Rosmari atau rosemari (nama saintifik pasca-2017: Salvia rosmarinus) adalah tumbuhanherba daripada keluarga Lamiaceae berasal dari kawasan Mediterranean benua Eropah.[3] Tumbuhan ini ditanam terutamanya sebagai herba pelbagai guna dalam masakan dan ubatan tetapi juga untuk tujuan hiasantaman atau kebun. Tumbuhan ini dikatakan dapat meningkatkan memori.
Nama herba ini serapan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda meminjam bahasa Latinrōs marīnus bermaksud "embun laut".[4][5][6]
Taksonomi
Tumbuhan ini pada dahulunya tergolong dalam genusRosmarinus terdiri dari 2 hingga 4 spesies termasuk ia.[7] Namun, kebotanian ia dinilai semula pada tahun 2017 di mana ia digolongkan dalam genus Salvia yang lebih luas beratusan spesies.[2]
Botani
Herba ini jenis malar hijau yang tumbuh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 meter dalam keadaan menegak, daun-daunnya halus dengan ukuran 2–4 sm panjang dan 2–5 mm lebar dengan bulu halus di permukaan. Pokok herba ini boleh hidup selama 30 tahun.[3]
Bunga-bunganya yang berwarna putih, kejambuan atau kebiruan berputik pada musim-musim bunga dan panas di iklim sederhana tetapi boleh juga sepanjang masa di iklim lebih panas.[3] Biji benih senyawaan bunga-bunga ini sukar mencambah malah perlahan memunculkan pucuk.[3]
Kegunaan
Daunnya digunakan sebagai perisa untuk pelbagai jenis makanan, seperti ketika memanggang daging.
Khasiat
Kajian menunjukkan rosmari bersifat antibakteria, antikulat, antioksida, antitumor, menimbulkan hiperglisemia, menghalang pembebasan insulin, dan racun serangga. Ia bersifat racun jika digunakan secara berlebihan. Ia tidak sesuai kepada wanita hamil atau yang ingin hamil. Dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan dan kematian, tetapi jarang-jarang berlaku. Timol bersifat antiseptik, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, digunakan dalam farmasi dan ubat gigi tetapi boleh juga menyebabkan dermatitis kalau digunakan dalam cara pekat pada kulit yang sensitif.[8]
Galeri gambar
Rosmarinus officinalis
Rujukan
^ ab"Salvia rosmarinus Spenn". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2019-10-07.
^M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "rozemarijn". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
^Rosselló, J. A.; Cosín, R.; Boscaiu, M.; Vicente, O.; Martínez, I.; Soriano, P. (2006). "Intragenomic diversity and phylogenetic systematics of wild rosemaries (Rosmarinus officinalis L. s.l., Lamiaceae) assessed by nuclear ribosomal DNA sequences (ITS)". Plant Systematics and Evolution. 262 (1–2): 1–12. doi:10.1007/s00606-006-0454-5. JSTORi23655428. S2CID25645455.
^Ong Hean Chooi. 2008. Rempah-ratus: Khasiat makanan dan ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.