiannya.[1]
Kami penuntut semua
Pelbagai turunan bangsa
Datang dari rata-rata
Bumi Malaysia tercinta
Prinsip Rukun Negara
Menjadi pegangan kami
Berkat Tekun Usaha Jaya
Dukung sains teknologi
Maju SMTSP
Harum SMTSP
Selama-lamanya
Kamikan berjanji
Tekun dan berusaha
Semoga berjaya
Berkat tekun Usaha Jaya
Tekun semangat berbakti
Menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020
Sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik. kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terki
Tekun Usaha Jaya
Bt Wan Ali
Para pelajar SMSTSP dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sahsiah. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Juara Gemilang setiap tahun.
Sekolah Kluster Kecemerlangan - 2009
Sekolah Berprestasi Tinggi - 2010
Sukan Ragbi
Sukan bolasepak
Sukan Kriket
Anugerah Tuanku Syed Putra merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,kepimpinan, sahsiah, dan sukan. Penerima anugerah ini akan diberi sewaktu Hari Anugerah Cemerlang tahunan.
Berikut merupakan penerima Anugerah Tuanku Syed Putra:
Senarai Ketua Pelajar
2014 Imran Bin Zoher
2015 Muhammad Syafiq Bin Rahim
2016 Muhammad Daniel Naim
2017 Muhammad Syazwan Bin Salmi
2018 Abdul Hazim Bin Mokhtar
2019 Muhammad Aliff Aryan Bin Aziz
SMSTSP telah dipilih menjadi tuan rumah program ini pada tahun 2004. Sekolah ini pernah menjadi tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh pada 1987 . Program ini dianjurkan untuk kali ke-31 dan kali kedua buat SMSTSP. Pada tahun tersebut, SMSTSP telah mencatat sejarah sebagai penganjur terbaik dalam sejarah penganjuran Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh . Ini dapat dibuktikan dengan hampir kesemua kontinjen yang datang dari Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia berpuas hati dengan penganjuran tersebut. Penganjuran pada kali itu juga menjadi titik permulaan Makan Malam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bersama Raja atau Sultan dan pembukaan program di stadium yang mana menjadi ikutan tuan-tuan rumah seterusnya.
Setelah 40 tahun penubuhannya,pihak sekolah dan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (ASPUTRA) telah bersepakat untuk mengadakan acara sambutan ulangtahun ke-40 SMSTSP pada 18-21 April 2013. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra atau lebih dikenali sebagai ASPUTRA akan turun beramai-ramai bagi meraikan sambutan gilang gemilang ini. Antara acara sedang dirancang adalah:-