Kejohanan Remaja B-19 ASEAN 2024 ialah merupakan edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-19 AFF, sebuah kejohanan bola sepak remaja bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh ASEAN (AFF) yang akan diadakan di Indonesia pada 17 Julai hingga 29 Julai 2024.[1][2] Ini juga merupakan edisi pertama kejohanan itu dijenamakan semula kepada Kejohanan ASEAN.
Semua dua belas ahli persatuan Persekutuan Bola Sepak ASEAN akan menghantar satu pasukan untuk penyertaan di kejohanan ini.
12 pasukan akan ditarik ke dalam balang empat kumpulan tiga pasukan. Pasukan telah diagihkan mengikut prestasi mereka di kejohanan sebelumnya, dengan tuan rumah diletakkan ke dalam balang 1 bersama juara bertahan dan satu pasukan terbaik dalam kejohanan sebelumnya.[perlu rujukan]
Pegawai berikut telah dipilih untuk pertandingan tersebut. Pembantu pengadil video (VAR) akan digunakan dari separuh akhir dan seterusnya.
Pengadil
Penolong pengadil
Pembantu pengadil video
Pada Mei 2024, Persekutuan Bola Sepak ASEAN secara rasmi mengumumkan 2 venue untuk kejohanan yang terletak di Surabaya, Jawa Timur.[3]
Pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2005 boleh menyertai kejohanan ini, dengan maksimun skuad 23 pemain.
Juara kumpulan dari setiap kumpulan beserta satu naib juara kumpulan antara semua kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Kumpulan-kumpulan tersebut ditentukan melalui pungutan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kekalahan). Jika terikat pada mata, pemecah seri digunakan dalam perintah yang berikut:
Hanya satu pasukan naib juara kumpulan terbaik diantara semua kumpulan yang akan mara ke separuh akhir.
Pada peringkat kalah mati, jika keputusan perlawanan terikat pada masa biasa, penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu. (masa tambahan tidak akan digunakan)
Terdapat 88 gol dijaringkan dalam 22 perlawanan, bagi purata 4 gol setiap perlawanan.
5 gol
4 gol
3 gol
2 gol
1 gol
1 gol sendiri
Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.