Wasabi

Wasabi
Penanaman wasabi
di Semenanjung Izu, Jepun
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Brassicales
Keluarga: Brassicaceae
Genus: Eutrema
Spesies:
E. japonicum
Nama binomial
Eutrema japonicum
Sinonim[3]
  • Wasabia japonica (Miq.) Matsum.
  • Alliaria wasabi (Maxim.) Prantl
  • Cochlearia wasabi Siebold.
  • Eutrema okinosimense Taken.
  • Eutrema wasabi Maxim
  • Lunaria japonica (basionim) Miq.[2]
  • Wasabia okinosimensis (Taken.) Hatus.
  • Wasabia pungens Matsum.
  • Wasabia wasabi (Maxim.) Makino

Wasabi (bahasa Jepun: ワサビ, わさび, atau 山葵; nama botani: Eutrema japonicum)[3] ialah tanaman asli Jepun dalam keluarga Brassicaceae. Ia tumbuh asli di Jepun, Timur Jauh Rusia[1] termasuk Sakhalin, dan Semenanjung Korea.[4]:133 Ia ditemukan di sepanjang anak-anak sungai yang bersih, sejuk (suhu 10-17℃) dan mengalir perlahan-lahan di kaki gunung-ganang pulau Honshu, Kyushu dan Shikoku.

Di tempat-tempat biasa, tanaman ini hanya tumbuh liar di daerah beriklim sejuk, di lembah pinggiran sungai atau di tengah air bersih yang . Di Jepun, wasabi tumbuh liar di sepanjang aliran sungai di daerah pergunungan

Rimpangnya diparut sebagai bumbu pedas dalam masakan Jepun seperti sasyimi, susyi, soba dan ochazuke.

Botani

Gambar pokok wasabi (lukisan Iwasaki Kanen, 1828)

Selaku tanaman herba tahunan, seluruh bahagian tanamannya memiliki aroma harum sekali gus rasa pedas menyengat bila dimakan. Rimpangnya berwarna hijau terang, berbentuk bulat panjang dan mengecil di bahagian bawah.

Daun-daunnya melunjur dari tangkai panjang[5]:54 yang tumbuh daripada rimpangnya dengan susunan bersilangan. Helai daunnya besar berukuran 3–6 inci (7.6–15.2 cm) panjang and 3–6 inci (7.6–15.2 cm) lebar berbentuk jejantung ringkas, tulang atau uratnya berbentuk jejari.[6]

Pada musim bunga, tangkai bunga yang panjang akan keluar daripada rimpang pokok; bunga-bunga muncul di hujung tangkai ini yang kembang pada hujung musim sejuk akhir pada bulan Februari hingga awal musim bunga pada bulan Mac dan berwarna putih.[6]

Kimia

Dedaun, tangkai dan rimpangnya mempunyai aroma harum dan rasa tajam menusuk ke hidung seperti mustard, tapi bukan pedas di lidah seperti cili. Unsur kimia yang menjadikan wasabi memiliki rasa pedas ialah isotiosianat:[7][8][9][10]

  • 6-metiltioheksil isotiosianat
  • 7-metiltioheptil isotiosianat
  • 8-metiltiooktil isotiosianat

Bahan-bahan ini bersifat antimikrob yang menghalang pertumbuhan bakteria[11] yang membolehkan hirisan ikan segar selalu dimakan bersama wasabi.

Sejarah

Penanaman wasabi bermula sekitar tahun 1596-1615[12] di hulu Sungai Abe, Utōgi, Daerah Shizuoka. Pada waktu itu, penduduk desa Utōgi mencabut wasabi yang tumbuh liar dan memindahkannya ke kawasan di sekitar mata air yang terletak di Idōgashira. Penanaman wasabi di Idōgashira menjadi usaha pertanian wasabi yang pertama di Jepun. Hasilnya dipersembahkan kepada Tokugawa Ieyasu yang tinggal di Istana Sumpu. Menurut cerita, Ieyasu sangat menyukai rasa wasabi yang dihadiahkan oleh penduduk desa, dan begitu gembira dengan bentuk daun wasabi yang mirip lambang keluarga suku Tokugawa. Menurut cerita lain, penyebaran wasabi ke seluruh Jepun bermula pada pertengahan zaman Edo sejak penanaman wasabi yang diterima Itagaki Kanshirō iaitu setelah mengajarkan penanaman shiitake pada penduduk Utōgi.[13]

Pertanian

Berdasarkan tempat penanaman, wasabi secara besar dibahagikan kepada dua jenis, wasabi air (sawa-wasabi) yang ditanam di anak sungai dan wasabi ladang (hatake-wasabi) yang ditanam di ladang. Wasabi ladang boleh dituai setelah berumur 18 bulan. Daun, tangkai, dan rimpang wasabi ladang dicampurkan dengan sekam hasil perahan sake. Hasilnya ialah makanan yang disebut wasabizuke sebagai pendamping nasi yang rasanya masin, manis dan pedas menyengat. Wasabi air pula ditanam untuk diambil bahagian rimpangnya yang dimakan mentah setelah diparut. Penanaman kecil-kecilan wasabi di saluran air dan anak sungai sering dijumpai di kawasan pergunungan di Jepun. Wasabi air memerlukan air yang bersih dan sejuk di tanah yang berpasir dan subur.

Wasabi air yang dihasilkan melalui perkebunan memiliki rimpang lebih besar dibandingkan wasabi ladang atau wasabi liar. Rimpangnya mengeluarkan alil isotiosianat yang bersifat antimikrob, hinggakan tanah di sekitarnya bebas mikrob. Tanaman tidak dapat membesar kerana tanah sekelilingnya tidak terdapat mikrob yang dapat menyuburkan tanah. Selain itu, wasabi perlu tumbuh di aliran air yang bersih dan bening supaya alil isotiosianat ikut terbawa bersama air, dan tanaman tidak ikut teracun. Rimpang wasabi air boleh membesar bila semua kondisi terpenuhi.

Penuaian wasabi tidak mengikut musim dan boleh dituai bila-bila masa. Tanaman boleh dituai setelah 3-4 tahun dan akar yang dapat dituai adalah sedikit, hinggakan wasabi terutama wasabi segar menjadi mahal. Hanya terdapat sedikit tempat yang sesuai dijadikan pusat penghasilannya di Jepun:[perlu rujukan]

Penghasilan dalam negeri tidak pernah mencukupi membuatkan wasabi berharga mahal, sehingga Jepun perlu mengimport sejumlah besar wasabi dari daratan China, Taiwan, dan New Zealand.

Penggunaan

Wasabi dan alat pemarut daripada logam.

Selain wasabi segar, di pasaran turut terdapat serbuk wasabi dalam bekas dan wasabi tiub. Di Jepun, daun dan bunga wasabi digoreng sebagai tempura, dan wasabi digunakan sebagai perasa berbagai produk makanan ringan termasuk aiskrim.

Rimpang wasabi diparut dengan alat pemarut daripada logam iaitu oroshigane. Walaupun demikian, sebahagian kecil orang berpendapat aroma wasabi tidak hilang dan terasa lebih enak bila diparut dengan pemarut tradisional dari kulit ikan yu. Wasabi hanya diparut ketika diperlukan iaitu sebelum dimakan kerana aromanya akan hilang di udara terbuka. Rasa pedas hingga keluar air mata merupakan kenikmatan tersendiri bagi penikmat wasabi. Anak-anak kecil yang belum terbiasa, selalunya memakan susyi yang tidak diberikan wasabi (Jepun: sabinuki).

Rimpang wasabi mahal dan kaedah pengawetannya amat sukar hinggakan serbuk wasabi dan pes wasabi dalam tiub digunakan sebagai pengganti. Serbuk wasabi dan pes wasabi sering dibuat daripada bahan pengganti seperti lobak bercampur rimpang Armoracia rusticana (lobak kuda), dan bahan pewarna makanan. Serbuk wasabi pula perlu dicampurkan dengan air untuk menghasilkan pes wasabi yang siap untuk dihidangkan.

Kandungan serbuk wasabi dan pes wasabi bergantung pada pengilang. Apabila produk mengandung kadar wasabi asli lebih dari 50%, maka di bungkusannya ditulis, Hon Wasabi (wasabi asli) atau hon-wasabi shiyō (本わさび使用, Menggunakan wasabi asli). Maksud "wasabi asli" boleh diertikan bahagian rimpang atau bahagian lain dari tumbuhan (daun dan tangkai). Apabila pes wasabi mengandung wasabi kurang dari 50%, maka pada bungkusan ditulis sebagai hon-wasabi iri (本わさび入り, Tidak mengandung wasabi asli).

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Iwashina Tsukasa (2016). "Eutrema Japonicum". Curtis's Botanical Magazine. Wiley. 33 (3): 217–225. doi:10.1111/curt.12151. JSTOR 48505819.
  2. ^ Miquel, F.A.G. (1866). "Prolusio Florae Japonicae". Annales Musei Botanici Lugduno-Batavi. 2: 69–212.
  3. ^ a b "Eutrema japonicum Koidz. Fl. Symb. Orient.-Asiat. : 22 (1930)". Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 4 December 2022.
  4. ^ Al-Shehbaz, Suzanne I.; Warwick, (2005). "A Synopsis of Eutrema (Brassicaceae)". Harvard Papers in Botany. Harvard University Herbaria. 10 (2): 129–135. doi:10.3100/1043-4534(2005)10[129:ASOEB]2.0.CO;2. JSTOR 41761810. S2CID 85833186.CS1 maint: extra punctuation (link)
  5. ^ Morgan, Lynette (2005). "Hydroponic Production of Wasabi & Japanese Vegetables". Dalam Weller, Thomas; Peckenpaugh, Douglas (penyunting). The Best Of Growing Edge International, 2000–2005. New Moon Publishing. ISBN 978-0-944557-05-1. Dicapai pada 9 August 2016.
  6. ^ a b "Eutrema japonicum". North Carolina Extension Gardener Plant Toolbox. Universiti Negeri Carolina Utara. n.d. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  7. ^ "Wasabi (Wasabia japonica (Miq.) Matsum.)". Gernot Katzer's Spice Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 26 Mei 2007.
  8. ^ Arnaud, Celia Henry (22 March 2010). "What's wasabi, and is your fiery buzz legit?". Chemical & Engineering News. Jil. 88 no. 12. Persatuan Kimia Amerika Syarikat. m/s. 48. ISSN 0009-2347. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  9. ^ Ina, Kazuo; Ina, Hiroji; Ueda, Mikako; Yagi, Akihito; Kishima, Isao (1989). "ω-Methylthioalkyl Isothiocyanates in Wasabi". Agricultural and Biological Chemistry. 53 (2): 537–538. doi:10.1271/bbb1961.53.537.
  10. ^ Masuda, Hideki; Yasuhiro, Harada; Tanaka, Kunio; Masahiro, Nakajima; Hideki, Tabeta (1996). "Characteristic Odorants of Wasabi (Wasabia japonica matum), Japanese Horseradish, in Comparison with Those of Horseradish (Armoracia rusticana)". Biotechnology for Improved Foods and Flavors. ACS Symposium Series. 637. Persatuan Kimia Amerika Syarikat. m/s. 67–78. doi:10.1021/bk-1996-0637.ch006. ISBN 9780841234215.
  11. ^ Zeuthen, P.; Bøgh-Sørensen, Leif (2003). Food preservation techniques. Woodhead Publishing Limited. m/s. 12. ISBN 978-1-85573-530-9.
  12. ^ "Wasabi saibai no rekishi". Wasabiya no Monzen. Dicapai pada 2007-05-26.
  13. ^ "Wasabi". Encyclopedia of Japanese culture. Dicapai pada 2007-05-26.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!