Lebuhraya Guthrie

Lebuhraya E35
Lebuhraya Koridor Guthrie
Lebuhraya Koridor Guthrie (E35), Bandar Elmina (221002).jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Prolintas, Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX)
Panjang25.0 km (15.5 mi)
Wujud2003–kini
SejarahSiap pada tahun 2005
Simpang utama
Hujung utaraPersimpangan Rawang Selatan
Persimpangan utama LP 3214 Jalan Subang-Batu Tiga
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuh Raya Baru Lembah Klang
Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
LP 54 Laluan Persekutuan 54
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
Hujung selatanShah Alam
Lokasi
Destinasi
utama
Rawang, Kuang, Lagong, Paya Jaras, Sungai Buloh, Subang, Bukit Jelutong
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Guthrie, GCE, Lebuhraya Koridor Guthrie merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Shah Alam dengan Rawang. Ia dimiliki oleh Prolintas melalui anak syarikatnya Prolintas Expressway Sdn Bhd. Panjang keseluruhan GCE adalah lebih kurang 25 km (15.5 batu) (23 km (14.2 batu) di bahagian Prolintas dan 2 km (1.2 batu) di bahagian PLUS Expressway).

Sejarah

Pembangunan lebuh raya ini bermula tahun 2002 apabila Guthrie Berhad ingin membangunkan sebuah lebuh raya yang melalui kawasan perumahan dan ladang yang dimilikinya. Pembinaan bermula tahun 2003. Lebuh raya ini dibina merentasi sebuah ladang kelapa sawit yang turut dimiliki Guthrie Berhad. Lebuh raya ini siap pada April 2005 dan mula beroperasi Julai 2005.

Pada Ogos 2007, GCE menjadi anak syarikat Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX).

Senarai persimpangan


Plaza Tol Bukit Jelutong


Plaza Tol Elmina


Plaza Tol Lagong


Plaza Tol Rawang Selatan (bahagian PLUS)

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!