Kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.
Nama buah ini meminjam dari bahasa Sanskrit फल phala "buah" melalui bahasa Jawa,[5][6] ia sepunca dengan perkataan "pahala".
Botani
Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.
Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, namun ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Pada pangkal biji melekat suatu kulit selaput keliling biji yang berwarna merah dan kelihatan kering seakan-akan renda.
Apabila buah ini masak, perikarpnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat.
Kegunaan
Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Kedua-dua biji dan selaputnya boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah: biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu manakala kulit yang disebutkan sebagai "bunga pala" atau "kembang pala" (mace)[5] digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan[7] terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap.
Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala dengan perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala; minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.
^ abDonkin, R. A. (2003). Between East and West: The Moluccas and the Traffic in Spices Up to the Arrival of Europeans. Philadelphia: American Philosophical Society. m/s. 22. ISBN0-87169-248-1.
^Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 131–132.
Shulgin, Alexander T.; Sargent, Thornton W.; Naranjo, Claudio. Chemistry and psychopharmacology of nutmeg and of several related phenylisopropylamines (Kimia dan psikofarmakologi buah pala dan beberapa fenilisopropilamina berkait). Penerbitan Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (1967), No. 1645, m.s. 202-214.