Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Ulu Yam, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi kohort-3 pada Disember 2012 dalam kebitaraan sukan ragbi, inovasi dan F1 in Schools.
Dibuka pada tahun 2000, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh warga sekolah ini. Antaranya, SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 dan mencatat hatrik pada tahun 2010, 2011 dan 2012 [1]. Turut tidak dilupakan, SEMASHUR berjaya menduduki tangga ke-2 dalam semua SBP dalam SPM 2002 walaupun baru tahun pertama SPM diadakan di SEMASHUR pada ketika itu.
SEMASHUR berkeluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim – KL.
Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
16 Jun 2000 - Pembukaan rasmi SEMASHUR
20 Jun 2000 - Barisan guru-guru perintis melapor diri iaitu Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan 23 orang guru.
21 Julai 2000 - 180 pelajar Tingkatan 1 diterima masuk SEMASHUR.
Februari 2001 - Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 4.
April 2009 - Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kebitaraan Ragbi, Matematik dan Unit Uniform.
April 2012 - Perasmian monumen F1 in Schools oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes.
Disember 2012 - Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dengan kebitaraan Ragbi dan Inovasi Sains
KUNING : melambangkan tuaian yang pelajar SEMASHUR akan peroleh
MERAH : melambangkan kecekalan, keberanian, dinamik dan berjiwa besar
PUTIH : melambangkan kesucian, ketakwaan dan keimanan
BIRU : melambangkan perpaduan dan permuafakatan di kalangan pelajar SEMASHUR
Moto rasmi SEMASHUR "USAHA, AMAL, BAKTI"
11 roda bergerigi melambangkan keseluruhan 5 rukun Islam dan 6 daripada Iman
Lengkungan berbentuk ‘U’ di bahagian bawah logo menggambarkan lokasi SEMASHUR di salah sebuah kawasan peranginan iaitu Ulu Yam
Imej buku yang terbuka atau juga seperti tangan terngadah di bawah bulatan membawa maksud bahawa ilmu pengetahuan dan usaha yang bersungguh-sungguh di samping tawakal akhirnya akan membuah kejayaan.
Alam Nan Indah Memukau Mata Air Mengalir Jernih Ke Muara Disitulah Sekolahku Tercinta SEMASHUR Seindah Nama
Kaulah Pelita Penyuluh Hidup Menabur Bakti Untuk Pertiwi Ku Julang Namamu Seharum Kasturi Semoga Allah Memberkati
SEMASHUR Akan Teguh Berdiri Berteras Panji Keimanan Yang Murni Falsafah Pendidikan Dikelek Rapi Melahirkan Generasi Tahan Diuji
Ayuhlah Berjuang Putera Dan Puteri Kerahkan Segala Potensi Diri Capai Kecemerlangan Sehingga Jaya Untuk SEMASHUR Tercinta (3x)
Mulai 2014, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh Malaysia.
Sepanjang 12 tahun PMR dijalankan, SEMASHUR telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kalangan sekolah berasrama penuh pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012.
Pencapaian terbaik SEMASHUR dalam SPM adalah pada tahun 2002 di mana pada tahun pertama SPM dijalankan, SEMASHUR menjadi sekolah kedua terbaik dalam kalangan SBP.
Pada tahun 2014, SEMASHUR melakar sejarah di peringkat kebangsaan apabila buat julung kalinya seorang pelajar SEMASHUR, saudari Nur Nabila Nasharudin berjaya mendapat tempat 20 terbaik SPM di Malaysia.