Lebuhraya Seremban-Port Dickson, SPDH, Lebuhraya Seremban–Port Dickson merupakan sebuah lebuh raya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dibina bagi memendekkan jarak perjalanan dari Seremban ke Port Dickson serta bertindak sebagai laluan alternatif kepada Laluan Persekutuan LP 53 yang mempunyai banyak selekoh tajam di sepanjang laluan. Lebuh raya sepanjang 23 km ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1997 manakala syarikat konsesi asal adalah Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) Sdn Bhd (anak syarikat Melewar Corporation Berhad) sebelum diambil alih oleh PLUS Expressways Berhad.
Bayaran tol hanya dikenakan sekali sahaja, sama ada di Plaza Tol Mambau ataupun di Plaza Tol Lukut.
Kadar tol
Plaza Tol Mambau (MBU)
Kelas |
Jenis kenderaan |
Kadar (dalam RM))
|
0 |
Motosikal, basikal atau kenderaan dengan 2 roda atau kurang |
Percuma
|
1 |
Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi) |
RM3.20
|
2 |
Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) |
RM5.70
|
3 |
Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) |
RM8.60
|
4 |
Teksi |
RM2.20
|
5 |
Bas |
RM5.70
|
Plaza Tol Lukut (LKT)
Kelas |
Jenis kenderaan |
Kadar (dalam RM)
|
0 |
Motosikal, basikal atau kenderaan dengan 2 roda atau kurang |
Percuma
|
1 |
Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi) |
RM0.70
|
2 |
Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) |
RM1.30
|
3 |
Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) |
RM2.00
|
4 |
Teksi |
RM0.70
|
5 |
Bas |
RM1.50
|
Senarai persimpangan
Lihat juga
|
---|
Antara negeri | | |
---|
Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Selangor | |
---|
Iskandar Malaysia dan Johor | |
---|
Pulau Pinang (Seberang Perai dan pulau) | |
---|
Kedah dan Perak | |
---|
Sabah, Sarawak dan Labuan | |
---|
Sabah dan Sarawak | |
---|
Lain-lain | |
---|
Lebuhraya yang dicondongkan sedang dibina, manakala yang dikelabukan masih dalam perancangan |