Kejohanan Remaja B-19 AFF 2022 merupakan edisi ke-18 Kejohanan Remaja B-19 AFF, sebuah kejohanan bola sepak remaja bawah 19 tahun yang dianjurkan oleh ASEAN (AFF). Ia akan dianjurkan oleh Indonesia dari 2 Julai hingga 15 Julai 2022.[1]
Semua dua belas ahli persatuan Persekutuan Bola Sepak ASEAN akan menghantar satu pasukan untuk penyertaan di kejohanan ini, namun Australia yang merupakan juara bertahan pada edisi sebelumnya telah menarik diri dari menyertai kejohanan.
11 pasukan akan ditarik ke dalam balang enam kumpulan dua pasukan. Pasukan telah diagihkan mengikut prestasi mereka di kejohanan sebelumnya, dengan tuan rumah diletakkan ke dalam balang 1 bersama juara bertahan. Oleh kerana juara bertahan Australia menarik diri untuk menyertai, maka Malaysia ditarik ke dalam balang 1 bersama tuan rumah dan meninggalkan Filipina satu-satunya pasukan di balang 6.[perlu rujukan]
Dua buah bandar tuan rumah telah dipilih oleh PSSI untuk menjadi venue perlawanan, yang akan dimainkan di Stadium Patriot di Bekasi dan Stadium Madya di Jakarta.[2]
Pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2003 layak bersaing dalam kejohanan ini, dengan maksimun skuad 25 pemain.[perlu rujukan]
Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
Pasukan yang menduduki tempat berdasarkan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah). Jika dua atau lebih pasukan adalah sama pada mata setelah selesai perlawanan kumpulan, kriteria berikut digunakan untuk menentukan kedudukan:
Pada peringkat kalah mati, jika keputusan perlawanan terikat pada masa biasa, masa tambahan akan dimainkan (kecuali perlawanan penentuan tempat ketiga), penalti digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.
Terdapat 92 gol dijaringkan dalam 29 perlawanan, bagi purata 3.17 gol setiap perlawanan.
5 gol
4 gol
3 gol
2 gol
1 gol
Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.